=

Tuesday, November 20, 2012

DOA BUAT GAZA, SAVE PALESTIN


Sayunya bila tengok video mengenai kejadian di Gaza , harap semua muslim di sana di lindungi Allah SWT..Amin..SELAMATKAN PALESTINE!!!

DOA UNTUK GAZA

Versi Video


Ya ALLAH, sebagaimana engkau telah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada-Mu ya ALLAH, turunkan lah bantuan-Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkan lah rejim zionis. 


Amin..




Credit to I LUV ISLAM.COM




Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, November 6, 2012

Customer is Always Right!!!

Pagi tadi, sebelum pergi kerja aku singgah di kedai stationary untuk beli double tape , selepas ambil double tape aku nak buat pembayaran, tapi di kaunter tak ada orang...

Kena tunggu la sampai cashier datang, tunggu punya tunggu muncul lah seorang perempuan cina, kira bos dia la kot..style berlagak macam tu ye la kot..hikhik...jahatkan aku..

Dia scan double tape, total dalam RM7.00 , memandangkan dalam dompet aku hanya ada note RM50.00, aku hulur jelah, lepas tu tokey tu cakap "haiya duit kicik tada ka? mana boleh ini macam, you mahu beli bawak la duit kicik..susah lah ini macam...beli sikit bayar duit besar..."

Dengar saja dia merungut, aku terus tunjuk dalam dompet, "tokey ini duit saja ada, dia terus diam..hikhik...

Lu mahu bisnes lu kasi sedia lah duit kicik..adoila..yang nak berbisnes ko, aku hanya membeli, tak kisah lah aku bagi duit rm100 ke rm50 ke, ko sebagai peniaga kena lah sediakan duit tukar..tak kan aku yang kena pikir semua tu...siapa setuju dengan idea aku ni, sila angkat tangan..hikhik...

Lepas ni memang tak masuk lah kedai tu..kan dah kurang pelanggan seorang..hahahaha..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, October 6, 2012

Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2012




Antara senarai penuh pemenang yg telah di umumkan pada malam ini adalah seperti berikut.

1) Anugerah Filem Paling Hebat -KL Gangster
2) Anugerah Tuan Direktor Terhebat - Syamsul Yusof (KL Gangster)
3) Anugerah Direktor Baru Terhebat - M Suurya (Sumpahan Puaka)
4) Anugerah Filem Aksi Terhebat - KL Gangster
5) Anugerah Filem Kelakar Terhebat - Hantu Bonceng
6) Anugerah Filem Takut Terhebat - Khurafat
7) Anugerah Drama Muzikal Terhebat - Nur Kasih The Movie
8) Anugerah Hero Terhebat - Zizan Razak (Hantu Bonceng)
9) Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsudin (Bini-Biniku Gangster)
10) Anugerah Watak Penyangak Terhebat - Fikri Bakar (Klip 3GP)
11) Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu
12) Anugerah Hero Baru Terhebat - Shahir (Karak)
13) Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shilla (Ratu The Movie)
14) Anugerah Khas PFM -  Syamsul Yusof
15) Anugerah Astro First Terhebat - Kongsi


*tak boleh blah la, ada jugak anugerah watak penyangak terhebat!!!!hahahhaahha
Antara pemegang watak penyangak..hahahhaahaha

*untunglah Syamsul Yusof malam ni, kaut habis..KL GANGSTER!!!

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, September 24, 2012

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik!!!


Tertarik dengan  cerita di bawah ni, banyak pengajARAn untuk kita :)
Jom teruskan baca kisah di bawah ni :)


Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… 


Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh..
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”“ : )”

“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

Kredit to halimrahman


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, September 20, 2012

Dua Siswazah Wanita Dirogol, Disamun Ketika Temu Duga



KUALA LUMPUR – Dua wanita dirogol dan disamun ketika menghadiri sesi temu duga dalam dua insiden berasingan.

Pada Sabtu, seorang siswazah wanita berusia 22 tahun hadir sesi temu duga di sebuah hotel bajet sekitar Kuala Lumpur selepas memohon tawaran pekerjaan sebagai jurujual menerusi sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa telah menghantar permohonan kerja ke alamat e-mel (sonicact@gmail.com) dan diminta oleh suspek untuk menghadiri sesi temu duga kira-kira pukul 3.30 petang.

Menerusi emel itu, mangsa ditawarkan RM400 sehari untuk pekerjaan tersebut.

Mangsa diminta untuk bertemu dengan ‘penemu duga’ di dalam sebuah bilik hotel.

“Sebaik saja memasuki bilik tersebut, mangsa yang bersendirian, dirogol sebelum disamun,” katanya pada sidang media, Rabu.



Pada awal Ogos, seorang lagi siswazah wanita turut dirogol dan disamun selepas menghadiri sesi temu duga serupa di sebuah hotel berlainan di ibu negara.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua kes melibatkan seorang suspek yang menggunakan modus operandi sama.

Khairi berkata, suspek tidak meninggalkan nama, alamat atau nombor telefon untuk dihubungi ketika mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

Beliau turut menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk menyemak dengan pihak hotel jika mereka diminta untuk menghadiri temu duga bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Polis telah mengedarkan fotofit suspek dan meminta pertolongan orang ramai bagi mengesan lelaki terbabit.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan 392 kerana samun.– MStar



Notakaki : beraninya wanita tu, tak terfikir ke bahaya yang bakal menimpa? disebabkan gaji rm400 sehari dorang sanggup ke hotel tu kan untuk sesi temuduga...hotel budget pulak tu...pesanan kepada wanita yang nak hadir sesi temuduga, sila bawak teman...atau maklumkan kepada shabat handai atau keluarga terlebih dahulu..sekian :)

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, August 28, 2012

GangNam Style Banyak Versi

Sejak kebelakangan ni, negara kita dah macam kena demam...demam apa? ni hah , demam lagu GangNam Style...K-POP ke? haha...

Sana sini cerita tentang GangNam Style...bila dengar lagu dia memang syok , bila tengok gaya dance memang kelakar..dah macam-macam versi dorang buat...

jom layan video kat bawah ni..ada versi 8TV, FlyFm la,

Versi Original PSY



Versi FLY FM



Versi 8 TV


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Apple Senarai 8 Produk Samsung yang perlu 'diharamkan'




Nasib baik dilarang memasuki pasaran Amerika Syarikat, kalau Malaysia pun kena sekat sah-sah samsung Mr B ni dah tak boleh pakai..hehhee...

Antara 8 produk samsung yang ditarik balik di pasaran dan dilarang masuk Amerika Syarikat adalah seperti senarai di bawah :-

Galaxy S 4G,
Galaxy S2 AT&T,
Galaxy S2,
Galaxy S2 T-Mobile,
Galaxy S2 Epic 4G,
Galaxy S Showcase,
Droid Charge
Galaxy Prevail.

Sebelum ni pun Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas disyaki menyalahi 'Reka Bentuk Peten'..

Berita selanjutnya di SINI
Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Cara Kenalpasti Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit Babi

Pagi ni jalan-jalan kat dunia maya, lepas tu terbaca satu article tentang kulit babi, rasanya article ni sesuai untuk kita bersama..Share it!


Sekarang barangan kulit amat senang untuk didapati. Di pasar-pasar malam banyak dijual barangan kulit yang tidak original. Tetapi adakah anda tahu jika barangan kulit yang anda beli itu diperbuat dari kulit babi? Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:


1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain. 


3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.

p/s : Sila share info ini. Thanks.. 



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, August 25, 2012

Khairul Fahmi Che Mat Kemalangan


Khairul Fahmi Che Mat kemalangan? Tengok kereta dia ni, teruk juga kan..


Berita selanjutnya di bawah :-
Penjaga gol kebangsaan yang sering dilanda kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) telah mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya terbabas.
Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok sekitar jam 12.30 malam tadi.
Lantaran dari kemalangan itu, Apex telah mengalami cedera ringan di tangan kanan.
Pada masa yang sama, dia juga mungkin terlepas peluang untuk membantu skuad Red Warriors dalam pertemuan dengan Kedah dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia pada malam ini.
Punca kemalangan masih belum dikenal pasti.
Sebelum ini, Apex sering dilanda dengan pelbagai kontroversi seperti pengambilan alkohol, pergaulan sosial bersama teman-teman wanita dan pelbagai lagi.
Semoga Apex cepat sembuh dan kembali ke arena bersama skuad Kelantan.

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Senarai Blogger Wanita Super Cantik Di Malaysia

Senarai Blogger Wanita Cantik di Malaysia pilihan Mr B, kenapa mereka yang Mr B pilih? 

Sebabnya? 

Mereka semua ni bukan sahaja cantik malah blog yang mereka create mempunyai aura dan kekuatan yang tersendiri...siapa tak kenal mereka? 

Antara blogger wanita yang menjadi pilihan Mr B :-

1.Fatin Liyana Asrihttp://honeykoyuki.blogspot.com ]









4.Nisa Kayhttp://www.nisakay.com ]



5.Fatin Suhanahttp://fatinsuhana.blogspot.com ]



6.Irine Nadia Marcellohttp://irinenadia.blogspot.com ]



7.Namee Roslanhttp://nameeroslan.blogspot.com ]


Cantikan mereka semua ni? kalau korang perasan blog mereka semua ni masing-masing ada aura dan kekuatan untuk tarik minat orang membaca...kan?hehe..








Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, August 24, 2012

Aksi Mesra Noh Hujan Bersama Mizz Nina di Ranjang

Kalau macam ni takpe sebab dorang dah berkahwin...romantik gitu :)


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Ustaz Don Daniyal Telah Berkahwin

Alhamdulillah, semalam kita telah di datangkan satu perkhabaran berita yang sangat mengembirakan, yang mana Ustaz Don Daniyal telah pun di satukan dengan pasangannya...

Tahniah MB ucapkan...semoga ikatan yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir hayat Ustaz Don...Amin




Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, August 23, 2012

Kasut Pun Ada Muka

Hye, korang cuba tengok gambar ni, kasut pun ADA muka, korang punya kasut raya tahun ni ada sebijik macam ni tak?hahaha...

layan jelah...kasut zaman sekarang pun dah pandai nak bermuka-muka kan ? 









Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Sunday, June 24, 2012

Beg Tangan Cantik dan Murah~Azureen Collection

Hello semua,

Khas untuk mereka yang suka shopping, duit tiada lagi? tak apa...hanya nak ajak kawan-kawan window shopping dulu di Azureen Collection..sekarang ni mudah saja..duduk depan laptop pun dah boleh bershopping..yer dak?

Ok sekarang ni Azureen Collection page  ada buat promosi handbag bersempena dengan Promosi Pembukaan nya..So sape2 yang interested dan pengumpul setia handbag jom survey page Azureen Collection Ok!!Of course harga murah menanti anda.. ;)

Di sini banyak pilihan handbag yang trendy, cantik, dan murah..berbaloi..mengapa anda berbelanja lebih? hehe..

Pengemar Beg Tangan..banyak lagi pilihan di Azureen Collection


berminat boleh jenguk-jenguk di Page Azureen Handbag-Koleksi Beg Tangan Terkini

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, May 15, 2012

LELAKI PUNYA CERITA


Betapa beratnya menjadi seorang lelaki...diantaranya adalah seperti berikut :-


LELAKI...
1. Lelaki bujang kena tanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh manakala gadis bujang dosanya ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki yang sudah berkahwin kena tanggung dosanya sendiri, dosa isterinya, dosa anak perempuannya yang belum berkahwin dan dosa anak lelakinya yang belum baligh...BERATKAN.....

3. Hukum telah menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya. Isteri yang berbuat baik pahala dapat kepadanya manakala jika tidak berbuat baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib pada lelaki tetapi isteri tidak. Walaubagaimanapun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan pendapatan isterinya lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin.

Banyak lagi tanggungjawab lelaki terutamanya yang bergelar suami. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung oleh lelaki/suami ibarat gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki dianugerahkan kelebihan dan keistimewaan oleh ALLAH SWT...

Di akhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :-
> isterinya
> ibunya
> anak perempuannya
> saudara perempuannya

Selamat Beramal..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, March 23, 2012

Arkitek Yang Luar Biasa

menarik sungguh semua ciptaan Allah....masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, sama seperti manusia juga..setiap kejadian ada hikmahnya..

jom tengok arkitek luar biasa di bawah ni...














Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, March 20, 2012

Lagi Mangsa Culik - Siti Nur Fatihah Bt Mahadi

Mesej Khidmat Masyarakat

Tolong sebarkan..


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, March 19, 2012

Apa Nak Jadi?Bangga Hisap Gam?

Saban hari bumi Malaysia ni disajikan dengan isu-isu yang hangat...sebelum ni kita sering terdengar dan terbaca kisah pembuangan bayi, pembunuhan kejam dan sebagainya..
Begitu juga Isu-isu gejala tidak sihat budak-budak sekolah zaman sekarang...salah siapa? 
tepuk dada tanya selera..berbalik kepada tajuk di atas...aku baru lepas saksikan lakonan mantap yang dipersembahkan oleh budak-budak..aksi bergaduh gitu...yang tak boleh belah budak-budak ni ponteng sekolah kot dan menghisap gam...
Dalam hal ini, siapa yang patut dipersalahkan? Ibu bapa, masyarakat, remaja itu sendiri atau negara kita?
apa-apa pun jom layan video di bawah ni dulu...

korang mungkin mempunyai pendapat sendiri selepas tengok video tu kan?  
Tepuk dada, tanya selera. salah siapa?salah siapa?dan salah siapa?

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)