=
Showing posts with label PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN WANITA.lelaki dan wanita. Show all posts
Showing posts with label PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN WANITA.lelaki dan wanita. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Fakta Lelaki VS Wanita 2

Lelaki : Saya nak kahwin dengan awak...


Perempuan : Awak ada Mercedes atau BMW?


Lelaki : Tak ada pun.


Perempuan : Awak ada banglo?


Lelaki : Tak ada jugak.


Perempuan : Berapa gaji awak?


Lelaki : Maaf...saya tak ada gaji..


Perempuan : Kalau macam tu macam mana awak nak kahwin dengan saya? Semua yang saya nak awak tak ada. Awak tak boleh membahagiakan saya. So, saya tak nak kahwin dengan awak. Awak boleh cari perempuan lain ya.


Lelaki : Saya betul-betul sayangkan awak dan akan membahagiakan awak. Saya janji saya akan jadi lelaki yang awak boleh harapkan dan setia. Kenapa awak tanya semua tu? Tak kan lah sebab tu awak tolak pinangan saya?


Perempuan : Sebab awak miskin!!!

Lelaki : Tak apa lah kalau macam tu, mungkin bukan rezeki saya untuk memperisterikan awak. tapi sebelum tu saya nak bagi tahu awak, sebenarnya 

- saya ada 1 Ferrari dan 3 Porsche. So apa perlunya beli BMW?
- saya ada 3 Villa kenapa nak kena beli banglo?
- dan yang paling penting saya yang bayar gaji pekerja macam mana saya nak ada gaji?



Lelaki : Kalau awak dah cakap macam tu tak apa lah..saya cari perempuan lain..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


NOTAKAKI : jangan terlalu memilih kelak kita yang rugi yer dak?hehe...


Baca entri yang berkaitan
Fakta Lelaki VS Wanita 
Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita Ketika Masuk Toilet
Salah Siapa? Lelaki yang Lurus atau Perempuan yang Bengkok?..
Menarik Ketika raya Depavali
Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, October 4, 2011

FAKTA MENGENAI LELAKI VS WANITA


hari ni aku ada terbaca pulak tentang Fakta Lelaki VS wanita..tapi kebanyakan aku tak setuju..hihihi..(mana mau setuju sebab aku lelaki..egolah sikit..lalalallaala)

antara fakta yang diberi :

  1. Tahap bau perempuan ialah 75% lebih tinggi daripada lelaki (aku tak setuju sebab aku pun wangi jugak..kalau pergi kerja 1 botol aku sembur minyak wangi..hahaha)
  2. Tahap homoseksual wanita dua kali lebih tinggi daripada lelaki pada usia 45 tahun (no komen..pinjam ayat artis kejap)
  3. Mata lelaki kebanyakkannya lebih besar daripada wanita (aku setuju tengok mata aku ni, cantik kan..lalalala)
  4. Hidung lelaki lebih besar daripada wanita (tak setuju! tengok hidung bf korang cute je kan..kecuali Zizan..hehe jangan marah ye zizan)
  5. Bibir wanita lebih leper dan besar berbanding lelaki (setuju sangat!!!)
  6. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki (yang ni aku tak tahu..)
  7. Berat purata otak lelaki lebih 1.4 kg berbanding wanita (eleh nak cakap lelaki besar kepala la tu..tak setuju!!!)
  8. Wanita lebih berani daripada lelaki (tersangat-sangat tak setuju fakta ni..nampak pacat pun terkinja-kinja..haha)
  9. Keupayaan meramas tangan lelaki dua kali lebih tinggi daripada wanita..(hahaha..lelaki memang suka meramas ker?)
  10. Kira-kira 48% lelaki berdengkur ketika tidur berbanding hanya 22% bagi wanita (setakat ni tak perasan la pulok..hehe..macam mana nak perasan kan..aku pun tido mati..)
  11. Wanita secara puratanya memerlukan 153 saat untuk berada dalam tandas berbanding lelaki hanya 113 saat (hehe..tak jugak, ade je wanita masuk tandas tak sampai 5saat..tapi kalau nak bukti mari tengok SINI..jaga kebersihan katanya..)
  12. Wanita tidur 1 jam lebih lama daripada lelaki (bermakna wanita kuat tidur..hehehe or wanita tidur lebih awal daripada lelaki..eh konfius ni)
  13. Tulang punggung wanita lebih lebar dan besar berbanding lelaki (sebab tu lelaki geram..wah statement!!!)
  14. Lemak pada perut lelaki lebih banyak daripada wanita (tak setuju...ce tengok perut aku ni..slim jew)
  15. Wanita lebih emosi dalam menangani sesuatu masalah walau pun masalah tu remeh sangat...(setuju 100%)..

notakaki : seperti yang aku cakap kat entry semalam, fakta ni tiada kena mengena dengan wanita mahupun lelaki kat Malaysia ni..hehehe...ayat bodek lettew..jangan marah ye..



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, October 3, 2011

SALAH SIAPA? LELAKI YANG LURUS ATAU PEREMPUAN YANG BENGKOK?CER JAWAB?

pesanan sebelum baca entry ini

kepada wanita yang baca entry ni...cerita ni tiada kaitan dengan wanita di Malaysia...wanita kat Malaysia semua hebat-hebat belake...jangan amek hati ye..hehehehe...


SITUASI 1 - PESAN MAKANAN

laki talipon.."yang oiii..abg kat kedai mamak ni..yang nak pesan apaapa tak?"
bini jawab.."tak mau bang, yang diet ni..."

laki pun balik ke rumah, dengan berlenggang lenggang kangkung..sampai di rumah, bini mula buat muka, muncung macam muncung itik serati..siap merajuk lagi nak tido bilik sebelah..

laki : kenapa muka muncung panjang sebelas batu je nih?
bini : dah abang tak belikan makanan untuk saya!!! (jawab dengan selamba)
laki : tadi ayang yang gtaw tak nak apa-apa..(sambil garu kepala ..??????)

..........................................................................................................................................................................

SITUASI 2 - MASAK

laki talipon bini lagi...

laki : petang ni ayang masak apa ye?
bini : alaaaahhh...tak masak apa pun hari ni..penatlah hari-hari masak...balik kerja nanti abang singgahlah makan kat mana-mana kedai ..

bila laki balik kerja terus singgah kedai mamak, balun makan nasik beriani, roti canai bagai...
sampai kat rumah..tiba-tiba bini jerit panggil makan...katanya dah masak tumis petai, kari kepala ikan bagai..bila laki tak makan ceh..merajuk lari tido bilik sebelah lagi..

..........................................................................................................................................................................

SITUASI 3 - BALIK KAMPUNG

Bini : abang, hujung minggu ni jom balik kampung nak?
laki : abang kerjalah yang..
bini: kalau macam tu takpelah, abang hantar je ayang dengan anak-anak ye? lepas tu abang balik la KL semula..

lepas dah hantar anak dan bini ke kampung, petangnya laki gerak balik KL semula...keesokkan harinya masa laki kat tempat kerja, telepon berbunyi...

dapat kol dari bini..." bang bila nak balik ambil kitaorang bang?ayang dah bosanlah duduk kampung..

..........................................................................................................................................................................

SITUASI 4 - LIPAT KAIN

abang ni asyik baca paper je...tak kesian ke kat ayang ni? tengok tangan ayang ni dah hancur dah , asyik basuh kain je..

abg tolonglah lipat pulak kain yang dah menggunung tu..laki pun dengan muka sempunyeh nye, masuklah bilik konon-konon nak lipat kain..tengah asyik melipat kain...

tiba-tiba bini masuk bilik..dengan tangan dicekak kat pinggang sambil lengan tangan disengseng paras siku..bini duduk membebel...macam petir da....

"kenapa abang lipat kain macam ni?!!!"
"kenapa kolar baju abang lipat ke dalam?!!!"
"kenapa spender ni abang lipat tiga?!!!"
"kenapa?!!!kenapa?!!!

..........................................................................................................................................................................

SITUASI 5 - PAKAIKAN BAJU ANAK

Abang tolong pakaikan pempers dan baju anak ni!!!! ayang nak mandikan anak lagi sorang ni...cepatlah bang!!!

laki : yang???nak pakaikan baju yang mana satu nih?
bini : alah abang ni..kan baju anak tu ada lapanbelas bakul kat dalam bilik tu..pakaikan je yang mana-mana pun...bukan orang nak tengok pun..

lepas bini selesai mandikan anak lagi sorang tu...tiba-tiba dia membebel lagi...

"abang!!! apa stail yang abang bagi anak kita pakai ni?? apasal seluar kuning baju merah ni??? nanti kalau orang tengok orang kata anak kita ni sami pulak..


cer jawab cer jawab..hahahaha...sape yang salah?????


Kesimpulannya : lelaki makhluk yang patuh arahan dan suka menolong....hehehhehehe..
perempuan makhluk yang cerewet dan suka membebel..hahahaha....apa pun tolong menolong dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri...penting!!!bagi wanita yang dah kawin..syurga di bawah tapak kaki suami!!!so???faham-faham la ye..



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN WANITA KETIKA MASUK TOILET

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR


Kesimpulannya wanita memang makhluk yang pembersih, prihatin dan yang ketara suka berlengah, kira membuang masa la tuh....(jangan marah yer.hehheehe) dan lelaki merupakan makhluk yang sayangkan masa..sebab masa itu emas..lalalalalala..

WANITA : RUMIT
LELAKI : SIMPLE (HAKHAKHAK)

sumber gambar malaysiaria.

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)