=
Showing posts with label TIP. Show all posts
Showing posts with label TIP. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

CARA MENYELESAIKAN JENAZAH PONDAN

Baru lepas merayau kat nuffnang..kot-kot ada jumpa keyword yang pelik-pelik yang melekat di blog aku ni...hehe..perahsang je :)

EH, ada orang nak tahu Cara Menyelesaikan Jenazah Pondan....kenapa boleh melekat keyword ni ya?Oh!mungkin sebab Entri Ini kot...

Kepada orang yang nak tahu cara tu, sebenarnya aku tak tahu macam mana caranya..tapi Insyaallah aku boleh bantu sikit-sikit...dengan cara kongsikan soal jawab seorang Ustaz seperti di bawah :)

~klik gambar untuk nampak lagi besar~

Copy/Paste dari blog TokeyKedai

Jenazah | Urusan Jenazah Pondan

SOALAN :

Salam Ustaz,

Saya ada beberapa kemusyikilan berkenaan pengurusan jenazah.

Benda ni terjadi dalam lingkungan keluarga terdekat saya, saya mempunyai seorang abang yang berpewatakan agak lembut.slps dia berumur 22 tahun, beliau telah merantau ke KL..sbb nak cari kerja & berdikari.kerja apa? semua ahli keluarga x tau. selepas 6 tahun di KL..beliau telah jatuh sakit & terpaksa di bawa pulang ke kampong untuk berubat

Perbagai cara telah keluarga kami usahakan samada dengan cara moden mahu pun tradisional.tapi kuasa tuhan mengatasi segala-galanya..beliau telah meninggal dunia semasa proses rawatan masih berjalan…masalahnya itu ialah...keadaan abang saya yang telah bertukar bentuk fizikal seperti wanita (dah ada buah dada & alat kelamin wanita), semua itu dilakukan secara pembedahan, semua ahli keluarga x terkejut bilamana melihatkan keadaannya bila di bawa balik ke kampong. 

Yang membuatkan kami semua bersedih ialah bilamana Imam yang dipanggil untuk menguruskan jenazah beliau bertegas tidak mahu menguruskan jenazah sepupu saya dengan alasan si mati telah mengubah ciptaan Allah & kemungkinan telah melakukan pelbagai maksiat semasa hidupnya telah berlaku pertengkaran & hampir mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga kami dgn. Imam tersebut hinggakan kami terpaksa memanggil seorang Ustaz dari kampung sebelah untuk membantu menguruskan jenazah dari awal hinggalah selesai... 

Apa yang saya inginkan kepastian dari ustaz..adakah betul cara Imam tersebut atau adakah sememangnya jenazah abang saya sememangnya layak diperlakukan sebegitu? Harap ustaz dapat jelaskan…..maaf sebab soalan saya agak panjang..Mohon nama & jabatan saya dirahsiakan demi maruah keluarga saya. kalau boleh ustaz delete terus nama saya dari inbox ustaz.

TKasih



JAWAPAN : 

Bila menerima email ini 10 hari yang lalu, hati saya terdetik-detik adakah ini jenazah yang pernah saya uruskan dahulu. Tapi bila membaca keseluruhan ayat barulah saya tahu ianya adalah orang lain disebabkan cara kematian yang berbeza & negerinya pun berbeza. 

Sebelum saya hurai & ceritakan dgn panjang lebar, kita tengok dulu apa pandangan Islam dalam Hukum menukar jantina. Hukum menukar jantina adalah HARAM dan berdosa kecuali dia dilahirkan dengan 2 alat kelamin atau alat kelamin yang tidak jelas (Khunsa). Dalam kes ini, pembedahan boleh dilakukan dengan nasihat doktor yang pakar berdasarkan mana satu jantina yang lebih dominan (kecenderungan) seksnya.

Sekiranya dia lahir secara normal & mempunyai alat jantina yang jelas, HARAM menukarnya sesuka hati kerana Allah yang maha mengetahui telah memciptanya dengan sempurna. Sekiranya berlaku juga pembedahan, maka setelah kematiannya, dia akan diselenggarakan mengikut pendaftarannya di dalam kad pengenalan atau surat beranak. Sekiranya termaktub lelaki, walau pun jantinanya telah di tukar maka ia akan kembali kepada hukum asalnya sebagai seorang lelaki. Abu Daud meriwayatkan kata-kata Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah saw melaknat kaum lelaki yang memakai apa yang dipakai oleh kaum wanita & juga kaum wanita yang memakai apa yang dipakai oleh oleh lelaki.

Sebak & sedih juga bilamana saya membaca soalan yang dikemukakan ini kerana mengembalikan nostalgia lama saya (hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman), maafkan saya sebab agak lama juga baru saya reply email saudara ni..masa x berapa mengizinkan saya. Ianya hampir sama dengan pengalaman saya sebagai seorang Mantan Pengurus Jenazah, pelbagai jenis/keadaan jenazah yang telah saya uruskan sepanjang pembelajaran saya samada di Kelantan atau di kawasan qariah saya dulu (Keramat & Setiawangsa). Ada yang meninggal sebab sakit biasa, kemalangan jalan raya, mati lemas & mati mengejut, x kira bayi, kanak-kanak, remaja & orang dewasa. 

Jutaan Terima kasih pada guru saya iaitu Ustaz Haji Ibrahim Mahmood (kelantan) & Ustaz Haji Abu Bakar Aziz (KL) atas tunjuk ajar,panduan & ilmu yang dicurahkan pada saya mengenai selok belok hal ehwal pengurusan jenazah dari awal hingga akhir, itu dululah…skrg x ada lagi sebab faktor masa & tempat tinggal. Lagi pun dah ada pelapis2 dari kalangan generasi baru yang telah saya tinggalkan.

Mengenai jenazah abang anda, saya juga pernah merasai pengalaman menguruskan jenazah sedemikian sewaktu bercuti raya di kelantan hampir 9 tahun yang lepas…..80% cerita diatas adalah sama dengan masalah yang diajukan cuma yang berbeza ialah simati meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa nak balik beraya & berkebetulan keluarga saya mengenali keluarga si mati. Saya telah dipanggil oleh keluarga tersebut (memang saya x kenal pun) untuk membantu Imam Tua yang bertanggungjawab dalam pengurusan jenazah2 di kampung tersebut. 

Masalahnya memang sama dengan masalah di atas, Imam tersebut juga berperangai sama dengan Imam yang spt saudara sebutkan di atas, itu adalah pertama kali beliau ditemukan dgn jenazah yang macam tu (bahasa kasarnya Pondan lah) & lps tu keluarlah pelbagai bebelan & ngomelan dari mulutnya yang mengaibk2an keadaan jenazah, saya x nafikan pengalamannya bertugas sebagai seorang Imam Surau tetapi yang menyedihkan saya ialah tentang kecetekkan ilmu & kesombongan beliau, mungkin bacaan Al Quran beliau agak fasih & lancar & berpewatakan agak alim dan disebabkan itu jugalah beliau dilantik oleh penduduk kampung sebagai Imam di kampung tersebut.

Tercabar jugalah kesabaran saya sebagai orang muda tetapi mengenangkan hari tu adalah petang hari raya pertama (E’dul Fitri), saya cuba jugak untuk tidak mengeluarkan Peluru Berpandu saya pada beliau, betul lah kata orang, kalau Ego seseorang itu telah mengatasi Ilmunya..mmg terjadi jgk...saya cuba terangkan secara baik & halus pada Imam tersebut mengenai cara2 & kaedah2 & hukum Fiqah dalam mengendalikan jenazah sebegini seperti yang saya ikuti di dalam Kursus2 & seminar pratikal yang saya hadiri serta sedikit pengalaman yang ada....sahabat2 tahu apa yang terjadi...beliau terus keluar dari rumah si mati sambil menyumpah & mengatakan yang saya cuba nak mengajar dia cara2 macammana nak urus jenazah...saya memang hormati jawatan beliau & pengaruh beliau di kampung itu. 

TETAPI saya x boleh nak terima & x bersetuju kalau seorang Pengurus Jenazah (Imam) yang tidak Amanah dalam menjalankan tugasnya iaitu MENGAIBKAN KEADAAN JENAZAH & bercerita pada orang sekelilingnya., beliau telah lari dari ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang Pengendali Jenazah. Dahlah jenazah tu boleh dikatakan hancur dari dari paras peha ke bawah & luka yang agak banyak juga di seluruh badannya & kita masih lagi nak aibkannya. Dosa yang dilakukan semasa hidupnya...biarlah Allah swt sahaja yang tentukannya TETAPI kita yang hidup ni, jalankanlah tanggung jawab kita dalam menunaikan fardhu kifayah...fikirkan lah keadaan keluarganya dalam menghadapi tohmahan masyarakat sekeliling. Kalau ianya terjadi pada keluarga kita? 

Memang saya sedih & menangis mengenangkan perangai & kelakuan Imam itu..x boleh nak terima pendapat & Ilmu dari orang yang lebih muda dari beliau.Akhir sekali terpaksa lah saya menguruskan jenazah itu dengan dibantu oleh ayah & adik2 lelaki si mati (memandi & mengkafankannya), walau pun niat asal hanya datang untuk membantu, sepanjang masa saya hanya membaca selawat syifaa yang di ajar oleh ustaz Abu Bakar & x putus2 berdoa agar segala urusan saya dipermudahkan. 

Setelah selesai saya terpaksa bergegas pulang ke KB tanpa sempat menyembahyangkannya kerana ada urusan keluarga pada malam tersebut – biasalah raya..masa tu lah nak jumpa dgn saudara2 mara yang pulang ke kampung halaman, itu pun selepas ada saudara si mati yang sanggup untuk menjadi Imam solat jenazah & menguruskannya sampai ke kubur.Islam ni Agama yang mementingkan hubungan persaudaraan sesama Islam baik dalam keadaan susah atau senang. 

Sikap yang ditunjukkan oleh Imam Tua itu amat dikesali kerana akan mengundang pelbagai fitnah oleh masyarakat sekeliling terhadap keluarga si mati…sebab itu pembelajaran Ilmu sgt penting…jgn hanya tahu setakat urus jenazah, pimpin tahlil, imam solat & nikahkan orang saja…banyak lagi yang kita kena pelajari….Ilmu Allah ni sangat luas & banyak utk dipelajari. Semoga Allah mengampunkan dosa2 simati.Itulah secebis pengalaman saya untuk sama2 dikongsi dengan sahabat semua..semoga ada manafaat untuk kita semua.

Wallahu Ta’ala A’lam.


END Copy/Paste....

NOTAKAKI : Ambil mana yang baik dan buang mana yang tak baik...Segala yang telah di kongsikan oleh ustaz di atas sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua..Kalau kita tak mampu mengajar cukuplah sekadar kita memberi maklumat dan info yang diperlukan :)..apa-apa pun, janganlah ubah kejadian Allah..Allah dah jadikan yang terbaik kepada semua makhluknya..Amin..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, October 13, 2011

CARA HILANGKAN BERAT BADAN 20KG DALAM 2 MINIT

Sebelum ni aku ada kongsikan cara diet untuk student, kalau belum baca boleh baca SINI...tapi cara tu agak lambat nampak hasil..makan masa..

so, untuk tips diet yang aku nak bagi hari ni, senang!!!betul-betul berkesan...iaitu macam mana nak kurangkan berat badan dalam masa 2 minit!!!wah!!!gempak!!!kalau korang nak tahu..jom layan vidoe di bawah ni ye.



 

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, October 10, 2011

PETUA KESIHATAN



Cara moden atau cara tradisional lagi baik? korang suka makan ubat? kalau tak suka, kita boleh cuba cara tradisional..

Moden punya cara ok juga, tapi kita tak pasti kandungan yang dorang isi, kalau tradisional kita tahu asal-usul bahan-bahan yang kita peroleh tu kan..hihi..

harini jom try tips or petua untuk kesihatan kita semua..terdapat beberapa petua yang boleh dikongsi...

  • Bibir merekah-Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
  • Masalah jerawat-Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.
  • Atasi rambut gugur-Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
  • Menghilangkan bau kaki-Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.
  • Menghilangkan kelemumur-Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu ditapis lalu usaplah air tapisan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
  • Menghilangkan parut-Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
  • Melembutkan rambut-Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Isi enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu. 

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, September 2, 2011

TIPS UNTUK TIDAK MENYESAL DIKEMUDIAN HARI

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Sekadar untuk berkongsi tips supaya tidak susah di waktu tua..hehe..bukan apa..ni semua berpandukan tazkirah yang aku dengar daripada ayah aku time balik kampung hari tu...(haish lebih kurang 1 jam jugaklah aku dengan adik-adik aku kena ceramah dengan ayah aku...bukan apa..untuk kebaikan masing-masing..

ayah aku cakap ada 3 waktu untuk kita berubah dalam hidup kita ni...1 time kecik sampai ke peringkat remaja..2 time peringkat remaja kepada time kita berumah tangga..yang ke3 time lepas kawin..peringkat yang ke 3 ni..kalau kita masih tidak berubah..still dengan perangai yang sama..tak rajin, malas, semua yang negetif..kita akan susah sampai ke tua lah nampak gayanya..
korang setuju tak?kalau tak setuju cuba tengok di sekeliling kita ye..hehe..kalau umur dah menjangkau 40 tahun dan ke atas...kudrat kita pun dah makin kurang..kalau time ni kita masih di tahap yang lama, peluang untuk kita senang memang tipiskan..

ok tu cerita untuk berubah...sekarang cerita macam mana kita nak manage duit kita..supaya kita tak kekeringan duit..

ayah aku cakap kita mesti berjimat cermat..ok yang ni aku rasa semua orang setuju...maksud kat sini kita jangan suka membazir, membeli keperluan yang perlu sahaja..makan mewah-mewah boleh tapi jangan selalu..ayah aku bagi formula macam ni..rm1 bahagi dengan 4 bahagian...so, jadi rm 0.25 sebahagian betul kan?ok.. rm0.25 simpan jangan sentuh (untuk simpanan ye)...rm0.25 simpan dalam poket (kena sentiasa ada dalam dompet), rm0.25 simpan untuk kecemasan dan lagi rm0.25 untuk kegunaan harian...motif supaya duit tidak kering..

lepas tu ayah aku cakap lagi...kita kena tahu sayang...korang kena ingat apa-apa yang kita dapat mesti kena tahu sayang...walau semudah mana pun kita dapat sesuatu kalau kita tak tahu sayang kita akan kehilangan..aku bagi contoh...kalau kita beli kereta..kita kenalah cermat menggunakan kereta tu..jangan ganas-ganas ok..nanti kereta cepat rosak..nanti kita yang rugi..kalau kita tahu sayang..kita mesti pandai menjaga barang-barang kita..betul tak..senang mana pun kita dapat sesuatu barang kita kenalah tahu sayang..

ok last sekali ayah aku cakap kita kena sentiasa beringat..contohnya kalau kawan-kawan kita nak pinjam duit rm200...kalau kita tak beringat kita akan bagi pinjam semua..betul tak..mesti ada orang macam ni kan..hehe..tapi kalau kita beringat kita just bagi pinjam separuh..sebab lagi separuh kita simpan untuk keperluan kita kot-kot ada emergenci kes..mana nak cekau duit??1 lagi kalau kita bagi pinjam rm200 pun..nanti time nak pulang kita mustahil untuk terima sekali gus rm200 seperti kita bagi pinjam kan..hari ni 10 minggu depan rm10 kemudian lagi rm10..cuba pikir sampai bila nak cukup rm200..last-last kita yang lari budget..hehe...

kalau tak betul tegurlah ye..ok sampai sini dulu lah..sebenarnya banyak lagi..nanti kita sambung lagi ok..aku nak keluar kejap..hehe..





Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, August 23, 2011

TIPS KETIKA MEMANDU

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Hari ini aku nak berkongsi tip ketika memandu..dan apa yang penting untuk memastikan keselamatan kita semua terjamin ketika dalam pemanduan...lagi-lagi pada musim perayaan nanti...pastikan kenderaan korang dalam keadaan yang baik..

ok, langkah-langkahnya..korang mesti perhatikan setiap isyarat seperti di bawah ni...


TEMPERATURE

Isyarat yang menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta korang..pastikan kedudukan jarum meter untuk temperature berada paras yang sepatutnya..kebiasaannya berada di tengah-tengah atau bawah sedikit daripada garisan tengah.. kebiasaannya temperature akan jadi masalah apabila hos berkarat dan bocor, radiator tersumbat , dan tiada atau air kurang dalam tangki simpanan..


OIL PRESSURE LIGHT

Juga dikenali dengan lampu aladin..hehe..kalau menyala menunjukkan paras minyak engine korang berada pada paras yang kurang..jadi sebelum membuat pemanduan jarak jauh korang pastikan minyak engine korang dulu k..


LOW BATTERY CHAGING

Isyarat ni ada pada semua jenis kereta..menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada pada bateri atau "alternator".."Alternator" adalah alat seperti dynamo basikal..ia akan menjana elektrik sebaik engine kereta dihidupkan..biasanya sama ada alternator tersebut rosak ataupun tali belting yang putarkan alat tu dah kendur..ini akan menyebabkan tenaga yang dibekalkan tidak sempurna...


CHECK ENGINE LIGHT

Isyarat yang terdapat pada kereta yang mempunyai system injection...isyarat ni bertujuan memberi tahu yang system elektronik or sensor pada kereta ada dalam keadaan yang baik...


HANDBRAKE SDIGNAL

Isyarat ni akan terpadam serta merta apabila handbrake dilepaskan...kalau ia tetap menyala periksa takat minyak brake korang samada cukup atau kurang..kalau masih menyala jugak kemungkinan suis handbrake korang rosak..


article ni diperolehi daripada email dan di edit sedikit untuk korang baca dengan lebih santai..hehe..sharing is caring...

untuk ketahui tentang tips penjagaan kereta boleh baca SINI....

notakaki: KEPADA YANG MEMANDU UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN...PANDULAH DENGAN BERHEMAT DAN BERHATI-HATI..INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG...



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, June 13, 2011

PETUA HILANGKAN GASTRIK


Hukhuk, awatnye perut Mr Baiz harini...sakitnye..terasa sampai ke hulu hati ...tak kan sebab tak makan???awal-awal pagi lagi Mr Baiz dah balun nasi lemak...haish..tak kan kena gastrik kot...sabar-sabar dugaan semua nih..

mungkin semua ni "PESANAN" daripada Allah, supaya lebih mengingati-Nya..Kadang-kadang kita alpa dengan arus dunia ni..so, kepada u olz yang mendapat sebarang penyakit..tak kisah berat or tak..jangan mengeluh..just ingat semua tue merupakan "PESANAN" dari-NYA..

memandangkan Mr Baiz terasa sakit sampai ke hulu hati..dan mungkin disebabkan gastrik...Mr Baiz nak share petua hilangkan gastrik yang Mr Baiz jumpa ni...

Petua Tradisional:
  • Ambil sehelai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit dan garam sebesar jari kelingking. Kemudian tumbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.
  • selain itu, cuba amalkan makan daun Selasih..
  • makan Madu dan Kurma pun cara terbaik untuk elakkan terkena gastrik..
selamat mencuba yer..



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, June 10, 2011

TIPS DIET SIHAT UNTUK STUDENT

Petang ni Mr Baiz takde ape-ape nak buat so, nak share tips untuk mereka yang masih study ok..yelah kalau dah study tue kan mesti tak hiraukan kesihatan..nak pulak time dekat nak exam..huhu..malam pun tak tido..lepas tue ape lagi macam-macam masalah yang datang...berat badan menurunlah, selera makan takdelah...memandangkan situasi cam tue pernah Mr Baiz lalui zaman study dulukan..sampai lemau badan dibuatnye..hehe..

walaupun sibuk mana pun kite, kesihatan perlu dijaga...betul tak?? ok jom cuba tips mudah ni..



~ 1st, u olz perlulah ambik sarapan pagi, pagi-pagi tue lepas solat Subuh jangan tidur..luangkan masa untuk take breakfast..important beb..based on my experience lah kan..biase camtu lah tabiat students ni..no skip skip breakfast k!!! nanti masa dalam kelas tumpuan terganggu pulak..yelah nak kene tunggu lunch pulak baru nak makan..lambat lagi kot..hehe..


~ selain tue kan, kite perlu kurangkan pengambilan gula..kite pun tau kan, kalau ambik berlebihan or kerap sangat ambik makanan or minuman yang manis-manis boleh menyebabkan penyakit..nak2 pulak penyakit kencing manis..so, kurangkan pengambilan gula!!!..just amalkan dengan pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan or sayur-sayuran..


~ amalkan minum air suam..mesti ambik lebih tau!!!..kalau kite kurang minum air...nanti dalam kelas kite cepat mengantuk pulak..hilang tumpuan lagi..sekurang2nye 8 gelas sehari..(eh, betul ker ni??hehe..) kalau kuat bersenam kite mesti ambik lebih daripada tue..alah..air tak menyebabkan kite gemuklah..don't worry k..


~ berdisplin ketika makan!!!jangan makan sambil baring dan tonton tv..kenape?sebab kalau makan dengan cara cam tue..nanti kite tak perasan, main ngap jer..tak sedar yang kite dah ambik makanan tue berlebihan..eeee..tak sihat tau..


~ snack time!!! kenape snack?yelah kate student..mesti u olz study sampai tengah malam..lepas tue perut mulelah berkeroncong tengah2 malam..so, kalau cam tu sediakan snack banyak2..macam bijirin dan kekacang..jangan ambik makanan yang kurang baik k..


~ jangan ambik makanan segera!!!hehe..makanan segera dengan student memang tak dapat dipisahkan..sikit2 maggi, burger, kfc (chezy wedges gitu)..hehe..tak elok semua tue..tapi kalau nak makan jugak perlulah buat keputusan yang bijak..cube pesanan cam ni..(kentang tanpa mayonis 1!!!..hehe)


oklah tue je kot yang dapat Mr Baiz kongsikan..yang elok jadikan panduan k..jangan kite anggap makanan tue hanya untuk mengeyangkan perut je...makanan juga boleh memudaratkan..so think about it..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, June 6, 2011

TIP PENJAGAAN KERETA

Hye..u olz...Mr Baiz baru lepas rayau 2 dalam EN.google..godek punya godek..jumpalah 1 blog ni...kire berinformation jugaklah...kepada siapa yang masih zero dalam hal2 kereta ni..anda bolehlah tambah pengetahuan anda dengan membaca article dalam blog ni...

Mr Baiz pun dah mula tahu banyak perkara dengan membaca article dalam blog ni...senanglah MrBaiz nak ubati buah hati MrBaiz if die sakit..x yah g jumpa doktor dah kan..hikhik

dalam article ni semua ada diterangkan...mcm mana nak jaga enjin, tips membeli sparepart, tips jaga sistembrek..macam2 lah..keseluruhan tentang penjagaan kereta ada dalam article ni..so jom lah same2 manfaatkan article ni...


SELAMAT BERAMAL...


Daftar di sini


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, May 26, 2011

PANDUAN MUDAH MENUKAR TAYAR

hye semua...hari ini Mr Baiz nak share panduan nak tukar tayar dgn u olz....


Panduan yang mudah:-

1. Letakkan kereta anda di tempat yang selamat. Pastikan anda meletakkan kereta di tepi jalan yang bebas daripada sebarangan halangan lalu lintas.

2.Tarik brek tangan dan pastikan gear pada keadaan `meletakkan kenderaan’.

3.Hidupkan lampu kecemasan dan letakkan papan tiga segi kecemasan yang disimpan dalam kereta.

4.Gunakan jack untuk mengangkat sedikit ke atas untuk tayar yang pancit.

5.Gunakan skru kunci empat arah, kemudian putar berlawanan arah jam untuk melonggarkan skru pada tayar.

6.Keluarkan tayar yang pancit dan ganti dengan tayar simpanan, yang diletak pada tempat simpan barang kenderaan.

7.Pastikan setiap skru dipasang dan diketatkan dengan rapi.

8.Simpan semua kelengkapan sebelum meneruskan pemanduan.


Pesanan Penaja
kalau u olz mengalami tayar pancit, u olz jangan gelabah k..apa yang perlu u olz drive slowly lepas tuh berhenti di bahu jalan...untuk lagi selamat u olz letak la penanda 3 segi yang warna merah tu kat belakang kereta...untuk memudahkan penglihatan pemandu lain..kalau xde menatang tu, pandai2 la u olz gunakan kreativiti sendiri..hikhik...ok thahs all..tq..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, December 11, 2010

PETUA SUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

[Yok hadiahkan al-fatihah buat guru kita Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah, moga sihat dalam redho Allah utk terus membimbing kita semua dan mendapat ganjaran kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat pun buat kita semua amiin ya Allah ya Karim.]

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.
Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-
rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang
akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"Yok! Sama2 masuk Syurga bermula dengan berpesan2 utk kebaikan dan mengamalkannya pd diri saya sendiri dan pd saudara2 ku yg baik yg soleh yg dikasihi dan dirahmati Allah…kerna Islam mengajarkan untuk berpesan2 tentang perkara2 yg Maaruf"

Salam ukhuwwah
Hamba Allah


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)