=

Friday, November 4, 2011

Perbezaan Antara Gay, Pondan, Metroseksual Dan Lelaki Lembut

Ramai di antara kita masih tidak dapat membezakan siapa itu Gay?Pondan?Metroseksual dan Lelaki Lembut? Bagi mereka semua golongan itu mempunyai sama maksud...so, hari ini aku nak kita sama-sama mengenali mereka semua...dan dapat membezakan definisi mengenai mereka semua...

jangan salah tafsir akan gay, pondan/makyah, metroseksual dan lelaki lembut, malah khunsa juga berbeza..

-GAY-
Mereka tak terangsang tengok perempuan, tapi akan terangsang tengok kaum sendiri, (lelaki). Melakukan hubungan sesama mereka (dilaknat Allah)..mempunyai perasaan sesama hubungan sejenis...

-METROSEKSUAL-

Mereka bukannya gay ataupun pondan. mereka adalah lelaki sejati yang maskulin. Perbezaan mereka adalah mereka menyukai perkara-perkara yg kebiasaaannya ada pada wanita. seperti menjaga kulit wajah dan bentuk badan, menyukai wangi-wangian dan bedak dll. 

Sentiasa mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan kecantikan mereka. Suka dan terlalu menjaga kekemasan diri...Boleh diistilahkan mereka sebagai preetyboy  tapi kalau orang melayu cakap mat jambu. :)


-LELAKI LEMBUT-
GAMBAR SEKADAR HIASAN

 Kalau dalam bahasa kasar , orang sebut sebagai Sotong..

Sotong adalah lelaki yg lurus. Nalurinya juga lurus dan suka kepada wanita. Perbezaannya adalah perwatakannya dan percakapannya yg menyerupai wanita. namun dari segi penampilan dan pemakaian , mereka adalah lelaki yang tulen. BOLEH istilahkan mereka sebagai lelaki lembut , atau lelaki sopan . kenapa ? sebab , kadang2 perwatakan mereka yg sopan mengalahkan wanita. percakapannya yg lembut dan sentiasa disenangi oleh golongan wanita berbanding lelaki normal.

Lelaki sotong bukannya pondan dan bukannya gay. mereka tetap lelaki yg sejati , cuma lebih sopan berbanding lelaki yg normal. jadi jangan sesekali memanggil mereka dengan panggilan yg kasar. Mereka juga lelaki normal. Mereka diciptakan untuk menjadi lelaki , dan mereka bersyukur dengan kurniaan yg telah diberi cuma kelembutan yang ada dan tidak dapat disembunyikan (semulajadi , walaupun mereka cuba mengeraskan diri , tapi tetap tidak berjaya dan kelembutan mereka sering kali terserlah) menjadikan mereka lebih sopan berbanding lelaki biasa.

-PONDAN / MAKYAH-
Mereka adalah lelaki lembut dan mengatakan bahawa mereka mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.

Pondan, bapok atau nyah lebih suka berpakaian menyerupai perempuan. Mereka mengenakan bra walaupun pada hakikatnya tetek mereka kecik persis seorang lelaki sejati.

Untuk menutup kehenseman wajah seorang lelaki, nyah biasanya akan mengambil pil hormon utk menukar suara yg garau & menghentikan pertumbuhan misai serta janggut, membuat pembedahan membesarkan payudara, membuang kerongkong, membesarkan paha & punggung. Peringkat nyah paling teruk sekarang ni banyak yg membuat pembedahan menukar alat kelamin.

Ada yang pada mulanya menyangka mereka itu perempuan betul tapi bila bersuara, memang sah jantan! 

-KHUNSA-
Ini adalah semula jadi ciptaan Allah. bukan disengajakan seperti gay/pondan/maknyah. mereka 100% tidak dilaknat Allah. penciptaan mereka ini menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta.

“Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil”.

HARAP DAPAT MEMAHAMI DIFINISI MENGENAI MEREKA DI ATAS INI..JANGAN KITA TERKELIRU..APA YANG PENTING SETIAP YANG ALLAH JADIKAN TAK PERLU DIUBAH...ALLAH TAHU APA YANG BAIK UNTUK HAMBANYA...

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

17 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

starzieti said...

eee...paling geli tgk gay. haha !

kisah percintaan gay ; http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=77XWDlphp2Q

:bb

IMANSHAH said...

erm, metroseksual

Korn Ahmad said...

Hype
Aku boleh terima jika seseorg lelaki itu lembut.. So x de masalah kalo nak berkawan ng aku..
Tp yang aku x leh terima bile die dah lembut, tp nak berperwatakan seperti wanita pakai gincu, baju pempuan, skirt bagai sume 2 lah... Err...

Sya_Merpati Putih 88 said...

gay tue mmeang tak leh di terima, perbuatan mcm tue dilaknat Allah..
Entah ape jer perangai, tp yg sedih nyadah ramai juga yg jadi gay..

BeloG MTT said...

Gggrrrrrrr ! MTT ada kenal beberapa orang lelaki lembut,tapi dorang tak terikut ikut cara wanita..Dorang tetap lelaki..Ada yang dah kahwin sekarang and dah ada anak pon..

Yang lain lain tu tak berani nk komen.. Hikhikhik ^^"/

Ifwat Syamim said...

tapi kebanyakan lelaki lembut itu gay :) mengikut pemerhatian lah~

Anonymous said...

lelaki lembut is better than lelaki ganas dan kasar ^^ mereka lebih memahami jiwa wanita

sharul izam said...

nak2x pesta sex tue..lagi mgalakkan..ape pon x boleh!

shafiqabdshukor said...

setuju..

Namee Roslan said...

baiz, tapi kan bila tgk lelaki metroseksual tu rse mcm mereka gay. :P hihiihih. just a 1cents perception. but tak sebenarnya. i mean yg tgk laki shopping sakan macam perempuan sbb suka bergaya ..hehe. nmpk mcm gayboy tpsbnrnya mereka menjaga image. hehe.

NadyaBubble said...

nice info, bro :)

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

entri menarik blogger! yang gay tu kita kena halang betul.bimbing dia balik ke pangkal jln yg lurus.


ISU : Memerdekakan Seksualiti

Anonymous said...

awk ckp sotong n laki metroseksual 2 bkn gay? jelas awk x fhm keadaan sebenar. semua sotong itu gay, dan laki metroseksual kbanyakannya gay ( bukan semua). saya gay so saya tau dunia gay camne.

Unknown said...

ad gay yg komen kat atas ni la...huhu..
org gay je faham apa itu gay..
anon: penulis mr baiz juz bgi pandangan je...bukan fakta..haha

Anonymous said...

aku sangat yakin byk org yg MIXkan antara 'gay' dan 'kegiatan homoseksual'. dua benda ni tak semestinya bergabung, sbb org2 str8 pun boleh terlibat dlm 'kegiatan homoseksual' but derang still str8. lagi satu, orang gay takkan jd metroseksual, psl dr definisi metroseksual, metroseksual mrujuk kpd lelaki STR8 yg gemarkan fesyen. dan gay, tak semestinya akan mlakukan kegiatan sex sejenis. tp yg pasti gay mmg cuma suka kaum sejenis secara sexual + romantic. kita perlu bezakan antara 'keinginan' vs 'perbuatan fizikal'. :D muah to the blogger!

Anonymous said...

bisexual jgn lupa... laki lyn ppuan pun lyn... straight pun blm tntu 100% straight... ad gak gay yg couple ngn ppuan... cover line beb... tau la coz i mmg dlm dunia nie...

Anonymous said...

Anonymous:
Mmg btol, tp sye ni BISEXUAL
Tp sye x cover line pn,sye terus terang je,kan2 sye yg str8 pn bleh trima sye.