=

Friday, September 2, 2011

TIPS UNTUK TIDAK MENYESAL DIKEMUDIAN HARI

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Sekadar untuk berkongsi tips supaya tidak susah di waktu tua..hehe..bukan apa..ni semua berpandukan tazkirah yang aku dengar daripada ayah aku time balik kampung hari tu...(haish lebih kurang 1 jam jugaklah aku dengan adik-adik aku kena ceramah dengan ayah aku...bukan apa..untuk kebaikan masing-masing..

ayah aku cakap ada 3 waktu untuk kita berubah dalam hidup kita ni...1 time kecik sampai ke peringkat remaja..2 time peringkat remaja kepada time kita berumah tangga..yang ke3 time lepas kawin..peringkat yang ke 3 ni..kalau kita masih tidak berubah..still dengan perangai yang sama..tak rajin, malas, semua yang negetif..kita akan susah sampai ke tua lah nampak gayanya..
korang setuju tak?kalau tak setuju cuba tengok di sekeliling kita ye..hehe..kalau umur dah menjangkau 40 tahun dan ke atas...kudrat kita pun dah makin kurang..kalau time ni kita masih di tahap yang lama, peluang untuk kita senang memang tipiskan..

ok tu cerita untuk berubah...sekarang cerita macam mana kita nak manage duit kita..supaya kita tak kekeringan duit..

ayah aku cakap kita mesti berjimat cermat..ok yang ni aku rasa semua orang setuju...maksud kat sini kita jangan suka membazir, membeli keperluan yang perlu sahaja..makan mewah-mewah boleh tapi jangan selalu..ayah aku bagi formula macam ni..rm1 bahagi dengan 4 bahagian...so, jadi rm 0.25 sebahagian betul kan?ok.. rm0.25 simpan jangan sentuh (untuk simpanan ye)...rm0.25 simpan dalam poket (kena sentiasa ada dalam dompet), rm0.25 simpan untuk kecemasan dan lagi rm0.25 untuk kegunaan harian...motif supaya duit tidak kering..

lepas tu ayah aku cakap lagi...kita kena tahu sayang...korang kena ingat apa-apa yang kita dapat mesti kena tahu sayang...walau semudah mana pun kita dapat sesuatu kalau kita tak tahu sayang kita akan kehilangan..aku bagi contoh...kalau kita beli kereta..kita kenalah cermat menggunakan kereta tu..jangan ganas-ganas ok..nanti kereta cepat rosak..nanti kita yang rugi..kalau kita tahu sayang..kita mesti pandai menjaga barang-barang kita..betul tak..senang mana pun kita dapat sesuatu barang kita kenalah tahu sayang..

ok last sekali ayah aku cakap kita kena sentiasa beringat..contohnya kalau kawan-kawan kita nak pinjam duit rm200...kalau kita tak beringat kita akan bagi pinjam semua..betul tak..mesti ada orang macam ni kan..hehe..tapi kalau kita beringat kita just bagi pinjam separuh..sebab lagi separuh kita simpan untuk keperluan kita kot-kot ada emergenci kes..mana nak cekau duit??1 lagi kalau kita bagi pinjam rm200 pun..nanti time nak pulang kita mustahil untuk terima sekali gus rm200 seperti kita bagi pinjam kan..hari ni 10 minggu depan rm10 kemudian lagi rm10..cuba pikir sampai bila nak cukup rm200..last-last kita yang lari budget..hehe...

kalau tak betul tegurlah ye..ok sampai sini dulu lah..sebenarnya banyak lagi..nanti kita sambung lagi ok..aku nak keluar kejap..hehe..





Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

3 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

Namee Roslan said...

wah bagus nya ayah. :) ceramah tapi bagus juga sekali sekala dengra nasihat panjang untuk kebaikan juga. dalam hal berjimat cermat, mmg perlu. lelaki kalau merokok, maslah juga kan? lagi2 yg jenis tak berduit sgt tp nak merokok. emmm

Anonymous said...

bagus tu jimat cermat^^

Azie Suhaimi said...

info yg berguna..dapat kesedaran dh ni :)