=

Friday, October 28, 2011

Gantung Diri Putus Cinta ~ Cara Hadapi Masalah Dengan Rasional

P/S : BACA SAMPAI HABIS UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN TAJUK DI ATAS :)

Tersentap sekejap baca paper online kat Metro.."Gantung Diri Putus Cinta"...seorang budak berumur 14 tahun ditemui mati di dalam bilik dalam keadaan tergantung..kes nya baru 2 jam putus hubungan dengan kekasih hati yang berumur 16 tahun, 2 tahun lebih tua daripada mangsa..

See, sedihkan???!

bukan apa, remaja yang berumur 14 tahun, sepatutnya tak perlu langsung fikir tentang cintan-cintun ni..aku dulu pun pernah kot :) tapi jangan tiru aksi aku yelah umur macam tu mereka patut fikir pasal study..study..and study..memang tu pun hajat mak ayah kita kan..nak tengok anak mereka berjaya..


bila aku cakap cam tu, mesti ada yang cakap macam ni "ala baru boleh semangat nak belajar"...

jangan nak cakap bercinta untuk dapatkan semangat sangatlah...
berdasarkan pengalaman beb, aku dulu bercinta konon-konon nak dapatkan semangat la time belajar..last-last tunggang langgang SPM aku :(

ops...sorry bukan nak membebel..kongsi pengalaman..:)

Walau besar mana pun masalah yang kita hadapi, kita perlu hadap masalah tu dengan rasional bukan kita lari daripada masalah...sebab masalah sentiasa akan timbul..kalau kita makin lari dari masalah, masalah tu makin ikut kita...so, hadapi masalah tu dengan tenang...

Ingat ye setiap manusia yang lahir kat dunia ni, tak dapat lari daripada belenggu masalah, bezanya cuma macam mana kita menghadapi masalah tersebut.

Apa yang aku buat sebelum dan ketika hadapi masalah :-

Sebelum

- aku belajar mendengar masalah kawan dan cuba untuk memberi nasihat, selain tu aku belajar untuk menceriakan diri dorang yang ada masalah sebab dari situ aku dapat melatih diri untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi masalah.

aku tak kan cari punca masalah aku, sebab bagi aku makin aku cari punca masalah makin banyak masalah yang timbul nanti kurang semangat nak selesaikan masalah tu...motivasi down..masalah ni macam kita gali lubang..makin dalam kita gali makin bergelapanlah kita kat dalam lubang tu..last-last sesat..tak gitu?

Ketika

- memahami masalah aku, sebab aku tahu tak ada masalah yang kekal..faham masalah bukan bermakna kena cari punca, faham masalah seperti kita mesti terima hakikat yang masalah tu datang kepada kita..masalah datang untuk mematangkan dan mendewasakan kita..

- think positif..kurangkan fikir perkara yang tak elok..sebab bagi aku setiap yang berlaku ada hikmatnya..

- kalau berlaku perkara di atas aku elak kan duduk dalam bilik sorang-sorang, nanti bertambah tertekan..so, untuk itu aku banyak luangkan masa dengan member-member..bersukan..dan buat perkara yang memenatkan sebab time malam kalau penat mesti akan cepat tido..so, aku tak kan fikir punca yang boleh menyebabkan aku bertambah stress..

- keesokkan hari cari cara lain pulak..macam berkongsi masalah dengan kawan yang boleh dipercayai dan memahami..cuba dapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka..:)

- apa yang paling penting share kan masalah dengan mak ayah..jadikan mak ayah kita sebagai kawan..mak ayah merupakan pakar kaunseling anak-anak..percayalah...jangan pendam sorang-sorang..

notakaki : kalau kita tak lari dari masalah..percayalah masalah tu akan perlahan-lahan hilang...so, jangan lari dari masalah kelak binasa diri..Ingat ye dengan membunuh diri kita tak akan dapat lari dari masalah!!!






Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

10 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

Adylia Qarissa said...

.....dan cuba dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah segala kekusutan pasti terlerai.

Mr.Baiz said...

@Adylia Qarissathat right...tu yang penting..

SoLy SoLicious said...

bile sy ade mslh, sy cuba carik jln pnyelesaian xkire ape jua..yg pnting mslh slesai

El-Janna said...

ape yang budak tu pikir?pengaruh tv?
haish.. banyak pikir. byk stress end of bunuh diri. selesai masalah. hmm

Mr.Baiz said...

@SoLy SoLiciousbetul tu jangan lari dari masalah..nanti masalah tu ikut je kita kan

Mr.Baiz said...

@El-Jannadia tak pikir secara rasional la tuh

Namee Roslan said...

bila baca benda2 ni namee jd takut sgt kalau kahwin pastu laki buat hal. taktau apa akan jadi sbb namee x pernah rse perit bercinta so agak gila jugak la nk hadapi jika terjadi.

untuk adik tu, muda sgt umur dia untuk serious dalam hal cinta ni :( sayangnya masa depan dia. :(

Mr.Baiz said...

@Namee Roslanmuda lagi kot..tapi dah cam tu pengakhiran die..

Lea Isnawi said...

bila iman kurang di dada
setan mula menguasai diri
nauzubillah
muda lagi kot 14 tahun

FaQiaH aQeH said...

nak share bole ?