Semalam lepas Maghrib kawan-kawan ajak pergi IOI Mall Puchong...dah sekian lama merancang nak pekena Burger Darabif..Apa sedapnya pun aku tak tahu..setiap kali lepak bersama mesti dorang asyik sebut Darabif...kadang-kadang garu kepala jugak aku ni..
So, semalam sampai jugak aku di sini...
IOI Mall , Puchong
Lot EG3A, Ground Floor, New Wing
Seriously, bila tengok logo ni aku dah terbayangkan burger nya besar-besar..tekaan aku tak meleset setelah melihat menu yang sangat menaikkan selera makan aku....
pelbagai aneka pilihan burger di Darabif...Chick , Beef , Lamb dan banyak lagi..nasi lemak pun ada siap rendang burger lagi..
setelah belek- belek menu, aku memilih Beef iaitu Maxi Moo....dua lapis beef disaluti dengan cheese..nyum-nyum..memang berselera...rotinya yang lembut, daging yang enak, bau menusuk hidung..hihi..
nyum-nyum!!sedap wokkkkkk.....kalau korang rasa mesti nak lagi...sebab memang berbaloi..
second round!!!
konon-konon nak pekena nasi lemak rendang daging burger tapi hidangan nasi lemak just ada waktu brekpeh je..so, kawan-kawan yang lain memilih untuk pekena burger chick sahaja..memandangkan aku yang kekurangan lemak dan tangki yang kecik aku memilih untuk pekena nugget beef sahaja..
thanks very much to Hasnan , Qi , Syazwan , and Ahjoel sebab layan kerenah aku...hakhak..nampak sangat siapa yang beriya nak menternak lemak kat Darabif Burger kan..hihi...sorry geng, gambar korang aku tak ambik semalam..syok sangat pekena Darabif...hehe..


















