Lihat mata perempuan, jangan dilihat cantiknya, lihatlah hatinya
tahukah?
melahirkan perempuan itu mudah,
membesarkan perempuan itu mudah,
tapi untuk menjadikan perempuan itu sebagai perempuan
bukanlah satu perkara yang mudah.
jangan dicari perempuan pada sebutannya,
jangan dicari perempuan pada pakaiannya,
jangan dicari perempuan pada tubuhnya,
hendaklah dicarikan perempuan itu pada kelembutannya.
kerana yang menyusahkan diri lelaki itu ada pada diri perempuan
dan yang menyenangkan diri lelaki itu juga ada pada diri perempuan
awasilah perempuan itu, jangan menjadi sombong,
kerana sombong itu membinasakan seperti api
membakar dedaun kering.
insaflah diketika ini

ingatlah perempuan itu
ada antaranya, yang matanya kabur
ada antaranya, yang warna bajunya luntur
ada antaranya, yang tangannya berlumpur
ada antaranya, yang hatinya telah hancur
kasihanilah mereka
hormatilah mereka
lindungilah mereka
kerana

perempuan itu pada dirinya memiliki wajah-wajah keagungan lelaki.
sedarlah
tidak akan sempurna lelaki dengan kelelakiannya
kiranya yang dikhianati itu adalah perempuan
sedarlah
tidak akan sempurna lelaki dengan kelelakiannya
kiranya yang dikhianati itu adalah perempuan
notakaki : perempuan dijadikan daripada rusuk lelaki, sekiranya dia bengkok ajarlah untuk meluruskannya..perempuan selemah-lemah insan jangan biarkan mereka terus lemah dengan kekasaran kita..
7 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:
perempuan itu suatu anugerah utk si lelaki!;)
hyee mr.baiz. gud2..:)
like this entry.. :)
sng mencari perempuan yg dimaksudkn..haha
cantik ayatnya..menusuk ke kalbu..paling best part notakaki tu.. :)
perempuan semakin liar zaman skang.
thumbs up!!
Post a Comment