=

Tuesday, December 14, 2010

KISAH USAHAWAN PEMBINA SEMANGAT


HOT PERFUME UBAH NASIB


NABIHAH memperoleh pendapatan lumayan dengan mengusahakan produk HotPerfume di Kampung Masjid Kota, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu.



Jual minyak wangi jana pulangan lumayan

WALAUPUN hanya memiliki kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), seorang suri rumah mampu memperoleh pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan selepas berkecimpung dalam perniagaan minyak wangi tanpa kimia, HotPerfume.

Bekas guru sandaran yang turut mengajar kelas fardu ain di beberapa masjid sekitar Kota Bharu, Nabihah A Rahim, 35, tidak menyangka langkah nekadnya menyertai HotPerfume membantu mengubah nasibnya.
Katanya, sebelum menyertai jualan minyak wangi HotPerfume, beliau sudah menyertai pelbagai program jualan minyak wangi jenama lain, namun tidak pernah mendapat pulangan lumayan.

"Ketika melayari laman web, saya menemui laman web HotPerfume yang mencari pengedar sebelum nekad memohon dan melaburkan RM10,000 sebagai pendahuluan.

"Melihat keyakinan dan kegigihan saya, Pengarah Urusan HotPerfume, Shazali Ahmad, bersetuju melantik saya sebagai Pengurus Cawangan HotPerfume di Kelantan dengan menggunakan syarikat D`Wangi Kasturi Enterprise, beralamat di Lot 2380, Cabang 3, Kg Masjid Kota, Kota Bharu," katanya ketika ditemui di premisnya.

Menceritakan pengalaman sebagai peniaga minyak wangi, Nabihah berkata, pada awalnya beliau melakukannya secara suka-suka kerana mahu membantu suaminya, Mohamad Nazri Awang, 39, yang juga seorang ejen umrah.

"Suami memberi sokongan kuat supaya saya meneruskan perniagaan menjual minyak wangi dan turut menambah modal pusingan sebelum berjaya membuka cawangan HotPerfume sejak tahun lalu. Kini, kami mempunyai tujuh stokis," katanya yang menyimpan bekalan 800 botol minyak wangi, 50 ketul sabun dan 10 botol pelembut kain serta beratus-ratus ketul aromaterapi.

Persaingan perniagaan minyak wangi kini semakin hebat namun ia tidak melemahkan semangat Nabihah. Dengan keazaman dan sokongan penuh suami serta Pengarah Urusan Hotperfume yang beribu pejabat di Perak, dia mampu meraih pendapatan mencecah RM5,000 sebulan.

Nabihah yang memiliki tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Mohamad Nazri, bercadang melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka kiosk di beberapa pasar raya sekitar Kota Bharu untuk memastikan minyak wangi Hotperfume lebih dikenali ramai.

"Mereka yang membeli produk HotPerfume sehingga RM20, secara automatik akan menjadi ahli syarikat dan turut mendapat beberapa potongan istimewa," katanya.

Kisah menarik turut dikongsi pengedar tunggal HotPerfume di Melaka. Kartina Dahri, 40, yang ditemui di pejabatnya di Taman Seri Bayan, Durian Tunggal, berkata beliau terdorong menceburi perniagaan itu selepas melihat sambutan menggalakkan daripada pelanggan pada jenama HotPerfume, yang mampu bertahan lama, berkualiti, harga berpatutan dan mempunyai kira-kira 250 pilihan haruman untuk dijual.

"Dalam tempoh hampir dua tahun menjadi pengedar tunggal di negeri ini, saya kini memiliki 13 wakil stokis dan 100 ejen yang turut sama berganding bahu memasarkan produk setanding minyak wangi antarabangsa.

"Saya yakin haruman ini mampu memberi keyakinan kepada semua pemakainya kerana ia dibuat tanpa alkohol. Paling penting boleh dibawa sembahyang kerana kini ramai yang mahukan minyak wangi sedemikian dengan bau yang kekal lama," katanya.

Antara haruman yang dijual dan diilhamkan daripada jenama terkenal ialah Dunhill, Bodyshop, Hugo Boss, White Musk, Dior, Estee Lauder, Paris Hilton, Guess, Polo Blue, Donald Trump dan banyak lagi, yang semua bahan asasnya diimport dari Mesir dan Paris.

Kartina berkata, beliau turut memberi kelebihan kepada semua wakil stokis dan ejennya di seluruh negeri dengan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat pembelian tanpa terikat dengan haruman yang dijual dalam bentuk set.

Orang ramai yang ingin mencuba dan mendapatkan produk ini, boleh berkunjung ke premisnya di No MA-0-05, Jalan SB Utama, Taman Seri Bayan, 76100 Durian Tunggal, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam dan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


sila layari:


sumber :

Oleh Betty Subaryati dan Saadiah Ismail

bhnita@bharian.com.my

2010/11/29


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, December 11, 2010

PETUA SUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

[Yok hadiahkan al-fatihah buat guru kita Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah, moga sihat dalam redho Allah utk terus membimbing kita semua dan mendapat ganjaran kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat pun buat kita semua amiin ya Allah ya Karim.]

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.
Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-
rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang
akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"Yok! Sama2 masuk Syurga bermula dengan berpesan2 utk kebaikan dan mengamalkannya pd diri saya sendiri dan pd saudara2 ku yg baik yg soleh yg dikasihi dan dirahmati Allah…kerna Islam mengajarkan untuk berpesan2 tentang perkara2 yg Maaruf"

Salam ukhuwwah
Hamba Allah


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, July 31, 2010

JUARA IMAM MUDA


hye kwan2..korang mesti pernah dengar tentang program imam mudakan???ala yang ditayangkan di Astro oasis 106 tu..dgr khabar rating program ni sangat bagus...ye la sebab ramai yang berminat untuk follow up program ni..sebenarnya mrbaiz x follow sebab kt umah sewe ni x da astro..hikhik..(shyyyyy jgn kecoh2 malu eden..)..tp mrbaiz sentiasa follow up berita about this program from internet..mesti lah nak tahukan keputusan final program ni...semalam hari kemuncak program ni..ditayangkan pada pukul 9 malam..mesti ramai yang ternanti2 keputusan program imam muda ni kan??


Final antara Iman muda Asyraf dengan Hizbur
...untuk melihat biodata mereka berdua u ollz
boleh jalan2 kat sini sharinginfoz



KEPUTUSAN AKHIR PROGRAM IMAM MUDA

JUARA (ASYRAF DARI PULAU PINANG)





NAIB JUARA (HIZBUR DARI KEDAH)



APA PUN YANG PALING BEST BAGI MRBAIZ DALAM PROGRAM NI WALAUPUN MENANG ATAU KALAU DORANG BERDUA TETAP MENDAPAT BIASISWA MELANJUTKAN PENGAJIAN DI ARAB SAUDI..HOPE DORANG LEBIH BERJAYA LAGI SELAKU IMAM MUDA..


CREDIT PICTURE TO SHARINGINFOZ







Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, July 30, 2010

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SKIM CEPAT KAYA

salam semua...td pagi mrbaiz dapat email daripada seorang rakan taw iaitu Aridz Ridzuan,,,mengenai skim cepat kaya. Masa baca tu mrbaiz terperanjat because pernah jugak diajak oleh rakan2 untuk join program ni..kesian dorang2 yang kene tipu dgn upline2 dorang nih..g mane2 gune kereta mewah untuk menarik minat orang supaya join program cm ni..ade pulak yang berhutang dgn bank sampai puluh2 ribu,,adoi cepat dorang terpedaya, papepun korang layanlah news about that issue below...layanzzzzzzzz..

KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu. PELBAGAI...antara kereta mewah di lokasi perjumpaan ahli skim terbabit. TAHAN...antara ahli skim cepat kaya yang ditahan.

Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik 'upline' antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.

Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.

Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.

Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan.

Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.

Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan.

Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata bertindak atas maklumat dan laporan orang ramai pihaknya menyerbu empat restoran dan menahan kira-kira 100 ahli serta dalang skim terbabit.

"Mereka tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah. Pada peringkat awal, mangsa diminta membuat pelaburan RM41,000. Jika mangsa tidak berkemampuan mereka akan menawarkan pelaburan RM13,000 dan paling rendah RM2,000.

"Namun, dek kerana tamak, ada yang sanggup meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara untuk melabur dengan modal tinggi kerana dijanjikan keuntungan lebih besar," katanya sambil memberitahu skim itu menjalankan pelaburan berkonsepkan piramid.

Rohaimi berkata, jika mangsa gagal mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, sindiket itu akan bekerjasama dengan koperasi yang 'tenat', namun jika gagal mendapatkan pelabur baru untuk melangsaikan hutang, mereka akan menerima ugutan dan ancaman ala along.

"Dalam serbuan itu kami menahan beberapa dalang yang sedang memperdayakan mangsa untuk melakukan pelaburan dan merampas 17 kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran 8282, 925 dan 3399 yang menjadi simbol identiti sindiket itu.

"Dalang terbabit memujuk serta meyakinkan mangsa terutama mereka yang bekerja sebagai penjawat awam, badan berkanun atau syarikat swasta yang mempunyai panel dengan institusi kewangan kerana mudah membuat pinjaman melalui skim potongan gaji atau Biro Angkasa," katanya ketika ditemui di lokasi operasi.

Menurut Rohaimi, pihaknya sudah sebulan melakukan intipan dan memerhati pergerakan sindiket penipuan terbabit dan pihak KPDNKK juga menerima lebih 30 laporan berhubung kegiatan itu.



"Siasatan awal juga mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang lesen jualan langsung serta pendaftaran syarikat. Segala transaksi pemindahan wang dimasukkan ke dalam akaun individu upline masing-masing," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Putrajaya, Shahrudin Hamzah meminta orang ramai berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan cepat kaya dan berkonsep piramid.

"Mereka boleh mendapatkan maklumat melalui laman web KPDNKK bagi mengesahkan sama ada syarikat yang menjalankan aktiviti jualan langsung itu berdaftar atau tidak. Mereka yang meragui kesahihan perniagaan itu diminta membuat laporan di pejabat KPDNKK untuk tindakan selanjutnya.

"Skim cepat kaya ini kebiasaannya menyebabkan mangsa terjebak masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjejaskan prestasi kerjaya. Ini perkembangan tidak sihat untuk penjawat awam," katanya.

tonton video temuramah bersama polis mengenai skim ini DI SINI


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, July 26, 2010

MALAYSIA KEJUTKAN KOREA SELATAN

OLE...OLE, OLE, OLE, OLE kita menang kita lah juara..hehe..(lagu sang juara)..selamat sejahtera kawan2 semua...semalam g tengok bola tak?Malaysia lwn Korea Selatan...apa!!!x pergi???aiyo..rugilah kalau cm tuh..hehe actually mrbaiz pun x g gak..heheehhe..korang ada bace paper x?or dgr mane2 berita???huyooo setiap tempat mrbaiz dgr khabar mengenai kemenangan Malaysia..eh silap kemenangan pasukan Malaysia bawah 23 tahun.

Mesti lepas ni pasukan bawah 23 tahun ni akan digeruni oleh pihak lawan dari seantero dunia..fuyooooooo ayat...x mengalah.. tp hopefully jadi kenyataan.. semalam dorang main kt Stadium Bukit Jalil..dorang menewaskan Korea Selatan dengan agregate 1-0...gol kemenangan dijaringkan oleh pemain tengah pasukan Selangor iaitu Syafiq Rahim pada awal masa kedua...kire second half la dorang baru dapat gol..bagus2.Malaysia boleh!!!

korang pun taw kan sejak kebelakangan ni skuad bola sepak negara kita asyik dikritik je kan..tp itu x menjadi penghalang untuk dorang semua tu beraksi lebih baik pada aksi akan datang..kejayaan hari ini menunjukkan petanda bahawa Malaysia masih boleh bermain dan menjadi pasukan yang digeruni seperti zaman Mokhtar Dahari dulu..amin!!!!

ok mrbaiz dah abes merepek..so untuk berita selanjutnya korang leh baca kat sini...


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA






Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, July 24, 2010

LAPPY BERHARGA RM112


halo, halo, halo...hye u ollz...
sepanjang hidup u ollz la kan, u ollz penah dengar tak komputer riba yg berharga Rm112???
erm ni la kali pertama yang mrbaiz dgr taw sepanjang 24 tahun duduk kt muka bumi ni..hakhak (nak wat cm ner kan ni la baru permulaan zaman technology)..hehe

ok apa yang mrbaiz nak kongsi ni adalah berkaitan dengan komputer riba yang bakal di keluarkan oleh pasukan penyelidikan dari Institut Teknology India dan Institut Sains India..

komputer riba ni mempunyai skrin sentuh, peralatan komputer ini jugak turut dicipta agar fleksibel dengan komponen2 baru berdasarkan kepada keperluan pengguna..

komputer riba ni dijangka diperkenalkan di institusi2 pengajian tinggi menjelang 2011 ni..

dengar2 khabarnya harga komputer ni juga akan diturunkan lg kepada AS$20 (RM64) atau AS$10 (RM32)..

wah!!!mrbaiz pun nak beli la banyak2 kalau cam tu..hehe murah giler..siapa x nak kan.hoho..

untuk info selanjutnya boleh la kawan2 belek2 paper KOSMO 24 JULAI 2010 m/s 50...hehe

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, July 23, 2010

RUMAH YANG ANEH TAPI BENAR

hai u ollz!!!!!!
sini mrbaiz nak kongsikan design2 rumah yang pelik2 kt dunia nih..

sebut je tentang rumah mesti semua orang bayangkan rumah yang biasa dilihatkan??

x kira la rumah banglo , rumah teres , rumah pangsa, rumah kampung dan sebagainya..

tp korang tahu tak ada diantara manusai ni pernah dan sudah membina design2 rumah yang sangat pelik..dari mata mrbaiz ianya sangat pelik..tp bg korang yang melihat tak tahulah cmne kan..so jom layanzzzzzzzzzzzz....

1. RUMAH MELENGKUNG

Di kenali sebagai crooked house atau KRZYWY DOMEK yang terletak di Sopot, Poland dan dibina pada January 2003 dan siap sepenuhnya pada Disember 2003. Rumah yang berkeluasan 4000 kaki persegi dan kini dijadikan sebahagian daripada bangunan membeli belah Rezydent. Bangunan ini direka oleh Szontynscy Zalescy yang mendapat ilham daripada lukisan Jan Marcin Szancer dan Per Dahlberg...hohoho giler punye design cm mrbaiz berada kat alam fantasy la pulak..



2. RUMAH TERBALIK

huyooo....pernah tak korang semua terpikir camner ye duk dalam rumahterbalik cam nih???pasti sukarkan nak melakukan kerja???tetapi tidak bagi Klaudiusz Golos dan Sebastian Mikuciuk..mereka ni merupakan pereka rumah ini, tujuan rumah ini dibina bertujuan untuk pameran. Lokasi rumah ini adalah terletak di Trassenheide, Jerman. Untuk makluman bersama, semua perabut di dalam rumah ini jugak diletakkan secara terbalik..huuhuhu..camner tue???tak dapat mrbaiz membayangkan betapa kreative nya pereka rumah ni..


3. RUMAH BAKUL

wah!!!suke je tengok rumah cam nih..lagi kreative..rumah gergasi ni sebenarnya merupakan sebuah syarikat yang terletak di Newark, Ohio, Amerika. Nama syarikat tu ialah Longaberger. Korang pernah dengar tak?ni lah kali pertama mrbaiz dengar nama syariikat tu. Bangunan tujuh tingkat ni mempunyai keluasan seluas 180 000 kaki persegi. Harga bangunan ni korang tau berapa???tekalah..hehehe..info yang mrbaiz dapat bangunan ni berharga AS$30 juta..mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan...bangunan ini merupakan idea owner syarikat ini sendiri iaitu Dave Longaberger...comelkan!!!!


4. RUMAH BERLUBANG

Dikenali sebagai hole house yang terletak di Houston,Texas direka oleh Dan Havel dan Dean Ruck. Rekaan rumah ini seperti dilanggar kenderaan..Memang pelik...








yuhuuuuuuu...mrbaiz masih memikirkan rumah idaman yang ingin mrbaiz reka..hakhak..nak jugak wat rumah bentuk pelik2..hoho..tp apekah bentuk itu???berfikir sejenak...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, July 17, 2010

SOALAN MATEMATIK UPSR, PMR, SPM BOCOR?

OPSSS!!!!!
cam gempak je kan tajuk tu..memang itu lah yang mrbaiz cuba sampaikan di sini..ade makne tersirat daripada tajuk en3 kali nih..
di sini mrbaiz memang ingin berkongsi maklumat dengan ayah2, emak2, abang2, kakak2, adik2..

apa yang mrbaiz cuba kongsikan???
ya di sini mrbaiz mahu kongsikan 1 cara, tip serta kertas senang kata iaitu set-set paper yang mengandungi soalan2 yang mungkin bakal mengubah nasib anak2, kawan2, adik2, yang bakal menduduki ujian atau exam yang akan menentukan masa depan u ollz...
anda lemah dalam subjek matematik???
tahukah anda kenapa anda gagal serta lemah matematik???

7 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN
  1. dekat nak exam barulah nak cari kertas soalan percubaan
  2. dekat nak exam barulah nak kaji format dan soalan yang biasa keluar peperiksaan
  3. dekat nak exam barulah nak cari soalan-soalan ramalan yang "HOT2 TOPIC"
  4. dekat nak exam barulah nak hantar anak ke pusat tuisyen, kem2 seminar dan kelas motivasi
  5. dekat nak exam barulah nak buat nota2 ringkas serta salin semula formula2 matematik
  6. dekat nak exam barulah nak tanya cikgu apa tajuk2 penting
  7. dekat nak exam barulah nak but jadual waktu dan pembahagian tugasan
Untuk mengatasi kesilapan2 yang ada ni..mrbaiz ingin memperkenalkan KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK VERSI BOCOR 2010

UNTUK TEMPAHAN KLIK SINI




Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, July 16, 2010

HARGA PETROL, DIESEL, GULA DAN GAS NAIK


alahai u oll....

naik!!!naik!!!naik!!!bile nye nak turun???berat badan naik....harge makan naik..

sekarang harge minyak n gule pon makin naik lagi,,,apela nasib...

ape yang mrbaiz merepek nih???

xde ni hah td bace news,,,pasal kenaikan harga barang n minyak...

menurut sumber daripada MALAYSIA KINI 4 kenaikan barang telah diumumkan oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA..bermula 12 pagi nih..(16 julai 2010)

ANTARA KENAIKAN SEPERTI BERIKUT:-

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter
  • Diesel - RM1.75 seliter
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, July 15, 2010

BLOG PILIHAN MR BAIZ


JOM join segmen Ben Ashaari...nak join meh sini..blog pilihan hati....











HAI U OLL.....
rini Mr Baiz nak tya u oll...

u oll ade x blogger idol???
or mane 2 blogger yang u oll minat dgn hasil karya dorang??
blogger2 yang telah banyak mengajar u oll???

bg Mr Baiz untuk menjadi seorang blogger nih bukan senang coz kite kene belajar banyak bende..betul x u oll??

hehe, tp selama Mr Baiz blogwalking,,,mrbaiz tertarik dgn blog-blog ni...maklumat yang menarik n berkesan, ad tutorial yang memudahkan Mr Baiz belajar lagi..

i think u oll pun selalu read this blog right???hehe..






blogger ni semua telah byk membantu mrbaiz..
byk info yang sangat bergune di sini..so u oll leh r belaja dari sini gak..





Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Wednesday, July 14, 2010

AKU SUKE 4 BARANG NIH!!!

Ape yang korang suke ye???ape ye pemberian yang korang sangat sayang???

bagi aku setiap pemberian kite kene terima seadanyekan...
must appreciate!!!

ni barang2 yang aku suke....coz mende free kan..lagi pon ni jugaklah pemberian daripada si dia yang tersayang...hakhak...(dalam ati ade taman la plak)..shyyyyyyy....

hadiah besday daripada orang yang tersayang...

BESDAY april TAHUN 2009



KONVO mei 2010



BESDAY april TAHUN 2010



cantikkan!!!

semua barang nih kalau aku kuar g mane2 sentiase aku bawak...appreciate x aku???huhu kagum x??

tapi korang jangan ingt bear tu pon aku bawak xde la die kene la tinggal kt umah..

hehe..tq sayang!!!


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

betul ke couple tu haram mak cik minah???

entah pape je kan tajuk en3 kali nih..
sebenarnye cerite nih xde kaitan pon dgn cik minah kite..
cerite nye cm nih,,,seorang budak ni terbuka hidayah dlm dirinye,,jom kite check it out!!!!

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka supaya jgn buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..


Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..


"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

KEJAYAAN BUTIK AL IKHSAN


Hari ini mrbaiz nak kongsikan tentang kejayaan butik terkenal kat tanah air kite ni..

butik ni memang terkenal dgn pakaian sukan yang berjename..
moge cerite ni boleh menaikkan semangat korang2 yang tgh down..yang x down jgn bace,,hehehe

ok bermulalah alkisah.......tyibbbbbbbbb.......

Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menjual aiskrim yang dibuat ibunya. Hari ini, kesungguhannya dalam bidang perniagaan berbayar dengan sebuah empayar bernama aL-ikhsaN.

BAKAL menyambut hari ulang tahun ke-39 tahun lima hari lagi, lelaki yang masih muda ini bukan calang-calang ahli perniagaan.

Memupuk minat bisnes sejak kecil dengan prinsip hidup yang kuat berpegang kepada ajaran Islam, hari ini sebanyak 59 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud dan menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya.

Beliau adalah Ali Hassan Mohd. Hassan, pemilik rangkaian al-ikhsaN yang berkembang maju dalam tempoh 14 tahun.

Rangkaian kedai aL-ikhsaN bukan asing lagi dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.

Kejayaan mengembangkan kedai aL-ikhsaN sekali gus menghakis kritikan bahawa usahawan Melayu sering gagal dalam perniagaan serta menepis stereotaip bahawa orang Melayu sebagai malas dan layu.

Mercu tanda kejayaan empayar al-ikhsaN di seluruh negara sebenarnya bermula dengan urusan jual beli baju sukan berasaskan modal kecil dengan kelompok pelanggan yang tidak besar.
Ali Hassan menceritakan produknya pada masa itu hanya dijual kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

"Masa menuntut di universiti dulu, saya akan beli satu dan jual satu. Ketika itu, jualan kecil dan modal juga kecil. Jualan dibuat kepada rakan-rakan satu universiti dan juga pensyarah saya.
"Sewaktu di UTM, saya juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup," katanya yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993.

Ketika ditanya mengenai biasiswa yang diterimanya, beliau berkata: "Memang saya ada terima biasiswa tetapi saya berikan semua kepada ibu kerana kami bukan orang senang."
AL-IKHSAN juga melebarkan butik perniagaannya sehingga ke Alor Setar, Kedah.

Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.
Bercerita lanjut mengenai kebangkitan aL-ikhsaN, Ali Hassan memberitahu perniagaan pertamanya bermula di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri.

"Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas.

"Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual," katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya.

BUTIK aL-ikhsaN mendapat sambutan hangat di Johor Bahru, Johor.

Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

"Mulanya, saya berniaga kerana mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak tetapi kemudian ia menjadi lebih serius kerana pada ketika itu agak sukar untuk mendapatkan barangan sukan," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik.
Sambil meninjau susunan peragaan barang jualannya, beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.

"Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.

"Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun. Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya.

"Apa sahaja kita kena sabar.... perbaiki apa kelemahan yang ada. Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka 'komplen'," katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.

"Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak ada...ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan.

"Ambil sahaja apa 'komplen' pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang," katanya.

Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam.

"Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.

Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

"Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya... kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar," jelasnya.

Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.

"Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan. Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi.

"Kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini.

"Malah, setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di sini pada hari yang sama," tambah beliau.

aL-ikhsaN Sport turut menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010.

Berhubung kesukaran dalam perniagaan yang dialami, beliau berkata, mengekalkan pekerja dalam industri peruncitan merupakan perkara utama memandangkan pemilihan kerjaya pekerja dalam industri tersebut masih lemah.

"Turnover staf adalah tinggi dalam industri peruncitan tetapi kami di aL-ikhsaN masih bagus lagi kerana kami memberikan pakej yang terbaik seperti motivasi dan latihan di ibu pejabat kami di Johor," katanya.

* Tgk, bagaimana org ni berjaya... Disamping perancangan perniagaan yg baik, hubungan baik dengan Allah turut membantu kejayaan dia... Keywordnya di sini, kalau kita jaga hubungan baik dengan Allah, insya Allah, Allah akan berikan rezeki kepada kita daripada pintu yg tak kita sangka sangka.... Moga kita semua dapat ambil iktibar..


rujukan ; Oleh SHAWKATH AZDEshawkath.azde@kosmo.com.my

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

MANAGER BANK DITIPU PAKCIK TUA

Salam sejahtera SEMUA,

Ok hari ini mrbaiz nak berkongsi baju cerita tentang manager bank dibunuh ditipu pakcik tua yang bername pak di....

jom layan...


=========================================

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menympan RM1000 nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Di : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..

Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..

Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Tak guna punya orang tua..

Pak Di untung RM4,000 dengan mudah.. :D


=========================================

Hehe..so menarik x cerita ni?
Just joking..sekali sekala kite kene relexkan otak kite
dgn lawak jenaka.. :D

Inspirasi ini mengajar kita apa yang orang lain cuba pelajari sepanjang hidup mereka.

Jadi berfikirlah secara positif!
Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)