=

Friday, September 23, 2011

MARILAH KITA BERSEDERHANA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Pernah tak kita pikir siapa yang kurniakan kita rezeki??? Allah!!! ya...jawapan yang tepat!!! tapi pernahke kita bersyukur dengan nikmat yang diberi???tepuk dada tanya selera..eh silap tanya diri sendiri..hihihi...

sekaya mana pun kita, sehebat mana pun kita, kita ni hanya menumpang jew..kekayaan kemewahan yang kita dapat tu sementara jew..kalau Allah nak tarik sekejap je kan..sekelip mata jew..

kalau kita kejar harta dan kemewahan, tak kan kemana jugak..kelak berlaku bencana akan musnah jugak..tak gitu??

kalau kita makan kita hendaklah bersederhana, janganlah terlalu mengambil banyak makanan...nanti takut membazir..dari aspek kesihatan pulak , bila ambil banyak makanan nanti akan memudaratkan kesihatan...plus..plus... dengan gula garam bagai...kan...senang je Allah nak tarik semua tu dari kita..

mari nak bagi contoh...banyak berlaku dalam kehidupan kita seharian...tengok time raya..kalau orang sebelah beli perabot baru, kita pun sibuk nak beli..tak nak mengalah...sanggup buat pinjam bank atau ceti haram...haha..

ni satu lagi contoh, kalau nampak kawan ofis pergi shopping kat tempat-tempat yang high class, kita pun tak mengalah nak jugak..sampai sanggup pakai kad kredit...

bila dah tak mampu nak bayar, last-last di cop muflis..kan merana hidup tu nanti...tak perlulah nak ber iri hati, tak perlulah nak meninggi-ninggi diri..

apa yang kita dapat hari ini, semua tu Allah nak uji kita je..supaya kita sentiasa beringat dan tidak angkuh..pandai-pandailah merendah diri..jadi, bersederhana dalam kehidupan seharian itu penting..

kesimpulanya, kita jangan terlalu angkuh, bongkak, sombong (eh cam same je makne semua tu) apabila kita dah berada dalam kesenangan, kerana semua itu bukan milik kita..itu merupakan nikmat daripada Allah..

nikmat yang Allah berikan kepada kita bertujuan untuk digunakan ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah, jadi kita mestilah pandai menggunakannya..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

3 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki: