=

Saturday, October 15, 2011

GADIS ZAMAN SEKARANG

KUALA LUMPUR: Dosanya amat kecil – melemparkan senyuman ke arah sekumpulan gadis, namun hukuman diterima seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terlalu berat apabila dia dibelasah sehingga bengkak bibir dan bernanah telinga.


Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Jelatek di sini, pada jam 5.30 petang 7 Oktober lalu, mangsa yang berada di rumah neneknya dihubungi seorang rakan yang mengajaknya bertemu di tingkat 16 pangsapuri berkenaan.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memenuhi pelawaan rakan berkenaan dan sebaik tiba di tempat dijanjikan, pelajar tingkatan tiga itu terkejut apabila mendapati 10 remaja perempuan menunggu kedatangannya.

“Tiga daripada mereka meluru ke arahnya dalam keadaan marah dan mempersoalkan tindakannya yang tersenyum ketika melihat mereka beberapa hari lalu.

“Bagaimanapun, mangsa berdiam diri. Tindakan mangsa membisu mengundang marah kumpulan remaja terbabit lalu memukulnya beberapa kali di badan,” katanya. HM

notakaki : lepas ni aku tak nak senyumlah kat mana-mana gadis..hihi..tak pasal-pasal aku pulak kena belasah..hoho..sheram!!!! korang bayangkan, senyum yang merupakan satu sedekah..benda yang baik dibuat pun tetap kena belasah..apa kejadahlah remaja zaman sekarang ni,..kalau lelaki tu aku rasa tak pelik sangatlah..tapi ni group gadis-gadis..mana perginya nilai-nilai murni mereka ek? perasaan malu mereka mana ye?adui..dunia-dunia..



Join Happy Photographycontest and WIN great prizes!



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

5 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

shiema sufian said...

wwwwu, takutnye. shiema tak gangster ye.

Namee Roslan said...

laa, kena rasuk syaitan ke apa budak2 tu. senyum pn nk kena belasah. ni mesti stock nk rasa diri hebat. nk tunjuk bagus . bahaya nya budak2 zaman skang :(

Namee Roslan said...

hahaha, sorry baiz. saya memang tak boleh tengok video2 geli geli potong kepala ke tangan ke. nnti jadi tak boleh tidur sebab teringat. hehe. by the way..thanks. haha. tadi nak tekan plak video utube baiz tu tp tak beraniiiiii.. :O

Rtp Farra Arisha said...

ganasnya geng2 perempuan itu..nak tunjuk terrer menumbuk ke macam mana??
dunia slalu tidak aman :(

Ayu Aurora said...

seramnye .. ni mesti kes geng pompuan tu perasan orang yg senyum tu ejek dia.

ish3 .. perasan bebenor.