=

Tuesday, August 28, 2012

GangNam Style Banyak Versi

Sejak kebelakangan ni, negara kita dah macam kena demam...demam apa? ni hah , demam lagu GangNam Style...K-POP ke? haha...

Sana sini cerita tentang GangNam Style...bila dengar lagu dia memang syok , bila tengok gaya dance memang kelakar..dah macam-macam versi dorang buat...

jom layan video kat bawah ni..ada versi 8TV, FlyFm la,

Versi Original PSY



Versi FLY FM



Versi 8 TV


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Apple Senarai 8 Produk Samsung yang perlu 'diharamkan'




Nasib baik dilarang memasuki pasaran Amerika Syarikat, kalau Malaysia pun kena sekat sah-sah samsung Mr B ni dah tak boleh pakai..hehhee...

Antara 8 produk samsung yang ditarik balik di pasaran dan dilarang masuk Amerika Syarikat adalah seperti senarai di bawah :-

Galaxy S 4G,
Galaxy S2 AT&T,
Galaxy S2,
Galaxy S2 T-Mobile,
Galaxy S2 Epic 4G,
Galaxy S Showcase,
Droid Charge
Galaxy Prevail.

Sebelum ni pun Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas disyaki menyalahi 'Reka Bentuk Peten'..

Berita selanjutnya di SINI
Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Cara Kenalpasti Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit Babi

Pagi ni jalan-jalan kat dunia maya, lepas tu terbaca satu article tentang kulit babi, rasanya article ni sesuai untuk kita bersama..Share it!


Sekarang barangan kulit amat senang untuk didapati. Di pasar-pasar malam banyak dijual barangan kulit yang tidak original. Tetapi adakah anda tahu jika barangan kulit yang anda beli itu diperbuat dari kulit babi? Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:


1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain. 


3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.

p/s : Sila share info ini. Thanks.. 



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, August 25, 2012

Khairul Fahmi Che Mat Kemalangan


Khairul Fahmi Che Mat kemalangan? Tengok kereta dia ni, teruk juga kan..


Berita selanjutnya di bawah :-
Penjaga gol kebangsaan yang sering dilanda kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) telah mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya terbabas.
Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok sekitar jam 12.30 malam tadi.
Lantaran dari kemalangan itu, Apex telah mengalami cedera ringan di tangan kanan.
Pada masa yang sama, dia juga mungkin terlepas peluang untuk membantu skuad Red Warriors dalam pertemuan dengan Kedah dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia pada malam ini.
Punca kemalangan masih belum dikenal pasti.
Sebelum ini, Apex sering dilanda dengan pelbagai kontroversi seperti pengambilan alkohol, pergaulan sosial bersama teman-teman wanita dan pelbagai lagi.
Semoga Apex cepat sembuh dan kembali ke arena bersama skuad Kelantan.

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Senarai Blogger Wanita Super Cantik Di Malaysia

Senarai Blogger Wanita Cantik di Malaysia pilihan Mr B, kenapa mereka yang Mr B pilih? 

Sebabnya? 

Mereka semua ni bukan sahaja cantik malah blog yang mereka create mempunyai aura dan kekuatan yang tersendiri...siapa tak kenal mereka? 

Antara blogger wanita yang menjadi pilihan Mr B :-

1.Fatin Liyana Asrihttp://honeykoyuki.blogspot.com ]









4.Nisa Kayhttp://www.nisakay.com ]



5.Fatin Suhanahttp://fatinsuhana.blogspot.com ]



6.Irine Nadia Marcellohttp://irinenadia.blogspot.com ]



7.Namee Roslanhttp://nameeroslan.blogspot.com ]


Cantikan mereka semua ni? kalau korang perasan blog mereka semua ni masing-masing ada aura dan kekuatan untuk tarik minat orang membaca...kan?hehe..








Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, August 24, 2012

Aksi Mesra Noh Hujan Bersama Mizz Nina di Ranjang

Kalau macam ni takpe sebab dorang dah berkahwin...romantik gitu :)


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Ustaz Don Daniyal Telah Berkahwin

Alhamdulillah, semalam kita telah di datangkan satu perkhabaran berita yang sangat mengembirakan, yang mana Ustaz Don Daniyal telah pun di satukan dengan pasangannya...

Tahniah MB ucapkan...semoga ikatan yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir hayat Ustaz Don...Amin




Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, August 23, 2012

Kasut Pun Ada Muka

Hye, korang cuba tengok gambar ni, kasut pun ADA muka, korang punya kasut raya tahun ni ada sebijik macam ni tak?hahaha...

layan jelah...kasut zaman sekarang pun dah pandai nak bermuka-muka kan ? 









Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)