=

Friday, March 23, 2012

Arkitek Yang Luar Biasa

menarik sungguh semua ciptaan Allah....masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, sama seperti manusia juga..setiap kejadian ada hikmahnya..

jom tengok arkitek luar biasa di bawah ni...














Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, March 20, 2012

Monday, March 19, 2012

Apa Nak Jadi?Bangga Hisap Gam?

Saban hari bumi Malaysia ni disajikan dengan isu-isu yang hangat...sebelum ni kita sering terdengar dan terbaca kisah pembuangan bayi, pembunuhan kejam dan sebagainya..
Begitu juga Isu-isu gejala tidak sihat budak-budak sekolah zaman sekarang...salah siapa? 
tepuk dada tanya selera..berbalik kepada tajuk di atas...aku baru lepas saksikan lakonan mantap yang dipersembahkan oleh budak-budak..aksi bergaduh gitu...yang tak boleh belah budak-budak ni ponteng sekolah kot dan menghisap gam...
Dalam hal ini, siapa yang patut dipersalahkan? Ibu bapa, masyarakat, remaja itu sendiri atau negara kita?
apa-apa pun jom layan video di bawah ni dulu...

korang mungkin mempunyai pendapat sendiri selepas tengok video tu kan?  
Tepuk dada, tanya selera. salah siapa?salah siapa?dan salah siapa?

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, March 8, 2012

Betapa Berharganya Seorang Wanita



Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Wednesday, March 7, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Mengapa Cincin Pernikahan Disarungkan Di Jari Manis?


nak tahu kenapa?kalau nak tahu korang kena follow dulu step di bawah ini nanti korang akan dapat jawapan seperti yang akan diberitahu di bawah ini..

Ikuti langkah berikut:

1.Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)


2.Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

3.Permainan dimulai , 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan

4.Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua anda akan meninggalkan anda suatu hari nanti.

5.Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan anda. 

6.Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. Cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan anda.

7.Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana anda menaruh cincin perkahwinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, March 5, 2012

Cara Hebat Jawab Soalan Bakal Bapa Mertua

pinjam gambar kat cik Google

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:


“Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau.” 


1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. Nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama


Dan sertakan juga jawaban bonus di bawah
8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)