Wah 1st time buat tajuk panjang-panjang macam ni...hikhik..harap korang selesa dan berminat untuk membaca sampai ke akhir ayat di bawah..sebenarnya masa blogwalking tadi aku tertarik dengan 1 cerita ni, cerita yang menceritakan tentang perangkap hidup..mengisahkan seorang nelayan yang pentingkan kebahagiaan kekeluargaan manakala seorang pelancong yang mementingkan keuntungan..nak tahu ceritanya macam mana..jom baca....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.
Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu…
Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?
Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.
Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.
Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.
Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?
Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.
Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.
Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?
Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.
Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?
Pelancong : Dalam 15-20 tahun.
Nelayan : Lepas itu ?
Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.
Nelayan : Lepas itu ?
Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.
Nelayan : Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda sama seperti kebanyakan orang yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Anda tentu mempunyai pandangan indah mengenai perniagaan. Di mana anda akan merasa anda bebas untuk melakukan apa saja, tidak ada orang yang akan menegur kerja anda, anda boleh buat apa saja yang anda suka tanpa mengira masa.
Tidak salah untuk anda bermimpi begini, namun ini adalah sesuatu yang tidak selari dengan realiti perniagaan yang sebenar.
Apabila anda berada dalam dunia perniagaan, anda mula menyedari bahawa anda akan dikritik oleh pelbagai jenis pelanggan, anda akan berlari kesana dan kesini semata-mata untuk temujanji yang telah ditetapkan, anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan banyak lagi kekangan lain.
Sewaktu melalui saat ini, perniagaan bukan lagi syurga yang anda idamkan selama ini.
Anda bekerja dengan mengorbankan segalanya semata-mata untuk bahagia pada masa hadapan. Namun ‘masa hadapan’ ini tidak muncul-muncul.
Ramai orang yang terperangkap dalam situasi sebegini bukan setahun dua, malah ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka bekerja keras untuk kebahagiaan masa depan yang tidak kunjung tiba.
Kita berfikir bahawa kekayaan boleh membawa kebahagiaan. Ini adalah satu kepercayaan yang salah. Kekayaan mungkin akan menjadikan kualiti hidup anda lebih tinggi tetapi tidak semestinya ia boleh membawa kebahagiaan. Kita boleh lihat ramai artis-artis yang menjadi kaya dalam sekelip masa dan kelihatan sangat bahagia. Selepas umur menjadi semakin tua, mereka menjadi tidak bahagia kerana mereka mula kehilangan apa yang mereka pernah ada.
Jadi apa sebenarnya kaedah yang betul ?
Kaedah yang betul adalah anda tidak perlu mengorbankan kebahagiaan yang anda sedia miliki sekarang. Wujudkan perniagaan yang membolehkan anda kekal dalam kebahagian yang anda miliki dan buang pemikiran bahawa anda perlu mengorbankan kebahagiaan untuk mengejar kebahagiaan masa hadapan.
Perniagaan yang membuatkan anda bahagia adalah lebih bermakna berbanding perniagaan yang akan menjadikan hidup anda tidak bahagia. Anda tidak akan merasa kerja keras yang anda lakukan ini kerana anda melakukannya dengan bahagia.
Tidak ada guna anda masuk dalam kubur dengan harta bertimbun jika hidup anda tidak bermakna.
Nikmati setiap saat dalam hidup anda.
sekian, terima kasih
notakaki : semua orang impikan kebahagiaan, terpulang kepada seseorang tu yang memilih jalan untuk bahagia..jadilah seperti nelayan di atas. Pegang pada kata-kata ni 'Orang tamak selalu rugi'..Pernah dengar kata-kata ni tak? Untuk memiliki sesuatu kita harus kehilangan sesuatu..kira pengorbanan...terpulang pada diri masing-masing untuk memilihnya..jangan korbankan kebahagiaan yang ada untuk mengejar kebahagian masa hadapan..itu adalah kerugian yang besar..
2 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:
yes....masa bersama keluarga sekarang bukan emas lagi tapi nyawa
apa yg namee belajar dr post ni..jangan tamak dan jg terlalu kejar duit. sampai abaikan keluarga dan keselamatan kia kan. asal hasil pencarian kita dha cukup untuk keluarga itu sdh cukup pun.:) sederhana :)
Post a Comment