=

Tuesday, May 15, 2012

LELAKI PUNYA CERITA


Betapa beratnya menjadi seorang lelaki...diantaranya adalah seperti berikut :-


LELAKI...
1. Lelaki bujang kena tanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh manakala gadis bujang dosanya ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki yang sudah berkahwin kena tanggung dosanya sendiri, dosa isterinya, dosa anak perempuannya yang belum berkahwin dan dosa anak lelakinya yang belum baligh...BERATKAN.....

3. Hukum telah menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya. Isteri yang berbuat baik pahala dapat kepadanya manakala jika tidak berbuat baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib pada lelaki tetapi isteri tidak. Walaubagaimanapun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan pendapatan isterinya lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin.

Banyak lagi tanggungjawab lelaki terutamanya yang bergelar suami. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung oleh lelaki/suami ibarat gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki dianugerahkan kelebihan dan keistimewaan oleh ALLAH SWT...

Di akhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :-
> isterinya
> ibunya
> anak perempuannya
> saudara perempuannya

Selamat Beramal..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

4 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

Tentang Kita said...

lelaki diberatkan dengan tanggung jawab..wanita pula diberatkan dgn penutupan aurat...sbb itu wanita lebih ramai mudah ke neraka

Adylia Qarissa said...

Dkna tak ada adik beradik lelaki. Semua kakak. Bertuah sape adik atau abg.

a i m z said...

Allah Maha Adil...

Namee Roslan said...

jadi lelaki ni berat tanggungjawab dan sebenarnya susah nak masuk syurga sebab tggjwb besar.perempuan lebih mudah tapi nak buat dan akur semua perintah ...hmmm. *peringatan untuk diri sendiri.