=

Sunday, December 4, 2011

REVIEW FILEM OMBAK RINDU



TAJUK: Ombak Rindu
GENRE: Cinta
PENGARAH: Osman Ali
PELAKON: Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Bront Palare
TERBITAN: Tarantella Pictures Sdn. Bhd.

"Cerita ini mengisahkan, Izzah seorang gadis kampung yang dilacurkan oleh pakcik sendiri dan diselamatkan oleh pelanggan pertamanya Hariz. Dibawa ke rumah, Hariz mahu Izzah menjadi perempuan simpanannya namun Izzah merayu agar Hariz mengahwininya. Lembut hati dirayu, akhirnya, Hariz mengahwini Izzah tanpa cinta di hati. Kerap kali bertemu dan layanan Izzah yang mesra membuatkan Hariz terpaut kepadanya.

Tatkala cinta berputik, Hariz dipaksa mengahwini kekasih yang juga teman sepermainannya di waktu kecil iaitu pelakon popular,Mila. Cuba untuk membatalkan perkahwinan tersebut namun desakan keluarga membuatkannya akur dengan pilihan yang ditentukan . Pelbagai kejadian berlaku berikutan perkahwinan tersebut serta cinta Hariz pada Izzah juga tidak mampu dipadam lagi."

aku boleh bagi 5 bintang untuk filem ni..olahan cerita yang bagus dan jalan cerita yang menarik...lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani yang memang seharusnya dipuji...

Maya Karin seperti yang diketahui umum, seorang wanita moden telah berjaya diubah oleh Osman menjadi wanita kampung yang lemah lembut. 

Aaron Aziz pula berjaya membawa watak Hariz kerana dia kerap kali bawa watak seperti ini. Jelas dapat dilihat dia acapkali berlinangan air mata dalam filem tersebut. Romantis gitu...dalam hati ada taman.

Lisa Surihani juga tak kalah dengan kemunculan watak Mila sebagai seorang artis popular yang berlagak diva, yang harus dijodohkan dengan Hariz oleh keluarga mereka. Memang bengis muka Mila ni..

Sekali lagi, emosi penonton dibuai dengan rasa simpati pada Izzah dengan kekejaman ibu Hariz, lakonan Azizah Mahzan cukup mengesankan dan menimbulkan kebencian penonton kepadanya.

nak tahu apa yang terjadi kesudahan cerita ini...korang kena la tengok sendiri...memang best!!!eh, sebenarnya aku tak nak pergi tengok tapi atas desakan teman yang teruja nak tengok  
aku ikutkan saja..last-last aku yang feeling lebih kot..tak malu je...tapi tak menangislah walaupun 1 bilik panggung tu ramai yang mengalirkan air mata..hahahaha..


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

5 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

aksarafendi said...

hurmmm wanita2 sure brduyun serang pwagam

ain soofiyah said...

nk tengok..!! tpy x nk gi wyang.. =) haha

Queen Nouvelle said...

queen dah beli tiket :)

tak sabar nak tengok citer nie .

Anonymous said...

UNTUNGLAAA ADE ORG AJK HEEEE... (^__^

Namee Roslan said...

wah, baiz dah tgk cerita ni. namee belum lg. :( sibuk sgt. teringin gak nk tgk tp txs sbb bg short synopsis untuk filem ni. at least tahu lah jalan cerita. novel dia pun tak pernah baca.