=

Tuesday, October 11, 2011

APA YANG DICARI PADA PEREMPUAN


Lihat mata perempuan, jangan dilihat cantiknya, lihatlah hatinya
tahukah?

melahirkan perempuan itu mudah,

membesarkan perempuan itu mudah,

tapi untuk menjadikan perempuan itu sebagai perempuan
bukanlah
 satu perkara yang mudah.
jangan dicari perempuan pada sebutannya,

jangan dicari perempuan pada pakaiannya,

jangan dicari perempuan pada tubuhnya,

hendaklah dicarikan perempuan itu pada kelembutannya.
kerana yang menyusahkan diri lelaki itu
 ada pada diri perempuan
dan yang menyenangkan diri lelaki itu
 juga ada pada diri perempuan
awasilah perempuan itu
jangan menjadi sombong,
kerana sombong itu membinasakan
 seperti api
membakar dedaun kering.

insaflah
 diketika ini
ingatlah perempuan itu
ada antaranya, yang matanya kabur

ada antaranya, yang warna bajunya luntur

ada antaranya, yang tangannya berlumpur

ada antaranya, yang hatinya telah hancur

kasihanilah mereka

hormatilah mereka

lindungilah mereka

kerana 
perempuan itu pada dirinya memiliki wajah-wajah keagungan lelaki.
sedarlah

tidak akan sempurna lelaki
 dengan kelelakiannya
kiranya yang dikhianati itu
 adalah perempuan

notakaki : perempuan dijadikan daripada rusuk lelaki, sekiranya dia bengkok ajarlah untuk meluruskannya..perempuan selemah-lemah insan jangan biarkan mereka terus lemah dengan kekasaran kita..


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

7 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

azu said...

perempuan itu suatu anugerah utk si lelaki!;)

achusara said...

hyee mr.baiz. gud2..:)

qaseh tia said...

like this entry.. :)

Shorim Kasih said...

sng mencari perempuan yg dimaksudkn..haha

azah sofi said...

cantik ayatnya..menusuk ke kalbu..paling best part notakaki tu.. :)

Namee Roslan said...

perempuan semakin liar zaman skang.

Dylla Abas said...

thumbs up!!