=

Monday, October 10, 2011

PETUA KESIHATAN



Cara moden atau cara tradisional lagi baik? korang suka makan ubat? kalau tak suka, kita boleh cuba cara tradisional..

Moden punya cara ok juga, tapi kita tak pasti kandungan yang dorang isi, kalau tradisional kita tahu asal-usul bahan-bahan yang kita peroleh tu kan..hihi..

harini jom try tips or petua untuk kesihatan kita semua..terdapat beberapa petua yang boleh dikongsi...

  • Bibir merekah-Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
  • Masalah jerawat-Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.
  • Atasi rambut gugur-Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
  • Menghilangkan bau kaki-Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.
  • Menghilangkan kelemumur-Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu ditapis lalu usaplah air tapisan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
  • Menghilangkan parut-Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
  • Melembutkan rambut-Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Isi enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu. 

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

5 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

Paris Lipton said...

wuhuu niceeeee

Namee Roslan said...

hey terima kasih baiz.. hehe. tips yg memang sy cari ! elak gugur rambut tu haa.. txs ya :)

Adylia Qarissa said...

petua yang berguna...nak try amalkan untuk rambut :)

Mr.Baiz said...

try jgn tak try ye kawan2

salmiah said...

tima ksih atas petua yang berguna..

Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK