=

Thursday, June 16, 2011

KAEDAH~KERJA MERACUN RUMPUT

SELAMAT PAGI SEMUA..pagi ni Mr Baiz ada kerja sikit nak kene buat..berkaitan dengan Landskap..Alang-alang dah type banyak tentang kaedah yang digunakan dalam kerja-kerja landskapkan...biarlah Mr Baiz share dengan semua..mana tahu u olz nak cari info..n tambah info berkaitan dengan landskap kan..kita mulakan dengan kerja meracun dulu ye..

KERJA MERACUN RUMPUT

CONTOH : Meracun rumput di batas sawah


Peralatan

  1. Tong racun
  2. Baldi kecil
  3. Topi keselamatan
  4. Alat Pelindung Pernafasan
  5. Cermin Mata Keselamatan (Google)
  6. But Getah (Wellington Boot)
  7. Sarung tangan getah bersaiz panjang sampai kesiku lengan
  8. Pakaian Keselamatan Diri (PPE, terdiri daripada Overall atau Apron)


Bahan

  1. Racun rumput (jenama KENPAT , SPARK ,ROUNDUP , GRAMOXONE atau lain-lain)

Cara Perlaksanaan

  1. Lengkapkan diri dengan pakaian dan alat keselamatan diri (PPE).
  2. Masukkan air ke dalam tong racun
  3. Masukkan racun ke dalam tong racun yang telah di isi. Sukatan racun adalah menigkut apayang telah ditetapkan dan disarankan oleh pengeluar/pengilang.
  4. Pastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti lain di kawasan yang hendak disembur racun tersebut.
  5. Mula meracun di kawasan rumput yang hendak diracun.
  6. Pastikan muncubg ‘nozzle’ tong racun tidak diarahkan kepada pokok bunga selain daripada rumput yang hendak diracun.
  7. Jangan menyembur racun melawan arah angin.
  8. Selepas siap kerja-kerja meracun bersihkan peralatan kerja dan simpan semula ke dalam stor.
  9. Botol atau bekas racun yang telah habis/kosong hendaklah dibasuh bersih-bersih, keringkan sebelum dibungkus dan dibuang.
  10. Bersihkan diri dan tukar pakaian kepada pakaian biasa.
*nantikan banyak lagi kaedah untuk mengendali kerja-kerja landskap daripada Mr Baiz ye..


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

0 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki: