=

Monday, October 31, 2011

1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!

STICKY POST = ENTRI MELEKAT

Assalamualaikum..ini merupakan giveaway yang julung kali nya "Mr Baiz" buat..so, kawan-kawan semua dialu-alukan , dijemput, di invite, di apa lagi ye.:)..untuk menyertai giveaway ini..


CARA-CARA NAK MENYERTAI GIVEAWAY NI : 
  • letak banner seperti di atas buat 1 entri yang bertajuk "1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!" dan link kan ke entri ini..
  • Follow blog Mr Baiz dan blog penaja di SINI  untuk update sepanjang giveaway..
  • kalau tak keberatan Like SINI sekali..*ecececeh...pomot sikit..hihi..jangan marah yer..
  • nak tag kawan-kawan lain pun amat digalakkan...lagi ramai lagi meriah..
  • 3 pemenang akan di tentukan dengan Random.Org.
  • tinggalkan link post anda di entry ini.
  • tarikh tutup penyertaan : 31 Oktober 2011
HADIAH-HADIAH YANG MENARIK MENANTI ANDA :



PEMENANG 1 
HOTPERFUME 20ML (2BOTOL) + 5 ML (4 BOTOL) + PERFUME KERETA GANTUNG (1) SPRAY (1) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA CONE (1) SPRAY (1) (Hadiah bernilai RM130)

PEMENANG 2 
HOTPERFUME 20ML (1 BOTOL) + 5 ML (3 BOTOL) + PERFUME KERETA GANTUNG (1) SPRAY (1) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA SPRAY (1)
(Hadiah benilai RM90)


PEMENANG 3
HOTPERFUME 20ML (1 BOTOL) +  5 ML (2 BOTOL) + PERFUME KERETA SPRAY (2) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA CONE (1)
(Hadiah benilai RM80)

P/S : URL entri penyertaan sahaja akan di approve. Sebarang pertanyaan di SINI
RM10,000 UNTUK DIMENANGI


PENYERTAAN TELAH DITUTUP :)

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

nak join tekan Banner

apa yang aku nampak kedua-dua blog ni mempunyai persamaan yang ketara..yang paling ketara mereka berdua ni saling memberi...memberi tunjuk ajar kepada blogger-blogger lain tak kira yang baru mahupun yang lama..

Lyssa banyak mengajar mengenai tutorial, Abg Ben banyak menegur dan menasihat blogger-blogger baru..mereka sering memberi pandangan terhadap sesuatu blog..

Kalau u olz berdua teruskan cara untuk saling bersatu seperti sekarang Insyaallah kamu akan terus berjaya di arena berblog..Amin..

Anyway, thanks selalu memberi, menghulur segala yang bermanfaat kepada Baiz..:)


RM10,000 UNTUK DIMENANGI

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, October 29, 2011

Pensyarah Minta Tubuh~Gangguan Seksual~Kesan dan Cara Mengatasi

Semalam aku tersentap sebab terbaca berita tentang Gadis 14 tahun Gantung Diri sebab putus cinta..Hari ini aku terkuciwa sebab terbaca mengenai Pensyarah Minta Tubuh Pelajar..tertarik untuk bincangkan kes ni..

kecewa?

bukan aku seorang saja kecewa, semua orang yang waras pun akan turut berasa kecewa kalau baca article mengenai itu,  sebab seorang yang bergelar pendidik, mengambil kesempatan dengan mencabul pelajarnya..

Pensyarah!!!diulangi,,,PENSYARAH!!!

so, semua orang tahu pensyarah tugasannya adalah untuk menyapaikan ilmu kepada pelajarnya...pensyarah itu pula sudah berumur lingkungan 50-an...dah dalam kategori bapak..bukan bapak ayam ya, bapak budak...kalau dah bapak budak, mesti tahu menilai mana baik mana buruk...

cuba fikir, bagaimana kalau dia mempunyai anak sebaya pelajar yang dia cabul, kemudian anak dia duduk di tempat pelajar yang dicabulnya itu...apa perasaan dia?

nama saja pensyarah, tapi dia tahu tak apa itu gangguan seksual?

bagi aku gangguan seksual adalah apabila sesiapa saja yang bergelar manusia dipergunakan untuk mencapai kepuasan seks. Ia berkait rapat dengan penyalahgunaan kuasa, kepercayaan dan tanggungjawab seseorang.

see!!! boleh kena tindakan tatatertib tu..melanggar tanggungjawab sebagai seorang pensyarah!!!

tak terfikirkah pensyarah miang mengong tu? 

disebabkan perbuatan itu, pelajar akan mendapat kesan yang mendalam, bukan kesan yang positif ya tapi kesan yang negetif..

antara kesannya :-
-pembelajaran pelajar tersebut akan terjejas
-pendendam
-turut merasa malu
-merasa rendah diri
-merasa tidak berguna
-pandangan kacau bilau terhadap seks
-akan kurang mempercayai orang
-tekanan perasaan dan mungkin kecenderungan untuk membunuh diri 

apa yang kita perlu lakukan kalau situasi tersebut berlaku ke atas diri kita :-
-beritahu IbuBapa atau orang-orang yang boleh dipercayai
-melaporkan insiden tersebut kepada Polis , Jabatan Kebajikan , Pertubuhan Bukan Kerajaan yang releven (NGO) dan mana-mana badan yang berkaitan..

kita juga boleh menghalang daripada terjadinya gangguan seksual ke atas diri kita...
antaranya :-
-sentiasa berhati-hati
-jangan keterlaluan dalam kelakuan dan cara pemakaian
-beritahu IbuBapa kemana saja kita pergi dan dengan siapa kita pergi
-jangan melepak di tempat yang gelap dan sunyi
-jangan terima ajakan seseorang yang mencurigakan
-tahu membezakan antara sentuhan yang dibenarkan dengan sentuhan yang tidak dibenarkan
-dan yang paling penting perlu ingat tubuh badan kita tanggungjawab kita :)

setakat itu saja yang boleh aku kongsikan tentang gangguan seksual..



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, October 28, 2011

Gantung Diri Putus Cinta ~ Cara Hadapi Masalah Dengan Rasional

P/S : BACA SAMPAI HABIS UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN TAJUK DI ATAS :)

Tersentap sekejap baca paper online kat Metro.."Gantung Diri Putus Cinta"...seorang budak berumur 14 tahun ditemui mati di dalam bilik dalam keadaan tergantung..kes nya baru 2 jam putus hubungan dengan kekasih hati yang berumur 16 tahun, 2 tahun lebih tua daripada mangsa..

See, sedihkan???!

bukan apa, remaja yang berumur 14 tahun, sepatutnya tak perlu langsung fikir tentang cintan-cintun ni..aku dulu pun pernah kot :) tapi jangan tiru aksi aku yelah umur macam tu mereka patut fikir pasal study..study..and study..memang tu pun hajat mak ayah kita kan..nak tengok anak mereka berjaya..


bila aku cakap cam tu, mesti ada yang cakap macam ni "ala baru boleh semangat nak belajar"...

jangan nak cakap bercinta untuk dapatkan semangat sangatlah...
berdasarkan pengalaman beb, aku dulu bercinta konon-konon nak dapatkan semangat la time belajar..last-last tunggang langgang SPM aku :(

ops...sorry bukan nak membebel..kongsi pengalaman..:)

Walau besar mana pun masalah yang kita hadapi, kita perlu hadap masalah tu dengan rasional bukan kita lari daripada masalah...sebab masalah sentiasa akan timbul..kalau kita makin lari dari masalah, masalah tu makin ikut kita...so, hadapi masalah tu dengan tenang...

Ingat ye setiap manusia yang lahir kat dunia ni, tak dapat lari daripada belenggu masalah, bezanya cuma macam mana kita menghadapi masalah tersebut.

Apa yang aku buat sebelum dan ketika hadapi masalah :-

Sebelum

- aku belajar mendengar masalah kawan dan cuba untuk memberi nasihat, selain tu aku belajar untuk menceriakan diri dorang yang ada masalah sebab dari situ aku dapat melatih diri untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi masalah.

aku tak kan cari punca masalah aku, sebab bagi aku makin aku cari punca masalah makin banyak masalah yang timbul nanti kurang semangat nak selesaikan masalah tu...motivasi down..masalah ni macam kita gali lubang..makin dalam kita gali makin bergelapanlah kita kat dalam lubang tu..last-last sesat..tak gitu?

Ketika

- memahami masalah aku, sebab aku tahu tak ada masalah yang kekal..faham masalah bukan bermakna kena cari punca, faham masalah seperti kita mesti terima hakikat yang masalah tu datang kepada kita..masalah datang untuk mematangkan dan mendewasakan kita..

- think positif..kurangkan fikir perkara yang tak elok..sebab bagi aku setiap yang berlaku ada hikmatnya..

- kalau berlaku perkara di atas aku elak kan duduk dalam bilik sorang-sorang, nanti bertambah tertekan..so, untuk itu aku banyak luangkan masa dengan member-member..bersukan..dan buat perkara yang memenatkan sebab time malam kalau penat mesti akan cepat tido..so, aku tak kan fikir punca yang boleh menyebabkan aku bertambah stress..

- keesokkan hari cari cara lain pulak..macam berkongsi masalah dengan kawan yang boleh dipercayai dan memahami..cuba dapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka..:)

- apa yang paling penting share kan masalah dengan mak ayah..jadikan mak ayah kita sebagai kawan..mak ayah merupakan pakar kaunseling anak-anak..percayalah...jangan pendam sorang-sorang..

notakaki : kalau kita tak lari dari masalah..percayalah masalah tu akan perlahan-lahan hilang...so, jangan lari dari masalah kelak binasa diri..Ingat ye dengan membunuh diri kita tak akan dapat lari dari masalah!!!






Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Lensa DSLR Terpanjang Dan Termahal DiDunia

Canon EF 1200mm f/5.6 L USM

Canon EF 1200 f/5.6 L USM ialah lensa terpanjang yang pernah dibuat oleh Canon. Ia mula dibuat pada tahun 1984 khas untuk sukan Olimpik di Los Angeles. Sejak itu sebanyak 20 lensa sebesar ini wujud didunia. 







Jika ada yang nak tempah lensa ini, korang perlu menanti selama 18 bulan sebelum ianya sampai ke tangan korang. Sebabnya ialah kanta kristal fluorite yang digunakan memerlukan masa setahun untuk membesar ke saiz yang sesuai (kanta fluorite dibuat secara artificial didalam makmal - macam mutiara) . Korang juga perlu membayar USD 120 000 untuk memiliki lensa ini..  Tak cukup dengan harga yang mahal beratnya juga boleh tahan. Setiap unit lensa ini beratnya ialah 16.5 kilogram! 
 hohohoho giler berat....


yang biasa pun aku tak mampu..:)


sumber
nak tahu cara membunuh aedes? Klik SINI
Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, October 27, 2011

Pesanan daripada Kolonel Mu'ammar Gaddafi

"Seperti beberapa orang telah memberitahu saya, walaupun rakyat mempunyai 10 buah rumah, pakaian-pakaian baru dan perabot, mereka tidak pernah akan berpuas hati. Dengan mementingkan diri sendiri, mereka mahukan lebih." - Muammar Gaddafi


Pesanan dari Kolonel Mu'ammar Gaddafi
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...Selama 40 tahun, atau adakah ia lebih lama, saya sudah lupa, saya telah lakukan semua dengan memberikan kepada rakyat rumah-rumah, hospital-hospital, dan apabila mereka lapar, saya berikan mereka makanan. Malah, saya telah merubah Benghazi menjadi sebuah tanah ladang daripada sebuah padang pasir. Saya telah bangun dari serangan koboi (Ronald) Reagan (bekas Presiden AS), apabila dia telah membunuh anak angkat saya yang yatim piatu. Dia telah cuba membunuh saya. Namun dia telah membunuh anak yang malang itu. Kemudian saya telah membantu saudara-saudara saya dari Afrika dengan memberi wang kepada Kesatuan Afrika.

Saya telah lakukan semua yang saya mampu untuk membantu rakyat memahami konsep sebenar demokrasi, di mana Majlis Rakyat mentadbir negara kita. Tapi itu semua tidak pernah cukup. Seperti beberapa orang telah membertahu saya, walaupun rakyat mempunyai 10 buah rumah, pakaian-pakaian baru dan perabot, mereka tidak pernah akan berpuas hati. Dengan mementingkan diri sendiri, mereka mahukan lebih. Mereka telah memberitahu orang Amerika dan orang asing lain, mereka memerlukan 'demokrasi' dan 'kebebasan' tanpa menyedari ia adalah sistem yang akan 'menyembelih leher' mereka, di mana anjing yang lebih besar akan memakan kesemuanya. Namun, mereka terpesona dengan kata-kata, tanpa menyedari di Amerika, di sana tiada ubat-ubatan percuma, tiada hospital percuma, tiada rumah percuma, tiada pendidikan percuma dan tiada makanan percuma. Kecuali apabila mereka terpaksa mengemis atau beratur panjang untuk mendapatkan sup.

Tidak.. Apa pun yang saya telah saya lakukan, ianya tidak pernah cukup untuk sesetengah orang. Tapi bagi yang lain, mereka tahu saya adalah 'anak' kepada (Presiden) Gamal Nasser, satu-satunya orang Arab dan pemimpin Islam yang kita ada selepas Salahuddin (al-Ayubi). Apabila beliau mengembalikan Terusan Suez untuk rakyatnya, seperti mana saya mengembalikan Libya, untuk rakyat saya, ia adalah langkahnya yang saya cuba ikuti. Untuk memastikan rakyat saya bebas dari dominasi kolonial - daripada pencuri-pencuri yang mahu mencuri dari kita.

Kini, saya telah diserang oleh kuasa tentera terbesar dalam sejarah ketenteraan. Anak Afrika saya yang kecil, Obama mahu membunuh saya, untuk merampas kebebasan negara kita, untuk merampas rumah percuma kita, merampas ubat-ubatan percuma, pendidikan percuma, makanan percuma, dan menggantikannya dengan cara mencuri gaya Amerika, dipanggil 'kapitalisme'. Tetapi kesemua kita di Dunia Ketiga tahu apa maksudnya. Ia bermaksud beberapa pihak mentadbir negara-negara, mentadbir dunia, dan rakyat menderita. Jadi, tiada alternatif untuk saya. Saya mesti mengambil keputusan, dan Insya-Allah, saya akan mati mengikut jalan-Nya, jalan yang telah menjadikan negara kita kaya dengan ladang-ladang, dengan makanan dan kesihatan, dan membolehkan kita membantu saudara-saudara Afrika dan Arab untuk bekerja dengan kita di sini, di Libya Jamahiriya.

Saya tak berhajat untuk mati. Tapi jika sampai ke situ, untuk menyelamatkan tanahair ini, rakyat saya, kesemua ribuan anak-anak saya, maka biarlah. Biarlah pengakuan ini menjadi suara saya kepada dunia, bahawa saya telah bangun menentang tentera salib NATO, bangun menentang kezaliman, bangun menentang pengkhianatan, bangun menentang Barat dan cita-cita penjajahan mereka, dan saya telah bangun menentang bersama-sama saudara-saudara Afrika, saudara-saudara Arab dan Muslim yang sejati, sebagai obor. Apabila yang lain membina istana, saya tinggal di dalam rumah yang sederhana, dan di dalam khemah. Saya tak pernah lupa masa muda saya di Sirte. Saya tidak membelanjakan harta negara sewenangnya. Dan seperti Salahuddin, pemimpin Islam kita yang hebat, yang telah menyelamatkan Baitulmaqdis untuk Islam, saya mengambil hanya sedikit untuk saya.

Di Barat, sesetengah telah menggelar saya 'gila', 'hilang akal'. Mereka tahu kebenarannya tetapi masih mahu terus berbohong. Mereka tahu tanahair kita merdeka dan bebas, tidak berada dalam genggaman penjajah. Itulah wawasan saya, jalan saya yang telah saya jelaskan untuk rakyat dan saya akan lawan sehingga ke hembusan nafas saya yang terakhir untuk memastikan kita bebas. Semoga Allah Maha Besar membantu kita untuk kekal setia dan bebas.

"Wahai orang-orng yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Al-Baqarah: 172) "

Wallahualam..


NOTAKAKI : dulu Iraq, sekarang Libya. akan datang? sama-sama kita mendoakan keamanan negara kita..



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Balotelli failed trick shot - Mancini takes him out

Pagi-pagi jejalan kat you tube..jumpa pulak video Balotelli buat trick tapi tak menjadi..kot ye pun nak buat trick agak-agaklah..tak kan peluang depan mata dibiarkan terlepas macam tu je..kan dah dapat balasan.




NOTAKAKI : jangan berlagak sangat nanti ramai orang tak suka. Orang dah bagi kepercayaan so kita kenalah buat yang terbaik..hehe..


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, October 25, 2011

LAGI KES LANGGAR BUDAK DI CHINA~langgar mati

Sebelum ni kecoh pasal kes Adik Yue Yue, dan sekarang pun masih segar dengan kes berkenaankan..belum reda dengan kes itu, hari ni keluar pulak berkenaan lori langgar budak sebanyak dua kali untuk memastikan budak yang dilanggar tu betul-betul mati supaya tindakan yang dikenakan keatasnya lebih ringan..kalau nak tahu kenapa dorang buat macam tu boleh baca di SINI

"Seorang pemandu trak melanggar seorang kanak-kanak laki-laki berusia lima tahun, dan kemudian melanggarnya kembali untuk mempastikan sang anak kecil tersebut telah benar-benar tewas (mati), dalam upaya menghindari membayar kos rawatan hospital untuk sang anak.

Insiden mengerikan ini terjadi di Luzhou, Cina barat, ketika pemandu Ao Yong melangggar kanak-kanak laki-laki bernama Maoke Xiong, yang ketika itu dia berjalan kaki untuk menuju ke sekolah"

Berita selanjutnya di SINI

nak lagi menyeram kan..Di SINI




Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

PENJELASAN USTAZ AZHAR IDRUS MENGENAI AIR COCA COLA DAN RIBENA

Sebelum ni aku ada kongsi penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang filem Hantu Bonceng..kalau belum baca boleh baca SINI...hari ni nak kongsikan pulak penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai air Coca Cola dan Ribena...

ANDA DITANGKAP!!!



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Monday, October 24, 2011

MANCHESTER UNITED PUNYA PASAL

Semalam lepas game antara Manchester United vs Manchester City, aku ada post entry Manchester United vs Manchester City 1-6 Goals & Highlights HD~ REAKSI SELEPAS KEKALAHAN MANCHESTER UNITED...

yang belum baca boleh baca...dan hari ni, gara-gara post entry tu, keyword pasal M.U melambak dalam nuffnang aku...

tengok ni..


memang ramai nak tengok  video M.U kena titik 6 biji..nak tengok KLIK SINI

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Manchester United vs Manchester City 1-6 Goals & Highlights HD~ REAKSI SELEPAS KEKALAHAN MANCHESTER UNITED

Selepas kekalahan 6-1 kepada Manchester City, pelbagai reaksi dikeluarkan oleh peminat dan juga pembenci pasukan Red Devil..

Antaranya petikan yang diambil dari Facebook : - 

1) LOMBOK: 27 ribu ahli keluar dari Kelab Peminat Manchester United berikutan dengan kekalahan besar dan memalukan dalam perlawanan menentang Manchester City yang tamat dengan keputusan Manchester City 6 gol dan 1 gol kasihan utk Manchester United. 

2) Google pun tak suke MU.. wakaka...



3) Bila RAMLI balik Malaysia nak visit bapak dia..

Ramli : Pak, ramli balik Malaysia utk 2 minggu je ni.. Bapak : Kau pehal balik? Memalukan aku je. Kalau kau dgar cakap aku dulu, confirm Manchestre United tk kalah 6-1 !


4) ‎"kemenangan 6-1 keatas Man United umpama kami telah menang liga 19 kali..target kami tahun ini hanya kalah Man United sahaja " - Roberto Marcini


5) "saya tak tengok game tadi sebab saya sibuk tgk Lee Chong Wei main...game x penting pon...anyway sape menang tadi..?? " - Sir Alex Furguson

7) Oii cukup lah tu...aku suruh score 3 je , nape sampai 6....


8) Kah kah kah kah..man u shit tertonggeng akhirnye..dzeko pkai kepala lutut je score..kah kah kah kah...

9) Merah muke Man U fan malam nih semerah kaler jersi mereka..red devil boleh tuka RED FACE da pasni..kahkahkahkahkahkah


10) ramli:ayah! ramli skor sebijik td..
                                               ayah:g mampos la..jiran ko skor 6 bijik la...

11) "Dengan lutut pun boleh gol. Apa sudah jadi?" kata peminat MU. Apa komen anda? :)

apa-apa pun jom layan goal yang dijaringkan dalam perlawanan antara M.U vs M.C 


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Sunday, October 23, 2011

CINTA SIBER OH

nak join klik Banner

Cinta Siber? bagi aku cinta siber ni ada kebaikan dan juga keburukan..so, pandailah kita membuat keputusan...

antara kebaikan cinta siber :-
  • kita bebas memilih siapa yang kita mahu bercinta.. hahaha..
  • kita boleh mengenali terlebih dahulu pasangan tanpa berjumpa.
  • kita boleh berhubung 24 jam anytime, anywhere
antara keburukan cinta siber :-
  • mudah tertipu
  • tidak mengenali dengan lebih dekat
  • melalaikan.
  • lain-lain boleh fikir sendiri..hihi.. jangan marah yer..

apa-apa pun korang ada akal fikiran korang boleh fikir mana baik mana buruk, so, bertindak mengikut akal fikiran yang waras..:)

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Saturday, October 22, 2011

" SEGMEN | Serius , Blog Ini Menarik Perhatian Aku ! "

nak join klik Banner di atas

BLOG MANA YANG MENARIK PERHATIAN AKU?

ok, for sure lah aku memilih blog seperti di bawah :-

-sebab aku pilih blog ni kerana aku suka dengan gaya penulisan dia, ada mutu gitu...ayat tersusun, tertib je ayat dia..lepas tu pengolahan ayat yang berkesan..cerita mudah faham..sempoi..ape pun sentiasa relatekan dengan pengalaman hidup dia..

-blog ni aku suka sebab  kena dengan tema dia "Sebaran Maklumat dan Pengetahuan"..so, apa-apa berita mudah kita dapat dari blog ni..sentiasa update..

-aku suka baca blog ni sebab aku akan gelak guling-guling tiap kali baca entry dari blog ni..kelakar tak hengat!!!so, aku akan release10sion  kat blog ni..menarik..pandai dia olah ayat yang bukan-bukan..hahaha...

jom terjah semua blog di atas..menarik wokkkkkkk....


Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Friday, October 21, 2011

MENTERNAK LEMAK DI DARABIF BURGERS

Semalam lepas Maghrib kawan-kawan ajak pergi IOI Mall Puchong...dah sekian lama merancang nak pekena Burger Darabif..Apa sedapnya pun aku tak tahu..setiap kali lepak bersama mesti dorang asyik sebut Darabif...kadang-kadang garu kepala jugak aku ni..

So, semalam sampai jugak aku di sini...

IOI Mall , Puchong
Lot EG3A, Ground Floor, New Wing



Seriously, bila tengok logo ni aku dah terbayangkan burger nya besar-besar..tekaan aku tak meleset setelah melihat menu yang sangat menaikkan selera makan aku....




pelbagai aneka pilihan burger di Darabif...Chick , Beef , Lamb dan banyak lagi..nasi lemak pun ada siap rendang burger lagi..




setelah belek- belek menu, aku memilih Beef  iaitu Maxi Moo....dua lapis beef  disaluti dengan cheese..nyum-nyum..memang berselera...rotinya yang lembut, daging yang enak, bau menusuk hidung..hihi..


nyum-nyum!!sedap wokkkkkk.....kalau korang rasa mesti nak lagi...sebab memang berbaloi..

second round!!!
konon-konon nak pekena nasi lemak rendang daging burger tapi hidangan nasi lemak just ada waktu brekpeh je..so, kawan-kawan yang lain memilih untuk pekena burger chick sahaja..memandangkan aku yang kekurangan lemak dan tangki yang kecik aku memilih untuk pekena nugget beef sahaja..

thanks very much to Hasnan , Qi , Syazwan , and Ahjoel sebab layan kerenah aku...hakhak..nampak sangat siapa yang beriya nak menternak lemak kat Darabif Burger kan..hihi...sorry geng, gambar korang aku tak ambik semalam..syok sangat pekena Darabif...hehe..



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

DUIT KERTAS PERTAMA MALAYSIA

Semalam aku ada kongsikan mengenai 6 tandatangan Gabenor Malaysia pada duit Malaysia..belum baca boleh baca SINI..hari ni nak kongsikan duit pertama Malaysia pulak..



  • Gambar di atas ni merupakan duit kertas $1 yang pertama keluaran Mlalaysia. 
  • Pada tahun 1959
  • Brunei dan Singapura menggunakan duit yang sama.
  • Dicetak oleh Thomas De La Rue.
  • Ditandatangan oleh Tun Lee Hau Shik atau lebih dikenali Tun HS Lee


Entry berkaitan :
Duit Lama Malaysia
Duit Malaysia Sebelum Merdeka
Duit RM50 Baru

Join Happy Photography contest and WIN great prizes!



Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Thursday, October 20, 2011

Fakta Lelaki VS Wanita 2

Lelaki : Saya nak kahwin dengan awak...


Perempuan : Awak ada Mercedes atau BMW?


Lelaki : Tak ada pun.


Perempuan : Awak ada banglo?


Lelaki : Tak ada jugak.


Perempuan : Berapa gaji awak?


Lelaki : Maaf...saya tak ada gaji..


Perempuan : Kalau macam tu macam mana awak nak kahwin dengan saya? Semua yang saya nak awak tak ada. Awak tak boleh membahagiakan saya. So, saya tak nak kahwin dengan awak. Awak boleh cari perempuan lain ya.


Lelaki : Saya betul-betul sayangkan awak dan akan membahagiakan awak. Saya janji saya akan jadi lelaki yang awak boleh harapkan dan setia. Kenapa awak tanya semua tu? Tak kan lah sebab tu awak tolak pinangan saya?


Perempuan : Sebab awak miskin!!!

Lelaki : Tak apa lah kalau macam tu, mungkin bukan rezeki saya untuk memperisterikan awak. tapi sebelum tu saya nak bagi tahu awak, sebenarnya 

- saya ada 1 Ferrari dan 3 Porsche. So apa perlunya beli BMW?
- saya ada 3 Villa kenapa nak kena beli banglo?
- dan yang paling penting saya yang bayar gaji pekerja macam mana saya nak ada gaji?



Lelaki : Kalau awak dah cakap macam tu tak apa lah..saya cari perempuan lain..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


NOTAKAKI : jangan terlalu memilih kelak kita yang rugi yer dak?hehe...


Baca entri yang berkaitan
Fakta Lelaki VS Wanita 
Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita Ketika Masuk Toilet
Salah Siapa? Lelaki yang Lurus atau Perempuan yang Bengkok?..
Menarik Ketika raya Depavali
Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

GAMBAR TANDATANGAN GABENOR MALAYSIA

Tertarik untuk berkongsi gambar-gambar tandatangan Gabenor Malaysia pada duit Malaysia...antaranya :
Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)
Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)

Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)

Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April


Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)
 















artikel lain mengenai duit Malaysia boleh baca di bawah : - 

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Wednesday, October 19, 2011

SAYA , BLOG DAN PEMBACA

nak join  klik Banner

Aku berblog untuk memberi info kepada pembaca, selagi aku boleh menulis, aku akan terus menulis..blog aku merupakan satu destinasi untuk aku bercerita, berkongsi sesuatu,...tapi apa yang penting blog aku memerlukan pembaca, tanpa pembaca rasa seperti sia-sia informasi di blog kita..yer dak?

so, untuk itu aku mesti memberikan maklumat yang berfaedah..kongsikan sesuatu bermanfaat..adakah blog aku seperti itu? korang yang baca korang yang nilai..kepada yang membaca blog ini, teruskan..terima kasih very much for r all..Thanks for reading...:)

CARA MELAJUKAN DOWNLOAD

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

Tuesday, October 18, 2011

AKU KENA LOTERI 1 JUTA POUND!!!

Wah, tajuk memang gempaklah kan..kalau betul kayo pokcik...hihihihi..tapi tulah hakikatnya..bukak je email terbaca 1 email yang dihantar kepada aku,...katanya aku memang 1 juta pound dlm 'ongoing premier league mega million' bagi bulan oktober 2011..

ape kebende lah tu..aku pun tak tahu...tengok mesej yang dorang hantar..




Congrats'
Today We gratefully announce you winner of 1 million pounds  in the ongoing Premier League Mega Million for the month of  October 2011, hence your details is required for claim.
Full Name, Mobile, Address and Country .

Fifa Manager
United Kingdomwww.premierleague.com
kalau nak duit dengan cara betul SINI pasti..tiada menipunya..

NOTAKAKI: Aku tak pasti ni betul ker tak..tapi sebelum ni dah melambak aku dapat mesej macam ni..adakah ni satu sindiket penipuan maya? kalau bagi detail tu mesti dorang boleh buat macam-macam kan..untuk kepentingan peribadi syarikat dorang..betul tak?pendapat aku lah..

Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)

DIALOG DUA HANTU

Dialog Dua Hantu


Gambar Pinjam Incik Google

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, 

"Apsal kau ni asyik menggigil je?" 

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. 

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. 

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. 

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. 

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." 

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." 

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. 

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. 

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, 

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.



NOTAKAKI : Jangan terlalu percaya kan kawan 100 %...eh ada kaitan ker?hihihi...bukan apa kelak takut binasa diri..buat kata pepatah kawan makan kawan...kawan makan biskut aku tak heran pun...lalalalala


sambungan Kisah Jumpa Hantu pulak kat SINI
Kalau Suka,Tekan La Butang Like :)