=
Showing posts with label LANDSKAP. Show all posts
Showing posts with label LANDSKAP. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

RUMPUT TURF

Mr Baiz cari info ni untuk tugasan harian Mr Baiz..tapi info ni myb kawan-kawan jugak memerlukan..so, jomlah sama-sama kita tuntut ilmu ye..


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, June 16, 2011

KAEDAH~KERJA MERACUN SERANGGA/KULAT


Ok ni kaedah yang kedua untuk pagi ini..untuk tambah pengetahuan u olz..u olz boleh share jugak dengan kawan-kawan yang lain..

KERJA MERACUN SERANGGA/KULAT

Peralatan

  1. Tong racun
  2. Baldi kecil
  3. Topi keselamatan
  4. Alat Pelindung Pernafasan
  5. Cermin Mata Keselamatan (Google)
  6. But Getah (Wellington Boot)
  7. Sarung tangan getah bersaiz panjang sampai kesiku lengan
  8. Cangkul kecil dan garfu pengembur tanah
  9. Pakaian Keselamatan Diri (PPE, terdiri daripada Overall atau Apron)

Bahan

  1. racun serangga (jenama MALATHION , KENSBAN , LOGOR , ROGOR , FURADAN). Racun yang digunakan adalah terdiri daripada jenis racun yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

Cara Perlaksanaan

  1. Lengkapkan diri dengan pakaian dan alat keselamatan diri (PPE).
  2. Masukkan air ke dalam tong racun.
  3. Masukkan racun ke dalam tong racun yang telah diisi dengan air. Sukatan racun adalah mengikut apa yang telah ditetapkan dan disarankan oleh pengeluar/pengilang.
  4. Pastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti lain di kawasan yang hendak disembur racun tersebut.
  5. Semburkan racun pada pokok dan daun pokok bunga.
  6. Siramkan bancuhan racun kepangkal di sekeliling pangkal pokok.
  7. Membuat lubang atau ‘pocket’ di sekeliling pokok sekiranya menggunakan racun jenis butiran (FURADAN dengan jarak 0.5 m – 1 m dari pokok dengan mengorek 3 lubang di sekeliling pokok).
  8. Jangan menyembur racun melawan arah jam.
  9. Selepas siap kerja-kerja meracun bersihkan peralatan kerja dan simpan semula ke dalam stor.
  10. Botol atau bekas racun yang telah habis/kosong hendaklah dibasuh bersih-bersih, keringkan sebelum dibungkus dan dibuang.
  11. Bersihkan diri dan tukar pakaian kepada pakaian biasa.


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

KAEDAH~KERJA MERACUN RUMPUT

SELAMAT PAGI SEMUA..pagi ni Mr Baiz ada kerja sikit nak kene buat..berkaitan dengan Landskap..Alang-alang dah type banyak tentang kaedah yang digunakan dalam kerja-kerja landskapkan...biarlah Mr Baiz share dengan semua..mana tahu u olz nak cari info..n tambah info berkaitan dengan landskap kan..kita mulakan dengan kerja meracun dulu ye..

KERJA MERACUN RUMPUT

CONTOH : Meracun rumput di batas sawah


Peralatan

  1. Tong racun
  2. Baldi kecil
  3. Topi keselamatan
  4. Alat Pelindung Pernafasan
  5. Cermin Mata Keselamatan (Google)
  6. But Getah (Wellington Boot)
  7. Sarung tangan getah bersaiz panjang sampai kesiku lengan
  8. Pakaian Keselamatan Diri (PPE, terdiri daripada Overall atau Apron)


Bahan

  1. Racun rumput (jenama KENPAT , SPARK ,ROUNDUP , GRAMOXONE atau lain-lain)

Cara Perlaksanaan

  1. Lengkapkan diri dengan pakaian dan alat keselamatan diri (PPE).
  2. Masukkan air ke dalam tong racun
  3. Masukkan racun ke dalam tong racun yang telah di isi. Sukatan racun adalah menigkut apayang telah ditetapkan dan disarankan oleh pengeluar/pengilang.
  4. Pastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti lain di kawasan yang hendak disembur racun tersebut.
  5. Mula meracun di kawasan rumput yang hendak diracun.
  6. Pastikan muncubg ‘nozzle’ tong racun tidak diarahkan kepada pokok bunga selain daripada rumput yang hendak diracun.
  7. Jangan menyembur racun melawan arah angin.
  8. Selepas siap kerja-kerja meracun bersihkan peralatan kerja dan simpan semula ke dalam stor.
  9. Botol atau bekas racun yang telah habis/kosong hendaklah dibasuh bersih-bersih, keringkan sebelum dibungkus dan dibuang.
  10. Bersihkan diri dan tukar pakaian kepada pakaian biasa.
*nantikan banyak lagi kaedah untuk mengendali kerja-kerja landskap daripada Mr Baiz ye..


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)