=

Tuesday, December 14, 2010

KISAH USAHAWAN PEMBINA SEMANGAT


HOT PERFUME UBAH NASIB


NABIHAH memperoleh pendapatan lumayan dengan mengusahakan produk HotPerfume di Kampung Masjid Kota, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu.



Jual minyak wangi jana pulangan lumayan

WALAUPUN hanya memiliki kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), seorang suri rumah mampu memperoleh pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan selepas berkecimpung dalam perniagaan minyak wangi tanpa kimia, HotPerfume.

Bekas guru sandaran yang turut mengajar kelas fardu ain di beberapa masjid sekitar Kota Bharu, Nabihah A Rahim, 35, tidak menyangka langkah nekadnya menyertai HotPerfume membantu mengubah nasibnya.
Katanya, sebelum menyertai jualan minyak wangi HotPerfume, beliau sudah menyertai pelbagai program jualan minyak wangi jenama lain, namun tidak pernah mendapat pulangan lumayan.

"Ketika melayari laman web, saya menemui laman web HotPerfume yang mencari pengedar sebelum nekad memohon dan melaburkan RM10,000 sebagai pendahuluan.

"Melihat keyakinan dan kegigihan saya, Pengarah Urusan HotPerfume, Shazali Ahmad, bersetuju melantik saya sebagai Pengurus Cawangan HotPerfume di Kelantan dengan menggunakan syarikat D`Wangi Kasturi Enterprise, beralamat di Lot 2380, Cabang 3, Kg Masjid Kota, Kota Bharu," katanya ketika ditemui di premisnya.

Menceritakan pengalaman sebagai peniaga minyak wangi, Nabihah berkata, pada awalnya beliau melakukannya secara suka-suka kerana mahu membantu suaminya, Mohamad Nazri Awang, 39, yang juga seorang ejen umrah.

"Suami memberi sokongan kuat supaya saya meneruskan perniagaan menjual minyak wangi dan turut menambah modal pusingan sebelum berjaya membuka cawangan HotPerfume sejak tahun lalu. Kini, kami mempunyai tujuh stokis," katanya yang menyimpan bekalan 800 botol minyak wangi, 50 ketul sabun dan 10 botol pelembut kain serta beratus-ratus ketul aromaterapi.

Persaingan perniagaan minyak wangi kini semakin hebat namun ia tidak melemahkan semangat Nabihah. Dengan keazaman dan sokongan penuh suami serta Pengarah Urusan Hotperfume yang beribu pejabat di Perak, dia mampu meraih pendapatan mencecah RM5,000 sebulan.

Nabihah yang memiliki tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Mohamad Nazri, bercadang melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka kiosk di beberapa pasar raya sekitar Kota Bharu untuk memastikan minyak wangi Hotperfume lebih dikenali ramai.

"Mereka yang membeli produk HotPerfume sehingga RM20, secara automatik akan menjadi ahli syarikat dan turut mendapat beberapa potongan istimewa," katanya.

Kisah menarik turut dikongsi pengedar tunggal HotPerfume di Melaka. Kartina Dahri, 40, yang ditemui di pejabatnya di Taman Seri Bayan, Durian Tunggal, berkata beliau terdorong menceburi perniagaan itu selepas melihat sambutan menggalakkan daripada pelanggan pada jenama HotPerfume, yang mampu bertahan lama, berkualiti, harga berpatutan dan mempunyai kira-kira 250 pilihan haruman untuk dijual.

"Dalam tempoh hampir dua tahun menjadi pengedar tunggal di negeri ini, saya kini memiliki 13 wakil stokis dan 100 ejen yang turut sama berganding bahu memasarkan produk setanding minyak wangi antarabangsa.

"Saya yakin haruman ini mampu memberi keyakinan kepada semua pemakainya kerana ia dibuat tanpa alkohol. Paling penting boleh dibawa sembahyang kerana kini ramai yang mahukan minyak wangi sedemikian dengan bau yang kekal lama," katanya.

Antara haruman yang dijual dan diilhamkan daripada jenama terkenal ialah Dunhill, Bodyshop, Hugo Boss, White Musk, Dior, Estee Lauder, Paris Hilton, Guess, Polo Blue, Donald Trump dan banyak lagi, yang semua bahan asasnya diimport dari Mesir dan Paris.

Kartina berkata, beliau turut memberi kelebihan kepada semua wakil stokis dan ejennya di seluruh negeri dengan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat pembelian tanpa terikat dengan haruman yang dijual dalam bentuk set.

Orang ramai yang ingin mencuba dan mendapatkan produk ini, boleh berkunjung ke premisnya di No MA-0-05, Jalan SB Utama, Taman Seri Bayan, 76100 Durian Tunggal, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam dan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


sila layari:


sumber :

Oleh Betty Subaryati dan Saadiah Ismail

bhnita@bharian.com.my

2010/11/29


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

0 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki: