=

Thursday, September 20, 2012

Dua Siswazah Wanita Dirogol, Disamun Ketika Temu Duga



KUALA LUMPUR – Dua wanita dirogol dan disamun ketika menghadiri sesi temu duga dalam dua insiden berasingan.

Pada Sabtu, seorang siswazah wanita berusia 22 tahun hadir sesi temu duga di sebuah hotel bajet sekitar Kuala Lumpur selepas memohon tawaran pekerjaan sebagai jurujual menerusi sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa telah menghantar permohonan kerja ke alamat e-mel (sonicact@gmail.com) dan diminta oleh suspek untuk menghadiri sesi temu duga kira-kira pukul 3.30 petang.

Menerusi emel itu, mangsa ditawarkan RM400 sehari untuk pekerjaan tersebut.

Mangsa diminta untuk bertemu dengan ‘penemu duga’ di dalam sebuah bilik hotel.

“Sebaik saja memasuki bilik tersebut, mangsa yang bersendirian, dirogol sebelum disamun,” katanya pada sidang media, Rabu.



Pada awal Ogos, seorang lagi siswazah wanita turut dirogol dan disamun selepas menghadiri sesi temu duga serupa di sebuah hotel berlainan di ibu negara.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua kes melibatkan seorang suspek yang menggunakan modus operandi sama.

Khairi berkata, suspek tidak meninggalkan nama, alamat atau nombor telefon untuk dihubungi ketika mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

Beliau turut menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk menyemak dengan pihak hotel jika mereka diminta untuk menghadiri temu duga bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Polis telah mengedarkan fotofit suspek dan meminta pertolongan orang ramai bagi mengesan lelaki terbabit.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan 392 kerana samun.– MStar



Notakaki : beraninya wanita tu, tak terfikir ke bahaya yang bakal menimpa? disebabkan gaji rm400 sehari dorang sanggup ke hotel tu kan untuk sesi temuduga...hotel budget pulak tu...pesanan kepada wanita yang nak hadir sesi temuduga, sila bawak teman...atau maklumkan kepada shabat handai atau keluarga terlebih dahulu..sekian :)

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

2 orang mendoakan Mr Baiz dimurahkan rezeki:

Mohamad Fathi said...

hurm... mcam2 hal...

Namee Roslan said...

sebab pompuan zaman skang ni berani sangat dan berani take risk. :/ bahaya lah ! hmm.