=

Thursday, November 17, 2011

CARA MENYELESAIKAN JENAZAH PONDAN

Baru lepas merayau kat nuffnang..kot-kot ada jumpa keyword yang pelik-pelik yang melekat di blog aku ni...hehe..perahsang je :)

EH, ada orang nak tahu Cara Menyelesaikan Jenazah Pondan....kenapa boleh melekat keyword ni ya?Oh!mungkin sebab Entri Ini kot...

Kepada orang yang nak tahu cara tu, sebenarnya aku tak tahu macam mana caranya..tapi Insyaallah aku boleh bantu sikit-sikit...dengan cara kongsikan soal jawab seorang Ustaz seperti di bawah :)

~klik gambar untuk nampak lagi besar~

Copy/Paste dari blog TokeyKedai

Jenazah | Urusan Jenazah Pondan

SOALAN :

Salam Ustaz,

Saya ada beberapa kemusyikilan berkenaan pengurusan jenazah.

Benda ni terjadi dalam lingkungan keluarga terdekat saya, saya mempunyai seorang abang yang berpewatakan agak lembut.slps dia berumur 22 tahun, beliau telah merantau ke KL..sbb nak cari kerja & berdikari.kerja apa? semua ahli keluarga x tau. selepas 6 tahun di KL..beliau telah jatuh sakit & terpaksa di bawa pulang ke kampong untuk berubat

Perbagai cara telah keluarga kami usahakan samada dengan cara moden mahu pun tradisional.tapi kuasa tuhan mengatasi segala-galanya..beliau telah meninggal dunia semasa proses rawatan masih berjalan…masalahnya itu ialah...keadaan abang saya yang telah bertukar bentuk fizikal seperti wanita (dah ada buah dada & alat kelamin wanita), semua itu dilakukan secara pembedahan, semua ahli keluarga x terkejut bilamana melihatkan keadaannya bila di bawa balik ke kampong. 

Yang membuatkan kami semua bersedih ialah bilamana Imam yang dipanggil untuk menguruskan jenazah beliau bertegas tidak mahu menguruskan jenazah sepupu saya dengan alasan si mati telah mengubah ciptaan Allah & kemungkinan telah melakukan pelbagai maksiat semasa hidupnya telah berlaku pertengkaran & hampir mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga kami dgn. Imam tersebut hinggakan kami terpaksa memanggil seorang Ustaz dari kampung sebelah untuk membantu menguruskan jenazah dari awal hinggalah selesai... 

Apa yang saya inginkan kepastian dari ustaz..adakah betul cara Imam tersebut atau adakah sememangnya jenazah abang saya sememangnya layak diperlakukan sebegitu? Harap ustaz dapat jelaskan…..maaf sebab soalan saya agak panjang..Mohon nama & jabatan saya dirahsiakan demi maruah keluarga saya. kalau boleh ustaz delete terus nama saya dari inbox ustaz.

TKasih



JAWAPAN : 

Bila menerima email ini 10 hari yang lalu, hati saya terdetik-detik adakah ini jenazah yang pernah saya uruskan dahulu. Tapi bila membaca keseluruhan ayat barulah saya tahu ianya adalah orang lain disebabkan cara kematian yang berbeza & negerinya pun berbeza. 

Sebelum saya hurai & ceritakan dgn panjang lebar, kita tengok dulu apa pandangan Islam dalam Hukum menukar jantina. Hukum menukar jantina adalah HARAM dan berdosa kecuali dia dilahirkan dengan 2 alat kelamin atau alat kelamin yang tidak jelas (Khunsa). Dalam kes ini, pembedahan boleh dilakukan dengan nasihat doktor yang pakar berdasarkan mana satu jantina yang lebih dominan (kecenderungan) seksnya.

Sekiranya dia lahir secara normal & mempunyai alat jantina yang jelas, HARAM menukarnya sesuka hati kerana Allah yang maha mengetahui telah memciptanya dengan sempurna. Sekiranya berlaku juga pembedahan, maka setelah kematiannya, dia akan diselenggarakan mengikut pendaftarannya di dalam kad pengenalan atau surat beranak. Sekiranya termaktub lelaki, walau pun jantinanya telah di tukar maka ia akan kembali kepada hukum asalnya sebagai seorang lelaki. Abu Daud meriwayatkan kata-kata Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah saw melaknat kaum lelaki yang memakai apa yang dipakai oleh kaum wanita & juga kaum wanita yang memakai apa yang dipakai oleh oleh lelaki.

Sebak & sedih juga bilamana saya membaca soalan yang dikemukakan ini kerana mengembalikan nostalgia lama saya (hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman), maafkan saya sebab agak lama juga baru saya reply email saudara ni..masa x berapa mengizinkan saya. Ianya hampir sama dengan pengalaman saya sebagai seorang Mantan Pengurus Jenazah, pelbagai jenis/keadaan jenazah yang telah saya uruskan sepanjang pembelajaran saya samada di Kelantan atau di kawasan qariah saya dulu (Keramat & Setiawangsa). Ada yang meninggal sebab sakit biasa, kemalangan jalan raya, mati lemas & mati mengejut, x kira bayi, kanak-kanak, remaja & orang dewasa. 

Jutaan Terima kasih pada guru saya iaitu Ustaz Haji Ibrahim Mahmood (kelantan) & Ustaz Haji Abu Bakar Aziz (KL) atas tunjuk ajar,panduan & ilmu yang dicurahkan pada saya mengenai selok belok hal ehwal pengurusan jenazah dari awal hingga akhir, itu dululah…skrg x ada lagi sebab faktor masa & tempat tinggal. Lagi pun dah ada pelapis2 dari kalangan generasi baru yang telah saya tinggalkan.

Mengenai jenazah abang anda, saya juga pernah merasai pengalaman menguruskan jenazah sedemikian sewaktu bercuti raya di kelantan hampir 9 tahun yang lepas…..80% cerita diatas adalah sama dengan masalah yang diajukan cuma yang berbeza ialah simati meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa nak balik beraya & berkebetulan keluarga saya mengenali keluarga si mati. Saya telah dipanggil oleh keluarga tersebut (memang saya x kenal pun) untuk membantu Imam Tua yang bertanggungjawab dalam pengurusan jenazah2 di kampung tersebut. 

Masalahnya memang sama dengan masalah di atas, Imam tersebut juga berperangai sama dengan Imam yang spt saudara sebutkan di atas, itu adalah pertama kali beliau ditemukan dgn jenazah yang macam tu (bahasa kasarnya Pondan lah) & lps tu keluarlah pelbagai bebelan & ngomelan dari mulutnya yang mengaibk2an keadaan jenazah, saya x nafikan pengalamannya bertugas sebagai seorang Imam Surau tetapi yang menyedihkan saya ialah tentang kecetekkan ilmu & kesombongan beliau, mungkin bacaan Al Quran beliau agak fasih & lancar & berpewatakan agak alim dan disebabkan itu jugalah beliau dilantik oleh penduduk kampung sebagai Imam di kampung tersebut.

Tercabar jugalah kesabaran saya sebagai orang muda tetapi mengenangkan hari tu adalah petang hari raya pertama (E’dul Fitri), saya cuba jugak untuk tidak mengeluarkan Peluru Berpandu saya pada beliau, betul lah kata orang, kalau Ego seseorang itu telah mengatasi Ilmunya..mmg terjadi jgk...saya cuba terangkan secara baik & halus pada Imam tersebut mengenai cara2 & kaedah2 & hukum Fiqah dalam mengendalikan jenazah sebegini seperti yang saya ikuti di dalam Kursus2 & seminar pratikal yang saya hadiri serta sedikit pengalaman yang ada....sahabat2 tahu apa yang terjadi...beliau terus keluar dari rumah si mati sambil menyumpah & mengatakan yang saya cuba nak mengajar dia cara2 macammana nak urus jenazah...saya memang hormati jawatan beliau & pengaruh beliau di kampung itu. 

TETAPI saya x boleh nak terima & x bersetuju kalau seorang Pengurus Jenazah (Imam) yang tidak Amanah dalam menjalankan tugasnya iaitu MENGAIBKAN KEADAAN JENAZAH & bercerita pada orang sekelilingnya., beliau telah lari dari ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang Pengendali Jenazah. Dahlah jenazah tu boleh dikatakan hancur dari dari paras peha ke bawah & luka yang agak banyak juga di seluruh badannya & kita masih lagi nak aibkannya. Dosa yang dilakukan semasa hidupnya...biarlah Allah swt sahaja yang tentukannya TETAPI kita yang hidup ni, jalankanlah tanggung jawab kita dalam menunaikan fardhu kifayah...fikirkan lah keadaan keluarganya dalam menghadapi tohmahan masyarakat sekeliling. Kalau ianya terjadi pada keluarga kita? 

Memang saya sedih & menangis mengenangkan perangai & kelakuan Imam itu..x boleh nak terima pendapat & Ilmu dari orang yang lebih muda dari beliau.Akhir sekali terpaksa lah saya menguruskan jenazah itu dengan dibantu oleh ayah & adik2 lelaki si mati (memandi & mengkafankannya), walau pun niat asal hanya datang untuk membantu, sepanjang masa saya hanya membaca selawat syifaa yang di ajar oleh ustaz Abu Bakar & x putus2 berdoa agar segala urusan saya dipermudahkan. 

Setelah selesai saya terpaksa bergegas pulang ke KB tanpa sempat menyembahyangkannya kerana ada urusan keluarga pada malam tersebut – biasalah raya..masa tu lah nak jumpa dgn saudara2 mara yang pulang ke kampung halaman, itu pun selepas ada saudara si mati yang sanggup untuk menjadi Imam solat jenazah & menguruskannya sampai ke kubur.Islam ni Agama yang mementingkan hubungan persaudaraan sesama Islam baik dalam keadaan susah atau senang. 

Sikap yang ditunjukkan oleh Imam Tua itu amat dikesali kerana akan mengundang pelbagai fitnah oleh masyarakat sekeliling terhadap keluarga si mati…sebab itu pembelajaran Ilmu sgt penting…jgn hanya tahu setakat urus jenazah, pimpin tahlil, imam solat & nikahkan orang saja…banyak lagi yang kita kena pelajari….Ilmu Allah ni sangat luas & banyak utk dipelajari. Semoga Allah mengampunkan dosa2 simati.Itulah secebis pengalaman saya untuk sama2 dikongsi dengan sahabat semua..semoga ada manafaat untuk kita semua.

Wallahu Ta’ala A’lam.


END Copy/Paste....

NOTAKAKI : Ambil mana yang baik dan buang mana yang tak baik...Segala yang telah di kongsikan oleh ustaz di atas sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua..Kalau kita tak mampu mengajar cukuplah sekadar kita memberi maklumat dan info yang diperlukan :)..apa-apa pun, janganlah ubah kejadian Allah..Allah dah jadikan yang terbaik kepada semua makhluknya..Amin..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

12 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

Asyikin said...

hihihi, melekat jugak keyword tu kan. hihi, btw, nice entry :) nice info

Anna said...

maksudnya, walaupun dia dah tukar jantina, jenazah si mati perlu di uruskan ikut jantina sebenar iaitu lelaki.kan?

Niza Romli said...

bagus! :)
hasilkan entry dari keyword je...sekurang2nya dapat membantu kepada sesiapa yang mencari jawapan kepada soalan tu :)

Lulu Caldina said...

entri ni memang baik.. penting untuk diketahui bagi keluarga, teman ataupun kenalan orang yang bergelar pondan.. semoga menjadi ikhtibar buat semua..

Diana @ BKKC said...

igt baiz nak cerita bagaimana menyelesaikan masalah jenazah pondan satu persatu....rupa2nya...ada nasihat disebaliknya..
tulah..kekadang banyak sgt buku yg diterbitkan kat pasaran..kunun2 nak memberi keinsafan pd org yg membaca..tp terasa lebih kpd mengaibkan pulak... Kalaulah tuksng urus jenazah simpan shj aib simati.. itu lg baik kan?

Namee Roslan said...

entry ni sgt bagus baiz.:)kita balik pada pencipta and asal jantina kita .

iAmCekbolat said...

ternganga bolat baca ! perghh..

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

okey.menarik entri ini. :)

User MY said...

good entri. byk membantu. lot of info.

gadisarawak said...

info yg bergunaaaa~

Unknown said...

kami ak pernah tfikir nak tnya mengenai hal ni.sebb tu kami terpanggil utk baca hal nie.memang entri ni bantu kami dalamkan ilmu kami.banyak tanggingjawab yang kita masih belum tak tahu dan cuba pelajri..terima kasih..

ENTRI TERBARU: Cerita Tawa Anda di No92A, Anastasyea buka Bloglist 1 TAHUN , maggi tomyam pulihkan ingatan

ecadwinkyasha said...

terimakasih atas info ini.rasanya tidak ramai yg tahu tentang ini kan.