=

Saturday, September 3, 2011

KOLEKSI UCAPAN RAYA~TQ SEMUA

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA SEMUA

Sehari menjelang raya..henpon cokia aku tak menang tangan..eh silap yang tak menang tangan aku ni ha..henpon aku just terima mesej jew...banyak jugaklah yang aku terima...boleh buat koleksi untuk tahun depan pulak kot...

yang simple-simple seperti selamat hari raya maaf zahir batin, minta maaf jugak ye, tu semua ada jugak..aku just nak share yang berpantun bagai ni...mood raya masih terpampang lagi nih..hohoho...

"harum aidilfitri tercium sudah, salah dan khilaf mohon dimaafkan, makan roti sambil berlari, bersihkan hati sucikan diri, mohn maaf setulus hati, salam aidilfitri"
"andai langkah membekas lara, andai kata merangkai dusta, andai tingkah menireh luka, izinkan saya bersimpuh sila, menghulur tangan di bulan mulia, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin"
"pejam celik pejam celik ramadhan dah ke penghujung, pejam celik pejam celik syawal bakal menjelma, pejam celik pejam celik kita dah nak beraya, sebelum pejam dah tak celik-celik lagi, hmm lebih baik kita minta ampun maaf zahir dan batin, selamat hari raya aidilfitri dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-54"
"walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertatap, tapi izinkan hati memohon maaf, zahir dan batin selamat hari raya aidilfitri"
"gema takbir di pagi hari, menjadi alunan di hari yang suci, sms dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu dihati, alunan takbir pun akan menjelang, salah dan silap mohon dimaafkan, minal aidil walfaizin, mahon maaf zahir dan batin, selamat hari raya aidilfitri 1432H"
"satu syawal menjelang tiba, takbir bergema menggegar jiwa, sekiranya ada salah dan dosa, ampun dipinta di hari mulia, selamat hari raya maaf zahir dan batin"
"biar kulit segelap almond london, asalkan hati sesuci kuih bangkit, biar iman sekental dodol, jangan senipis rempeyek, biar jiwa selembut bahulu, asalakan akhlak secantik biskut dahlia, senyumlah semanis wajik agar lebaran lebih bermakna, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin"
dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta adakekayaan budi, dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa, maaf dipinta atas segalnya, selamat hari raya maaf zahir dan batin"
"satu syawal menjelang tiba, takbir bergema menggoncang jiwa, kiranya ada salah dan dosa mohon diampun dihari mulia"
"seribu senyuman belum tentu menawan hati, satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci, membina kemesraan mengambil masa, meruntuhkan hanya sekelip mata, semoga ramadhan mengukuhkan ukhwah yang telah terbina, selamat menyambut hari raya aidilfitri, semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT, salam aidilfitri"
"setitik embun dipohon rimbun, diatap nipah air tergenang, doasa tertimbun mohon diampun, salah dan silap jangan dikenang, selamat hari raya maaf zahir dan batin"

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

2 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

El-Janna said...

harharii dijalan raya. selamat hari raya^^

Namee Roslan said...

banyak dapat wish dan memeberi wish..retisss. hehe..selamat hari raya ! raya kann sebulan so sepanjang sebulan lah kita wish hari raya. hehe