=

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA


ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA...

Hai..u olz dah bercuti???ada yang dah sampai ke kampung ker?Aku baru lepas service kereta ni...sekarang sedang tunggu member di ss13 Shah Alam...untuk pertukaran duit raya..hehe...

malam ni lepas berbuka aku terus nak gerak ke Pahang....huhuhuhu...seronok kot...ok lah dapat cuti 7 hari kan...raya ke 4 masuk kerja semula...

ok, dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kawan-kawan...salah silap harap dimaafkan...

kepada yang memandu balik kampung halaman..korang pandulah berhati-hati ye...jaga keselamatan you olz....SELAMAT HARI RAYA SEMUA......

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, August 25, 2011

FILEM PENDEK RAYA 2011~ALMARI BARU

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA SEMUA

cari-cari dalam you tube kot-kot ada iklan raya terbaru...tertarik pulak dengan yang ini...iklan yang menceritakan bagaimana pengorbanan seorang mak untuk seorang anak..tapi anak tak pulak nak berkorban untuk mak..sedih bangat...jom layan...


notakaki : ingatlah kawan-kawan, mak kita dah banyak berkorban untuk membesarkan kita..tunaikan permintaan mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita..aku sayang mak aku..love you mak

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

KEJADIAN ANEH DI KOMTAR

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA

Aku baru lepas check gmail..kot-kot ada orang send email yang good-good je kan(kira email yang berfaedah la tu)..mana tahu..hehehe...

tapi belek punya belek..nah ini dia...tajuk memang gempaq..eh silap eja..'gempak'.....hahaha..

"kejadian aneh yang berlaku di bangunan komtar"

sekali bila bukak..nak kau...gambar otomen sedang buat onar kat bangunan komtar..huhu..ape pun tak boleh...siapa punya kerjalah ni..nampok beno nipunye...buat kata usop...hahahaha

tanjat boboi..ingatkan Malaysia dah ada otomen taro..rupanya edit jew..oklah..kalau korang nak cerita lagi menarik mari sini...kita baca cara-cara nak tulis surat rasmi kepada tok ketua...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

1ST DUIT RAYA~TQ BOS


ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA

Hari ini aku merasakan sungguh seronok!!!!wah...ayat baku gitu...hehehe..korang tahu tak kenapa aku seronok???haish..ni bukan tahap seronok lagi dah...buat kata Johan raja lawak...aku dah kategori orang yang gembira beronok-ronok dah..hahahaha...

sebelum ni, kita dengar Perdana Menteri bagitahu yang penjawat awam dapat duit raya minimum rm500...so, hari ni..giliran aku pulak dapat bonus tu..terima kasih bos...tak sangka bos terlalu pemurah..hahahah...

~pinjam gambar kat pakcik google~

sempatlah bayar duit buah hati aku untuk 2 bulan..alhamdulillah...jadi, raya tahun ni boleh raya sakanlah gayanye..ops..bersederhana itu penting..so, balance gaji bolehlah menyimpan lebih sikit bulan ni...

malam ni ada majlis berbuka puasa dengan bos aku, so..bolehlah say something..tak gitu..hehe..kuat bodek ni..(orang dah buat baik dengan kita, kita kena lah buat baik dengan dia..tak gitu??)

eh, bukan nak menunjuk-nunjuk ke apa...just untuk melepaskan rasa seronok tu..hehehe..
hehe..yahoooooooooo..seronok kot..kalau korang bosan abaikan ye..aku memang spesis macam ni..hahaha...bye..............Selamat Hari Raya...



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

PERUBAHAN DEMI KEBAIKAN

SAPE TAHU MAKSUD AYAT DI ATAS NI SILA TINGGALKAN DI RUANGAN KOMEN...SHARING IS CARING....HEHHEE

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Wednesday, August 24, 2011

CARA-CARA NAK TULIS SURAT RASMI KEPADA TOK KETUA

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA SEMUA

Dulu masa belajar darjah 6 aku pernah belajar macam mana nak tulis surat rasmi...(betul ke darjah 6 ke tingkatan 6..haish kompius-kompius)...tapi hari ni aku bukan nak ajar kengkawan cara nak tulis surat rasmi..hehe..

cuma nak tanya kalau tulis surat rasmi macam ni, agak-agak boleh tak???sebab aku nak hantar surat tu kat ketua kampung..hehehehe..ada masalah sikit nak suruh dia selesaikan..cuba korang baca agak-agak boleh tak???

aku tak tahu aku nak sedih atau aku nak gelak sambil golek-golek macam avatar yang kat YM tu...hahahahaha..korang bacelah...

p/s : kalau nak besarkan gambar ni..sila klik di gambar..

kalau macam ni agak-agak mesti ketua kampung akan tukar tiang gol tu on the spot...heheheh..dok gitu??

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

MARI MEMBACA ABC

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Sekarang ni aku nak jadik cikgu tadika...ye murid-murid...mari kita membaca...hahaha....melalut lagi..ni kes perut berkeronconglah ni....ape pun taK boleh,...kepala duk pk nak raye dah..hehhehe..oh..kampung halaman ku yang terchenta...tunggukan kepulangan ku..hohohoho....

ok, jom kita sambung pembelajaran kita pada hari ini ye...ok murid-murid,,,are you ready????

ok mulakan pembacaan kamu....

A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
W
X
Y
Z

pandai murid-murid cikgu ni...

kalau yang ni ape ye murid-murid????


ok semua..yang ini ABC...AIR BATU CAMPUR...berbuka dengan ABC la hari ni...jom kekawan...ops..lambat lagi..

mood: dalam kebosanan dan takde mood nak kerja..2 hari lagi nak balik kampung...yahooooooooooooooo

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

MANGSA TERBAKAR BULAN RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA..

Memandangkan hari ini hari rabu, dan merupakan hari wordless untuk kami..so, aku nak show pic mangsa-mangsa yang terbakar..tempat kejadian di semua bazar ramadhan di Malaysia..kat tempat lain aku tak pasti...meh saksikan...

SEKEJAP....CERITA INI TAKDE KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL...

??????????????????????

????????????????????

??????????????????

????????????????

??????????????

???????????

???????

?????

???

??

?







hehe...sorry kawan-kawan ...just nak sampaikan mengenai senarai harga barang kawalan hari raya....

kalau yang nak balik raya tu..hati-hati memandu...nak tip memandu dengan selamat boleh tengok SINI ...ok..SELAMAT HARI RAYA..




Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, August 23, 2011

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI


alternatif dapatkan trafik tanpa ping di facebook sepanjang hari raya ni..berminat nak join klik SINI

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

PENANGAN DUIT GAJI, LAKI BINI BERGADUH

Kisah ni mungkin terjadi kepada golongan lelaki di negara luar..bukan di negara kita ye..lelaki di negara kita ok semuanye..hahaha...

jom kita layan dialog dorang yang tengah gaduh pasal duit gaji dorang ni..


PIC kredit to MALAYSIARIA

perkara kat atas ni terjadi disebabkan mood raya yang tak terkawal..hahahahah



notakaki: kepada isteri-isteri di luar sana, korang jangan duk membuli suami korang ye..nak duit minta elok-elok..baru berkat...ingat syurga di bawah tapak kaki suami..hehe

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

TIPS KETIKA MEMANDU

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Hari ini aku nak berkongsi tip ketika memandu..dan apa yang penting untuk memastikan keselamatan kita semua terjamin ketika dalam pemanduan...lagi-lagi pada musim perayaan nanti...pastikan kenderaan korang dalam keadaan yang baik..

ok, langkah-langkahnya..korang mesti perhatikan setiap isyarat seperti di bawah ni...


TEMPERATURE

Isyarat yang menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta korang..pastikan kedudukan jarum meter untuk temperature berada paras yang sepatutnya..kebiasaannya berada di tengah-tengah atau bawah sedikit daripada garisan tengah.. kebiasaannya temperature akan jadi masalah apabila hos berkarat dan bocor, radiator tersumbat , dan tiada atau air kurang dalam tangki simpanan..


OIL PRESSURE LIGHT

Juga dikenali dengan lampu aladin..hehe..kalau menyala menunjukkan paras minyak engine korang berada pada paras yang kurang..jadi sebelum membuat pemanduan jarak jauh korang pastikan minyak engine korang dulu k..


LOW BATTERY CHAGING

Isyarat ni ada pada semua jenis kereta..menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada pada bateri atau "alternator".."Alternator" adalah alat seperti dynamo basikal..ia akan menjana elektrik sebaik engine kereta dihidupkan..biasanya sama ada alternator tersebut rosak ataupun tali belting yang putarkan alat tu dah kendur..ini akan menyebabkan tenaga yang dibekalkan tidak sempurna...


CHECK ENGINE LIGHT

Isyarat yang terdapat pada kereta yang mempunyai system injection...isyarat ni bertujuan memberi tahu yang system elektronik or sensor pada kereta ada dalam keadaan yang baik...


HANDBRAKE SDIGNAL

Isyarat ni akan terpadam serta merta apabila handbrake dilepaskan...kalau ia tetap menyala periksa takat minyak brake korang samada cukup atau kurang..kalau masih menyala jugak kemungkinan suis handbrake korang rosak..


article ni diperolehi daripada email dan di edit sedikit untuk korang baca dengan lebih santai..hehe..sharing is caring...

untuk ketahui tentang tips penjagaan kereta boleh baca SINI....

notakaki: KEPADA YANG MEMANDU UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN...PANDULAH DENGAN BERHEMAT DAN BERHATI-HATI..INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG...



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, August 22, 2011

HOT!!!ADA ORANG NAK TENGOK BODY SAFEE SALI


ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA...

haish..tajuk tu buatkan aku terfikir..kenapa ada orang nak tengok body Safee Sali memalam ni..
pelik beno aku...

tahulah body Safee Sali macam body aku..tak gitu???hikhik...mantap gitu...opssssss...pelik jew bunyinya...

haish..siapalah yang beriya nak tengok body Safee Sali ni???korang tak percaya ada orang nak tengok body Safee Sali???ok, tak percaya aku tunjuk bukti...tudia....



betulkan..ada orang search..safee sali body...hahaha..ape kes???tak faham aku...hahaha...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Blogwalking sebelum raya


join klik SINI

OKAY..di kesempatan ni..aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada kengkawan semua..nanti kalau balik beraya kat kampung korang berhati-hati ketika memandu...keselamatan anda tanggungjawab anda..haha...tak lupa jugak kepada Cik Lulu...Selamat Hari Raya ye...jom beramai-ramai kita blogwalking sebelum raya...sekarang tinggal mood raya je..mood kerja dah kureng...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

MOOD RAYA JE YANG TINGGAL

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Pejam celik pejam celik...eh..ada bunga kat depan mata..rezeki nih..cuci mata kejap..*eh..eh..silap pulak..cam ni bunyinya...pejam celik pejam celik dah dekat nak raya dah kan kawan-kawan....persiapan raya dah siap? dah beli baju raya? kasut raya? songkok raya? kuih raya? haish..semualah yang berkaitan dengan raya dah stand by???

ok, yang paling penting kepada mereka yang dah bekerja...duit raya untuk adik-adik yang kecik-kecik macam aku ni dah ready ke??? hehehe...duit raya???mak ai..jawabnya bulan 9 ni..awal-awal bulan dah keringlah poket ni, hukhuk...yelahkan..kita ni ramai anak buah...so, duit pun kenalah stand by bebanyak...tak gitu???

duit bebanyak???mana nak cari??? ala..nak duit kenalah kerja...tapi sebenarnya..mood kerja dah kurang..so, macam mane ni? mood raya dan nak balik kampung je yang tinggal ni..mood kerja dah habis buat seketika ini..hehehe...apa pun tak boleh...

memandangkan lagi seminggu nak tiba syawal..tu yang hilang semua mood bekerja..duduk atas kerusi ingat kampung, buat kerja ingat kampung..paling tak tahan time lagu lagu raya kedengaran di radio...haish..mawnye menangis teresak-esak...sob..sob..sob...

so, yang ternyata aku dah takde mood nak buat kerja pada waktu dan ketika ini..kerana duduk mengenangkan kampung halaman yang tercinta..*chewah..chewah...semalam baru balik kampung kot..tapi apa-apa pun mood nak bekerja memang dah kureng..tak sabar nak tunggu Sabtu ni..nak balik bercuti lama-lama..malas nak pikir pasal kerja..yahoooo....SELAMAT HARI RAYA SEMUA..KALAU DRIVE TU..DRIVE LA HATI-HATI YE...JANGAN LAJU-LAJU...

notakaki: balik raya nanti collect duit raya bebanyak lepas tu boleh buat sumbangan ke SOMALIA...baca SINI untuk keterangan lanjut...





Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, August 20, 2011

Jom tambahkan FOLLOWER!

siapa-siapa nak join klik SINI

Tarikh tamat segmen ini adalah sehingga hari RAYA! anda digalakkan untuk kongsikan post ini dengan rakan2 anda. Semakin banyak yang join segmen ini, semakin banyak kenalan anda...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, August 19, 2011

PENIAGA NI MANYAK UNTUNG SEMALAM

Tajuk tiada kena-mengena dengan Entry..kahkhakhak...sajewwww...jangan marah ek...Baju kurung moden..inilah rupenye...pasti ramai penggemar baju kurung inikan???

nak dekat raya ni mesti laris di pasarankan..hehehe...untunglah dorang yang menjual kalau macam ni...


~cantik-cantikkan??~

~dia nilah peniaga tu...hahaha~

~eh..dia nilah yang sebetulnya peniaga kat sini~

haish mana 1 yang betul ni..mana satu peniaga ni?? haish..main-mainlah korang ni...

ala..tak kisahlah korang ni..yang penting korang dah hulurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Somalia ke belum??? berpuasa-berpuasa jugak..kebajikan jangan lupa yeah...hehe..

kalau nak tahu lebih lanjut tentang itu..korang boleh tengok di SINI

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, August 18, 2011

GADIS HILANG RANCANG "PENCULIKAN"

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Sebelum ni kita digemparkan dengan kehilangan seorang gadis 17 tahun di Puchong Utama 1...tetapi hari ini kita digemparkan lagi dengan berita mengenai gadis itu...


PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

untuk berita lanjut klik SINI....

cuba kita lihat...tergamaknya seorang anak yang dianggap sopan santun, mendengar kata tetapi melakukan perkara seperti itu...parents duk risau tentang dia tapi dia boleh ikut jantan kat luar sana...kalau jantan tu bekerjaya takpe jugak, ni dahlah mengangur..awal-awal lagi dah nampak yang masa depan tak terjamin...haish...kot ye pun sayang berpada-padalah adik oi...

pesanan untuk kawan-kawan kat luar sana...jangan terlalu ikutkan hati...dan jangan mempercayai orang luar mengalahkan family kita...susah senang family jugak yang tanggung...

kepada mak ayah jugak awasilah setiap langkah anak anda...jangan terlalu mempercayai mereka 100% alamat anda juga yang akan menyesal..ingatlah pengaruh rakan sebaya tersangatlah kuat...


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

DERMA UNTUK KANAK-KANAK ITU


ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA....

Semalam aku ada share entry tentang nasib kanak-kanak di Somalia...siapa yang tak tengok lagi bolehlah tengok...tak rugi apa-apa pun..sekadar berkongsi..dan mengambil kesedaran dari situ...bayangkan di sana kanak-kanak mati setiap enam minit..rujuk SINI..

untuk menghulurkan bantuan kepada mereka di sana..boleh tekan ISLAMIC RELIEF MALAYSIA....



Sebagai rakyat yang prihatin marilah kita sama-sama hebahkan perkara ini..tak rugi kita berkongsi perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka yang dalam kesusahan..betul tak??jadi marilah kawan-kawan kita sama-sama berganding bahu menyebarkan prkara baik ini...


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

APAKAH NASIB MEREKA?



TERHARU,sedih, melihat nasib yang menimpa meraka di sana..kita di sini???pernahkah kita bersyukur dengan apa yang kita dapat???pernahkah terfikir kalau kita berada ditempat mereka???

kita tak pernah bersyukur...betul...kenapa aku cakap macam tu??sebab aku akui..aku pun sama..lihatlah sekarang..sempena puasa ni, kalau di bazar..beli makanan bagai nak rak...tapi sesudahnya..membazir..

bayangkan dorang di sana...apa yang dorang makan?apa yang dorang minum??? kalau nasib tu menimpa kita???bagaimana??Masyaallah...

notakaki: bersyukur dengan apa yang kita dapat...elakkan pembaziran...bayangkanlah penderitaan mereka supaya kita menginsafi dan tidak bongkak dengan apa yang kita dapat..pengajaran untuk semua..jadikan iktibar..doakan mereka di sana diberi bantuan...amin..

kredit to : ABG Ben

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Wednesday, August 17, 2011

"First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia"


Ini adalah First Giveway dari Tengkunizam.com dengan kerjasama Rakan Blogger Klik1Malaysia

kalau berminat boleh join SINI

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

nak join klik SINI

  • NAMA PANGGILAN BLOGGER : MR BAIZ
  • TARIKH MULA BERBLOG : 14 JULAI 2010 / MULA AKTIF MEI 2011
  • RAKAN BLOGGER TERKINI : 280 ORANG
  • TARGET TAMBAH RAKAN BLOGGER : 1000 UNTUK TAHUN NI...


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

TERIMA KASIH CIK LYSSA FAIZUREEN

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA...

Pagi-pagi dah menolong orang..baik ker tak? of cos la tersangat baik...semua orang suka kalau kita berbuat baik ye dok?hehe...

korang kenal tak LYSSA FAIZUREEN??LYSSA SECRET???..tu yang kecik-kecik tomeyl-tomeyl tu...Hok aloh...tak kan tak kenal..ni dia...korang tengok comeylkan??


sebenarnya, pagi-pagi lagi dia dah membantu aku menyetelkan problem aku...ops...problem??ayoyo..bukan masalah peribadilah..nihah..masalahnye...

masalah like and share button untuk facebook tak keluar kat blog aku..aku dah berusaha gigih buat..dah 3-4 kali buat tapi tak jugak keluar...tapi nape tak jadi..hukhuk..haish...fening-fening....
*korang boleh follow tuto kat SINI...

Cik Lyssa cakap code aku agak pelik...adush...code "mengecode" ni mane lah aku pandai sangat..setakat ikut tuto tu boleh lah..hihi...tapi pape pun bebanyak tq la kat kamu wahai Cik Lyssa..

Korang setuju tak pepatah ni??? "kalau orang berbuat baik dengan kita, kita kena lah buat baik dengan orang tu..."..setujukan?kan?

ok, dengan ini, aku nak bagitahu mulai hari ini, saat ini dan ketika ini...aku berbesar hati nak jadi sponsor kalau Cik Lyssa nak buat Kontest.....SUPRISE!!!!

Perfume bolehkan Cik Lyssa..kalau boleh..boleh datang usha-usha kat SINI dulu ye...nanti kalau ade buat kontest inform je ye Cik Lyssa..hadiah akan disediakan..orait..tu saje...TERIMA KASIH...



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

WORDLESS WEDNESDAY~TERLALU IKUTKAN NAFSU

NOTAKAKI : DON'T DO LIKE THIS YE KAWAN-KAWAN..MEMBAZIR NANTI...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, August 16, 2011

ADAKAH INI BENAR???~Lagi Pendedahan Identiti sebenar makcik hajjah sitt al-wuzara

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA...

korang mesti pernah dengar mengenai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni kan? tadi masa aku blogwalking kat blog Aliffcullen, aku terbaca tentang ini..sebelum ni kita pun dah di dedahkan dengan identiti makcik ni,,tapi semuanya tak betul..

so, adakah kali ni yang dipaparkan tu betul??? tunggu dan lihat...apa yang akan keluar nanti tak kisahlah dalam paper ke, berita dalam tibi ke...aku pun tak berani nak cakap..takut timbul fitnah..

apa yang kita boleh tolong???

tolong doa bebanyak supaya makcik tu dibukakan pintu hati supaya cepat-cepat bertaubat dan insaf dengan segala perbuatan dia tu...

sesunguhnya pintu taubat sentiasa terbuka kecuali apabila kiamat menghampiri kita...amin...


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

HANYA KERANA IANYA KONTOT

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA...

Ops...kontot?ape yang kontot? pokok? manusia? atau benda? i think benda boleh digunakan untuk menunjukkan kecik..betul tak???kalau orang?pokok?sesuai kah?cuba tengok ayat ni..."orang itu kontot..." dan ini..."pokok itu kontot"...oh..tidak sesuai sama sekali...

habis tu..apa yang kontotnye Mr Baiz?? actually, tadi masa aku blogwalking kat area bukit Bintang...eh bukan lah..takde kene mengene pun..straight to the point..masa jalan-jalan kat blog Cik Nadya...terbaca 1 entry dia..tentang pensil..terus aku teringatkan zaman aku sekolah rendah dulu...

aku ni jenisnya tak suka membeli pensil..so, aku jumpa mana-mana pensil yang dah pendek..aku kutip...aku kiranya boleh dianggap sebagai DBKL la time tu..hihi..

so, maknanya..aku akan guna pensil tu jelah dalam pembelajaran aku setiap hari..ada sampai 1 hari tu..aku kena sound dengan cikgu...bunyi dia sound tu lebih kurang macam ni lah..."Baizuri!!!kenapa guna pensil kontot?! lepas ni saya tak nak tengok kamu guna pensil pendek ni lagi!!!"....
lebih kurang gitulah die sound...tapi aku kental..buat kepala yang sekental-kentalnya..(kire tak dengar cakaplah..tu kan sumber rezeki sesuap nasik aku..*ah gitu pulok...)..

*Cikgu yang pepaleh weh beso mengalahkan papan hitam...hakhakhak..

disebabkan tak dengar kata..cikgu tu denda aku..kalau sikit-sikit takpe..ni siap tarik perut lagi cubit halus-halus...siap letak getah gelang kat telinga bagai lepas tu tarik panjang-panjang kemudian lepas(takdelah panjang sangat.hehe).....humangaih!!!sakit dowh...tapi aku tak cakap lagu tu lah kat cikgu aku..aku cuma cakap dalam hati jew..hihi..tulah ceritanya..hanya kerana pensil yang kontot..aku kena denda..tak berbaloi..ape kes???besar ker kesalahan tu?

haha..tapi tulah pengalaman..yang best bila kita ingat-ingat semula..tak gitu?apa-apa pun aku seronok time sekolah rendah dulu..korang???hehehe..

notakaki:- walaupun pensil korang dah kontot...korang gunalah selagi pensil tu berguna..jangan membazir..ingat walaupun harga pensil tu murah..kalau sepulohsen pun...bermakne woi...hahaha...*nampok sangat kekedekutan disitu...hakhakhak...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

GADIS HILANG SELEPAS KELAS TAMBAHAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Alhamdulillah...dah 16 hari kita berpuasa...tak lama lagi akan tiba pula Aidilfitri...mesti ramai yang tak sabar nak menanti ketibaan Syawal kan? yelah..dapat beraya sakan...berjumpa kawan-kawan lama...sedare mare....wah!!!mesti meriahkan???rumah kat kampung mesti riuh rendah....terdengar gelak tawa...memang time ni lah yang dinanti-nantikan..betul tak?

tapi korang pernah pikir tak bagi mereka yang sudah tiada semua tu?hidup sebatang kara?apakah perasaan dorang???mesti dorang kesedihan bila tiba Syawal..

nak pulak mereka yang kehilangan...kehilangan??? Ok, terbaru...satu pasangan suami isteri di gemparkan dengan kehilangan anak gadis mereka pada 12 Ogos 2011...

AMEERAH ASHA AZIZAN
UMUR 17 TAHUN
TIDAK PULANG RUMAH SELEPAS MENGHADIRI KELAS TAMBAHAN DI SEKOLAH MENENGAH PUCHONG UTAMA 1

mak ayah mana tak sayangkan anak??? pasti dengan berita tu...dorang tak tenang menjalankan hari-hari mereka, risau memikirkan keadaan anak mereka...lagi bertambah sayu untuk menyambut ketibaan Syawal nanti..

marilah kita sama-sama sebarkan berita ni...mudah-mudahan ada yang taw di mana gadis ni berada...dan mungkin ada yang terserempak dengan gadis ni..kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja ni boleh menghubungi Azizan di talian 0137743477 atau Shahrizad di 0126430432...keterangan lanjut korang boleh baca SINI

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, August 15, 2011

SATU JAM SETENGAH MENUNGGU

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Semalam Abg Ben anjurkan segmen "Blog Saya Best Tak?"....sape-sape yang join tu dan tinggalkan komen yang memberansangkan tu..banyak-banyak terima kasih ye..aku dah pun blogwalking melawat lebih kurang 200 kawan-kawan yang join semalam...sambutan memang meriah..hehe..

walaupun semalam aku begitu kebosanan...sehingga mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dulu...dan mencetuskan idea untuk aku bikin entry ini..."Teringat Permainan Zaman Kanak-Kanak"...kepada yang belum baca korang boleh teruskan membaca..

hohoho..panjang lebar aku terpesong cerita...intro je kot dah lebih 100 patah perkataan.*lebih kew???..


ok, sebenarnya ape yang berkaitan dengan tajuk entry kali ni...hehe..tadi aku ke post office...konon-konon nak pos barang le...aku sampai kat sana dalam pukul 1030 am...tengok-tengok orang yang nak pos barang tersangatlah ramai...mungkin dorang nak pos kueh raya kot kat sedare mare yang duk luar negara...*hati kecik aku berkata...


dalam hati dah tak sabar...bila la akan tiba turn aku ni...tunggu punya tunggu..ting...tong..ting..tong.."dua..kosong..dua..lapan..ngam-ngam pukul 1200pm baru tiba turn aku...fuhhhhhhhhhhh 1 jam setengah menunggu !!!!!!!!!kalau berdiri tengah panas selama tu..mau menitis air ketiak aku..hahaha...tapi tadi nasib duduk dalam ekon..siap lelap duatigapulohminit...

notakaki :-

kalaulah tahap kesabaran kita tu tinggi...10 jam pun boleh tunggu turn lagi...haha...*idok lah aku kalau nak menunggu selama tu weh...kot ye pun nak bersabor...tengok jugak carenye..hihi..

tapi ape-ape pun...sabar tu sebaruh daripada iman....hehe...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)