=

Sunday, September 4, 2011

CANTIK JE KE YANG KORANG NAMPAK???

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA...

Pagi-pagi ni aku bukan nak meroyan disebabkan mood raya yang banyak lagi berbaki ni..hihi...sebenarnya aku teringat kembali waktu kecik-kecik dulu....ayah aku selalu cerita tentang rambut kita ni..tentang semua bulu yang terdapat di anggota badan kita ni...

apa yang kita nampak tentang bulu yang tumbuh di badan kita ni???contohnya, rambut, misai, janggut, bulu mata, kening kita ni??? kalau yang tersurat mesti semua orang akan cakap yang semua tu kejadian Allah untuk kita kelihatan lebih cantik, cun, menarik bukan?

tapi yang tersirat korang pernah terfikir tak??? kalau korang nak tahu, ayah aku bagitahu aku setiap rambut or bulu yang tumbuh kat badan kita ni merupakan undang-undang Allah...yang mana setiap tempat ada peranan tersendiri..

kira rambut di kepala ni sebagai negara kita, dan bulu-bulu di bahagian lain sebagai negeri-negeri kita...ok, kenapa aku cakap undang-undang Allah??? Undang-undang yang tak boleh kita langgar...

  • kening dan bulu mata undang-undangnya supaya kita tidak melihat maksiat..
  • misai dan janggut supaya kita tidak bercakap perkara yang tidak perlu seperti mengumpat..
  • kadang-kadang setengah orang ada bulu kat dalam telinga, supaya kita tidak mendengar atau bersubahat ketika mengumpat...
  • bulu dada, undang-undang supaya jangan ada perasaan busuk hati, iri hati, dendam dan sebagainya...
  • bulu kat ketiak undang-undang kalau-kalau tangan melakukan kejahatan seperti mencuri..
  • bulu kaki undang-undang ketika kita melangkah ke tempat yang salah seperti ke arah maksiat...
  • kenapa ada bulu di kemaluan..itu juga merupakan undang-undang Allah supaya kita tidak melakukan zina..
banyak lagilah..masing-masing ada undang tersendiri...apa-apa pun rambut yang merupakan undang-undang yang paling besar...setiap kesalahan akan dikira mengikut jumlah rambut..takutkan bila kita dengar????sebab rambut merupakan negara kita...yang mana terletaknya kotak akal fikiran kita...yang waras untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk..tapi syaitan tetap akan mempengaruh kita ke arah kejahatan...moga-moga kita berubah demi kebaikan..kuatkan iman kita..teguhkan pendirian kita..

notakaki: undang-undang seperti pagarlah...kalau kita langgar kita akan ditimbal dengan apa yang kita langgar..benteng supaya kita tidak melanggar arahan Allah..

ps:// aku selalu kena tazkirah dengan ayah aku...agak-agak paling sekejap sejam dia bercakap...hari tu aku ada tulis yang dia nasihat untuk menguruskan wang..korang dah baca...kalau tak boleh baca SINI

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

5 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

farahin nasir said...

terima kaseh untuk perkongsian sekaligus mengigatkan.. :)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

SweetSmileGallery said...

same2 kita muhasabah diri...=)

KUKUMALU said...

erk?
Bukan semua orang ada bulu dalam telinga ke?

Namee Roslan said...

tapi bulu ketiak tu kenapa perempuan kena cukur? kata nya syaitan bergayut ? betul ke? entah, tp txs sbb kongsi :)

El-Janna said...

o.. mcm tu rupenye^^ thanks sharing^^