=

Monday, November 14, 2011

KECIL ITU LEBIH MERBAHAYA DAN BOLEH MEMBINASAKAN

Kita selalu memandang sesuatu yang kecil itu sebagai sesuatu yang remeh..betul kan?Sebenarnya kita tak sedar bahawa sesuatu yang kecik tu lagi berbisa dan berbahaya.Kenapa?Sebab kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan sesuatu yang besar kerana  kita tahu kemampuan sesuatu yang besar untuk menjahanamkan kita..yer dak?

Kita perlu tahu yang mana sesuatu yang kecil lagi berpotensi untuk menjahanamkan kita..mari kita lihat contoh yang boleh dijadikan sebagai iktibar buat kita semua...

Ular Tedung VS Ular Sawa
-walaupun ular tedung itu kecil saiznya, tetapi lebih berbahaya kerana bisanya bersifat membunuh berbanding ular sawa yang mana bisanya bersifat untuk melemahkan mangsa..

Cili Padi VS Cili Besar
-yang mana semua orang tahu bahawa cili padi adalah lebih pedas berbanding cili besar..

Nyamuk Aedes VS Lintah
-kedua-duanya menghisap darah...tapi nyamuk aedes mampu menyebarkan penyakit denggi yang amat bahaya berbanding lintah yang hanya tahu hisap darah lepas tu perut memboyot..:)

Semut VS Gajah
-waktu kecil-kecil dulu kita selalu dengar cerita semut dengan gajahkan?yang mana gajah sangat belagak kerana ianya besar..berbanding semut yang kecil amat..tapi bila semut menyerang gajah dan masuk dalam telinga gajah, gajah dah tak tahan dengan gigitan semut lalu mengaku kalah..yer dak?lebih kurang macam itu lah ceritanya..

Boleh dilihat dari sudut falsafah kehidupan pula, yang mana kekalahan seseorang yang besar terhadap seseorang yang kecil dianggap sebagai satu kehinaan buatnya...seperti mana kisah Raja Namrud yang mati dikalahkan seekor nyamuk yang telah masuk ke dalam lubang hidungnya :) , lagi satu yang man kita pernah dengar tentera Bergajah Abrahah yang telah dikalahkan oleh burung-burung yang kecil yang membawa batu-batu dari api neraka.

Begitulah dalam kehidupan kita seharian, kita perlu berhati-hati juga dengan sesuatu yang kecil ini, kita jangan sangkakan mereka kecil tetapi tidak berbisa..mereka mampu mengalahkan kita..Kita perlu tahu setiap kejadian ada hikmahnya..ada kelebihannya...

Kita jangan anggap dalam kehidupan, kita seharusnya bertemu buku dan ruas!!!tidak semestinya...kita perlu fikir adakalanya, hanya kerana seekor lalat yang sentiasa duduk menghurung lubang hidung kita, akan menyebabkan terbengkalai kerja seharian kita..yer dak? :)

Sama seperti bila dalam perlawanan bola sepak, apabila pasukan terkuat akan bertemu pasukan tercorot, kita akan menyangka pasukan tercorot pasti dibalun secukup-cukupnya...tapi kita tak fikir bahawa dengan kerjasama dan usaha gigih yang di pamerkan pasukan tercorot itu akan membuahkan hasil untuk pasukan yang tercorot itu..

SO, apa yang dapat aku kongsikan hari ini, bahawa sesuatu yang kecil itu mampu membuat sesuatu yang besar itu kalah..jangan anggap semua yang besar adalah betul dan kuat..meraka yang besar tak mampu bergerak tanpa bantuan yang kecil..renung-renungkan dan selamat beramal...:)

Bongkar sesuatu yang menarik di SINI dan SINI

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

7 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

monologmalamhari said...

stuju sgt dgn entry nie .
kdg2 manusia slalu anggap benda yang remeh tak kan mgggu mereka walhal benda y remeh pon mampu jadi besar jika sering tak diambil endah ..

monologmalamhari said...

btul tu .. stuju sgt gan entry nie .

nollyfyenee said...

yup btul tu..visit this http://secantiknurani92.blogspot.com/2011/11/scoliosis.html
ramai org anggap remeh je bnda ni
thanx..

BeloG MTT said...

Kecil bukan sebarang kecil tuh :P

BeloG MTT said...

Ehhhh ! Blog Baiz BERtukar pink colour ! :P

Namee Roslan said...

kecil-kecil cili api... :) jgn pndg rendah kt org. tak kisah lah besar atau kecil kan ! :)

Korn Ahmad said...

kecik vs besar...