=

Tuesday, May 31, 2011

HATI HATI KEPADA PENGGUNA BLOGSPOT!!!


Hye u olz...rasanya dah 3 hari Mr Baiz tak update blog...actually baru ni Mr Baiz balik kampung..biasalah bila dah ada di kampungkan...rest lah puas2 (hehe..yelah tu rest...merayap tak hengat!!!)..

ok berbalik kepada tajuk entry kali ini..gempaq tak?mesti u olz tertanya-tanya kenapa?why?apekebendenye?cer citer2? hehe..

sebenarnya Mr Baiz nak share article yang baru Mr Baiz baca ni...

tak tahulah betul ke tak...

jom baca sini...


Jika Anda Pengguna .Blogspot.Com Atau .Wordpress.Com, Sila Berhati-Hati Mulai Saat Ini!
Bayangkan saat anda mempunyai follower yang ramai dan mempunyai beratus-ratus artikel, TIBA-TIBA blog anda dibuang!!!
Itulah lumrah sebagai penumpang PERCUMA. Anda pada bila-bila masa sahaja boleh dihalau tanpa belas kasihan! Saya yakin dan pasti, jika anda mempunyai blog .blogspot.com atau .wordpress.com, anda perlu bersedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan blog anda disekat atau dipadamkan oleh blogspot atau wordpress.
Apa faktor yang memungkinkan blog anda dibuang / hilang?


· Seseorang secara tidak sengaja atau dengan sengaja (kerana dengki) telah ‘FLAG’ blog anda.
·Server penyedia blog mengalami masalah dan menyebabkan semua data-data termasuk blog anda HILANG.
· Terdapat pelbagai skrip yang tersisip virus pada blog anda.
·Ada sesetengah kes, blog anda dituduh spam oleh blogspot walaupun blog anda langsung tidak aktif!
·Dan pelbagai sebab lagi yang boleh menjadi faktor blog anda dibuang / hilang!
Satu persediaan penting yang perlu dilakukan oleh blogger ialah sentiasa melakukan backup pada artikel anda. Sebaik-baiknya, seminggu sekali atau setiap kali selepas blog anda dikemaskini!
TETAPI, sekerap mana pun anda melakukan backup pada artikel anda, sekiranya blog anda didelete oleh blogspot, semua posting dan URL anda akan disekat (banned) oleh pihak blogspot. Contoh, sekiranya URL blog anda ialah Mrbaiz.blogspot.com dan anda telah mempunyai 5000 pengikut. Tiba-tiba blog anda dibuang dan domain anda disekat penggunaannya, bagaimana pengikut anda ingin ke blog anda memandangkan link Mrbaiz.blogspot.com kini tidak boleh diakses???
Penyelesaian???
Selain kerap melakukan backup artikel blog anda, anda disarankan menukar domain / link blogspot.com anda menjadi domain .com anda sendiri. Contohnya, link blog anda asalnya Mrbaiz.blogspot.com, selepas menukar ke domain .com, blog anda menjadi Mrbaiz.com!
Jika blogspot membuang blog anda sekalipun, anda masih boleh membuat akaun blogspot baru, mengupload kembali artikel yang telah anda backupkan dan kembali menggunakan domain asal anda. INILAH YANG PALING PENTING kerana blogger lain mengenali anda melalui link / domain anda!
Selain itu, terdapat banyak kelebihan memiliki domain sendiri seperti:
·Penggunaan domain sendiri lebih ringkas dan mudah diingat. Secara tidak langsung membolehkan trafik pengunjung ke blog anda semakin tinggi.
·Dengan memiliki domain sendiri, anda kelihatan lebih professional dan serius dalam berblogging.
· Kredibiliti anda semakin meningkat.
·Domain sendiri menjadikan blog lebih mesra SEO (Search Engine Optimization) – Ianya berkaitan ranking / kedudukan anda dalam enjin pencari.
· Syarikat pengiklanan lebih percaya dan yakin untuk beriklan di blog yang mempunyai domain .com
· Mengelakkan anda kehilangan pengunjung walaupun blog anda ditutup.

so, u olz think patut tak Mr Baiz tukar kepada dot com????

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

3 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

Qairy said...

harus bertukar for safety purpose..:)

Baiz Mamat said...

qairy tp how?bulan2 kene bayar berapa yer?

Mohd Zakwan Zain said...

Mr Baiz.. kalau stakat domain .. RM20 lebih dah boleh dapat untuk setahun guna.. tapi kalau hosting sendrii mahal lagi.