=

Wednesday, November 2, 2011

Budak 7 & 8 tahun pecah 26 rumah~Salah Siapa?

PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di sini, sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama. Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40 dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka. 

Berita lanjut di SINI
.......................................................................................................................................................................................


Terkejutkan bila baca artikel di atas? mahu tak nya..umur baru setahun jagung dah pandai atur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah...cubalah atur strategi macam mana nak scor UPSR 5 A ke?kan berfaedah tu..

Aku rasa terpanggil nak kupas isu di atas ni..macam tersentap sekali lagi sebab yang buat kerja ni adalah budak-budak.

Mereka masih kecik, tetapi dah pandai buat jenayah..Apakah punca atau faktor yang menyebabkan berlaku perkara tersebut? Salah siapa??? Adakah mereka patut dipersalahkan atau Ibubapa yang berperanan untuk mengelakkan semua ni terjadi?

Bagi aku, antara faktor yang berkemungkinan mengapa budak ni jadi macam tu adalah seperti peranan Ibubapa, Masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya, masyarakat, sekolah, persekitaran, media massa dan diri sendiri.

PERANAN IBUBAPA
-faktor utama yang mahu di ketengahkan. Sebab didikan awal bermula daripada ibubapa, betul tak? Kalau kurang didikan dan kasih sayang daripada ibubapa boleh menggalakkan budak-budak ni terjerumus ke arah perkara yang negetif.  Selain itu, ibubapa mesti memberi hubungan yang mesra kepada anak-anak supaya dapat membentuk personaliti yang menarik dan baik..Disiplin yang berterusan juga turut membuatkan anak-anak akan lebih bermotivasi.

MASALAH KELUARGA
-Berkemungkinan mempunyai masalah keluarga. Keluarga yang berpecah belah dan porak peranda akan menyebabkan budak tu ke arah perkara yang negatif seperti kes yang terjadi di atas. Yelahkan kalau dah panduan hidup dia dah tunggang langgang macam mana mereka nak betul. yer dak? Kira ibubapa ni dah macam pelita hidup anak-anak..kalau pelita dah terpadam, hok kita ni duduk bergelapanlah..:)

PENGARUH RAKAN SEBAYA
-mungkin mereka ni telah tersalah pilih kawan, sehingga mereka terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral, tak mustahil walaupun masih kecil tapi mereka cepat belajar. Kalau dah terjebak dengan kegiatan mencuri memang dorang akan jadi tabiat. "tangan panjang"..Rakan sebaya ni sebenarnya boleh membentuk konsep diri kita dan sikap kita. Kalau mereka pilih kumpulan kawan yang cenderung kearah kebaikan mereka juga turut kearah perkara yang sihat tapi kalau mereka pilih sebaliknya macam mana?sebab budak-budak ni nak diri mereka diterima oleh kawan-kawan..betul kan?

MASYARAKAT
-Berkemungkinan juga, sebab masyarakat turut mempengaruhi pembentukan personaliti budak-budak. Kalau diterapkan dengan nilai-nilai serta norma-norma kemasyarakatan yang sihat dan mereka membesar dalam masyarakat yang prihatin pasti budak-budak tu akan lebih menghormati dan takut nak buat jahat tapi kalau dah masyarakat di sekeliling pentingkan kekayaan dan harta benda? tak ke mereka akan turut macam tu? nak cari sumber pendapatan masih bersekolah kan..Jadi jalan penyelesaian mereka mencuri..

SEKOLAH
-pengaruh sekolah lebih kurang macam pengaruh ibu bapa lah, sebab didikan yang kedua mereka dapat di sekolah. Sebab budak-budak ni habiskan hampir seluruh masanya kat sekolah..kan? Kalau kepimpinan kat sekolah mereka tu pentingkan disiplin yang tinggi, mereka pasti menjadi berdisiplin dan dengar kata. Takut untuk buat perkara yang tak bermoral. Tak ponteng sekolah, sebab kalau mula ponteng sekolah, macam-macam ragamlah lepas tu..

PERSEKITARAN
-Pengaruh persekitaran juga turut menyumbang ke arah perkara yang tidak baik, contoh nya kegiatan melepak, bila dah melepak beramai-ramai kena pulak dapat geng yang salah..memang kaki rembat punya..sah-sah akan terikut kan..

MEDIA MASSA
-Ini perkara yang paling membimbangkan, sekarang budak-budak sekarang ni senang didedahkan dengan media Massa..Mereka ni sebenarnya mudah terpengaruh dengan perkara yang memberi ganjaran keseronokan dan cepat meniru dengan apa yang di lihat dan dibaca. Contoh sekarang ni lambakan Filem-filem yang berunsur 18sg, sx ,s apa lagi,..

DIRI SENDIRI
-budak-budak ni suka melakukan sesuatu yang baru, sebab mereka ni suka mencuba..setiap apa yang dilarang yang tulah nak di try n test nya..


Kesimpulannya, betullah bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Macam tulah anak, kalau nak mengajar biarlah dari kecil, nak membentuk anak ni tak semudah yang disangka yer dak? bukan senang macam nak bina bangunan..hehe..Cara nak atasi perkara macam kat atas tu senang saja, semua kelompok yang terlibat seperti kat atas tu, kena main peranan dalam tugasan harian masing-masing..Semua pihak kena terlibat..hehe..dalam kurungan aku cakap senang jelah.. :)

entri berkaitan : 
Gantung Diri Putus Cinta ~ Cara Hadapi Masalah Dengan Rasional
Pensyarah Minta Tubuh~Gangguan Seksual~Kesan dan Cara Mengatasi







Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

7 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

Dkna Abza said...

ibu bapa jugak harus dipersalahkan sebab ajar anak-anak tinggalkan kunci rumah kat dalam kasut..sangkut celah dinding dll...

nie budak kecik mencuri, kalau orang indon? bangla? habis semua barang rumah diangkut..

Anonymous said...

dasyat budak zaman sekarang..

erm~

Masduranisaqaseh said...

sebelah blok umah saya je tuhhh.... cam lah jgk budak2 tu.... mmg terkenal ngan kenakalan pun ..... tp budak2 kan.... kat sini lah ibu bapa n guru kena main peranan....

qaseh tia said...

kesianla pulak kat budak 2..salahkan mak bapakla ape lagi...

a i m z said...

perghh..giler laa..
budak budak sangat lagi tuu.
kalo dah belasan tahunn tu ok lagi laa.

so, ibubapa pon kena la atur strategi untuk didik anak anak.. :)

NadyaBubble said...

boleh buat karangan SPM ni :P

Namee Roslan said...

i can guarantee u, mereka belajar dr TV. plak mak bapak mmg tak awasi. mmg menjadi2. namee ada baca berita ni kat website, agak trkejut la. kdg2 kawan yg ajar...